7 Petala Cinta Movie berkonsep Islamik Menyentuh sanubari jiwa.



7 Petala Cinta


Assalamuaikum wbt. Harini aku baru berkesempatan untuk melihat cerita cinta 7 Petala cinta.Memang sangat lewat kan. Tapi bukan tengok diwayang tetapi tengok secara haram dengan mendownload. Memang perbuatan yang salah. So,sila senyum tak perlu kata apapa.Hahaha. Aku memang Jatuh hati terhadap lakonan Shima anuar yang memainkan peranan sebagai Saidatul Nafisah.Memang superb habis. terasa lakonan yang dilakonkan beliau.Bilalah kan ? aku nak dapat isteri macamtuh.berniqab,berhijab,sopan santun budi bahasanya. Tawakal je lah.Kalau ada jodoh tak kemana kann..InsyaAllah..



Sinopsis Filem 7 Petala Cinta
Hamka seorang graduan syariah dari Universiti Al-Azhar ditunangkan dengan anak kepada guru di madrasah Qalbun Salim, tempatnya menuntut ilmu, Saidatul Nafisah (Shima Anuar) dan kemudiannya berhijrah ke Yemen untuk menuntut ilmu. Dalam pada masa yang sama, Hilma Aqila (Diana Amir) adik kepada Hamka turut menuntut di Madrasah yang sama. Namun sebaliknya, Hamka gigih menulis al-Quran dengan tulisan tangannya sendiri bagi dijadikan hantaran perkahwinannya kelak.

Entah mana punca, berita mengenai Hamka terbunuh di Yemen tersebar selepas negara itu dilanda perang saudara dan konflik politik. Tunangnya, Nafisah menanti dengan setia dan muncul pula watak Attar (Aeril) seorang yang jahil sehinggalah bertemu dengan Abi Ikhwan (Ustaz Dini) yang mengajar di Madrasah Qalbun Salim.yang sudah lama memendam perasaan kepada Nafisah. Di situlah wujudnya nilai kesetiaan seorang wanita yang mengagungkan seorang lelaki yang dicintai walaupun apa saja yang melanda.



Antara Babak filem 7 Petala Cinta












Biodata Shima Anuar

NAMA SEBENAR: Noor Hashimah Bt Anuar

TARIKH LAHIR: 8 April 1991

TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur

AYAH: Anuar Md Yunus

IBU: Allahyarhamah Aziah Ahmad

KELUARGA: Anak keempat daripada 6 beradik
KERJAYA: Pelakon

FILEM: Flat 3A, Bini-biniku Gangster, Sumpahan Kum Kum, 7 Petala Cinta, 'X'

DRAMA: Klik(astro), Ku Sangka 2 Rupanya 3(rtm), Impian Raya Emelyn(tv9) 






Karnival Jom Masuk U 2012 yang terakhir





Karnival Pengajian Tinggi Negara adalah program outreach tahunan yang telah dilaksanakan semenjak tahun 2005. Mulai tahun 2007 telah dikenali sebagai “Program Pendidikan KPT Bersama Rakyat” dan kini melalui penjenamaan semula disebut dengan nama “Karnival Pengajian Tinggi Negara”.
Tagline “JOM MASUK U” telah digunakan oleh Kementerian Pengajian Tinggimulai tahun 2010.

Karnival Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U 2012 ini disasarkan menjadi Pusat Sehenti mendapatkan maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi, akreditasi dan pembiayaan bagi lepasan SPM dan setaraf serta STPM dan setaraf di peringkat pengajian program Asasi, Diploma, Ijazah Pertama termasuk Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia kepada pemohon, pelajar, ibubapa, guru dan komuniti setempat.
Ini akan memudahkan mereka membuat permohonan melalui UPU kemasukan ke IPTA, Politeknik, TEVT dan ILKA bagi sesi akademik 2012/2013.

Aktiviti Karnival Jom Masuk U 2012

Di antara aktiviti yang dianjurkan dalam Karnival Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U ini adalah pameran pendidikan, seminar peluang pendidikan tinggi negara, seminar sehari bersama pemimpin masyarakat, cabutan bertuah, cabutan perdana, kuiz, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, semakan syarat khas kelayakan program, pendaftaran Sahabat UPU dan liputan radio secara langsung.
Pada tahun 2012 ini disasarkan lebih 400,000 orang dijangka hadir, lebih tinggi daripada tahun 2011 di 11 lokasi dari bulan Januari sehingga awal April.

Lokasi Karnival Pengajian Tinggi Negara Jom Masuk U 2012

Karvinal Jom Masuk U 2012 akan berlangsung seperti berikut;
TarikhLokasi
14 – 15 JanuariPusat Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang
28 – 29 JanuariTerengganu Trade Centre, Terengganu
4 – 5 FebruariStadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah
11 –12 FebruariSuria Sabah Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah
18 – 19 FebruariSunway Convention Centre, Seberang Jaya, Pulau Pinang
25 – 26 FebruariStadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu, Kelantan
3 – 4 MacPort Dickson, Negeri Sembilan
10 – 11 MacPermata Exhibition Hall, Kuching, Sarawak
17 – 18 MacKuala Kangsar, Perak
24 – 25 MacPERSADA, Johor Bahru, Johor
31 Mac – 1 AprilPWTC, Kuala Lumpur MINES International Exhibition Centre

Tarikh dan lokasi di atas adalah tertakluk kepada pindaan. Masuk adalah percuma. Secara amnya karnival ini bermula daripada pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Pameran Pendidikan

Pameran pendidikan adalah aktiviti utama Karnival Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U. Di antara organisasi yang menyertai pameran ini adalah 20 IPTA, 100 IPTS terpilih, Bahagian dan Agensi di Kementerian Pengajian Tinggi – Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Sektor Pengurusan IPS, Bahagian Biasiswa, Bahagian Sukan, Unit Komunikasi Korporat, Perbadanan Tabung Pendidikan Negara dan Malaysian Qualification Agency.
Sementara itu Bahagian dan Agensi di Kementerian Pelajaran Malaysia – Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Bahagian Matrikulasi, Bahagian Pendidikan Guru, Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Negeri.
Di samping itu Yayasan Negeri, agensi pembiayaan pendidikan dan lain.lain-lain agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dengan pendidikan tinggi juga turut serta. Di antaranya Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Belia dan Sukan – IKBN, Kementerian Sumber Manusia – JTM, Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani – NATC, Jabatan Pembangunan Kemahiran – KSM, Jabatan Pertauliahan dan Kemahiran Lanjutan – CIAST, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kesihatan, Unit Pusat Institusi MARA dan Majlis Amanah Rakyat.
Pameran Jom Masuk U ini akan memberi peluang pengunjung mengemukakan pertanyaan kepada wakil universiti dan kolej bagi memastikan masing-masing membuat pilihan tepat program pengajian yang bakal diikuti.

Maklumat

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Karnival Pengajian Tinggi Negara – JOM MASUK U 2012 ini sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia, Aras 4, No.2 Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62200 Putrajaya.  Talian Am 03-8870 6755/ 03-8870 6766, Helpline UPU 03-8870 6777, Hot Line UPU 03-8870 6767, Kaunter KPT UPU 03-8870 6778 atau Faks 03-8870 6864 atau e-mel upu@mohe.gov.my

Sumber:eputra.com

Jahanam !Pergi solat Jumaat untuk CURI duit masjid .



Contoh Tabung Masjid


Assalamualaikum WBT. Rasa sakit hati gilaa hari ni. Bukan apa.Sepatutnya hari jumaat ni.kena lah perbanyakkan zikir dan menambah amalan. Tapi lain pulak jadinya. Aku rasa nak sepak laju tahap Maksimaaa je dekat budak yang pergi curi duit masjid tu. Sedang sibuk para jemaah menunaikan solat Jumaat. Boleh pulak menatang haram ni buat bende yang tak elok ni. Aku sebenarnya tak berapa perasan,sebab time tu tengah sujud.Lagipun memang tak perasan sangat. Tapi kalau aku perasan pun takkan nak batalkan solat tu kann? Hmm.. ni kena tanya Ustaz Azhar Idrus untuk kepastian ni .. Huhu. :)


Ini bukan kisah rekaan semata-mata untuk mencapap dan mencari publisiti. Tapi inilah kenyataan.Betul jugak apa yang Zizan dan Johan lakonkan masa maharajalawak dulu. Tak terpikir dek akal pun ,bende ni akan terjadi.Tapi peristiwa hari memang betul-betul sakit hati. Tapi takpe lah kannn. Kita doakan yang terbaik untuk beliau. Biar tuhan je balass. Tapi aku berazam . Nak cari jugakk budak tuh. Kalau aku dapat memang aku piat-piat telinga dia.Terajang pun oke jugak. Haha. Ganas sangat tuh .Kahkah.


Tapi ada satu bende yang mengembirakan hati aku sebab. Ustaz Azhar Idrus yang popular Bangatt tuh akan mengadakan ceramah di Masjid berhampiran rumah aku. InsyaAllah kalau tiada aral melintang lah. Mesti pergi punya Tungguuuu UAI .kehkeh.


Klik untuk Tumbesaran

Kempen Earth Hour 2012 Malaysia

Kempen Earth Hour.


Assalamualaikum w.b.t. Mungkin sudah ramai orang tahu mengetahui bahawa kempen  earth hour yang dijalankan saban tahun, bakal kita saksikan pada hari esok .Pada pukul 8.30pm. Sesungguhnya banyak kelebihan dengan hanya mematikan lampu selama 60 minit. Walaupun,masa yang diambil agak sekejap. Tapi ia dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik diseluruh dunia khususnya.Kempen Earth Hour meneruskan legasinya pada tahun ini dengan tema Live Green:One switch at a time.Sama-samalah kita raikannya dengan cara menutup lampu dirumah anda.:D


Info Earth Hour dari Wikipedia:
Earth Hour merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia WWF, disambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac, yang mahukan kediaman dan pejabat untuk mematikan lampu yang tidak digunakan dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama satu jam untuk membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim. Dikendalikan oleh WWF Australia dan Sydney Morning Herald pada 2007,[1] dan mendapat sokongan dunia pada 2008.


Kuala Lumpur Convention Centre(KLCC)


Sunway Pyramid



Paris





Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi KPM 2012




Para lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang ada membuatpermohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sesi 2012/2013 akan boleh menyemak keputusan pengambilan kemasukan ke Kolej Matrikulasi bagi PST dan PDT mulai 25 April 2012.
Mulai pengambilan sesi 2011/2012 ini terdapat perubahan di dalam sistem program matrikulasi Jurusan Sains, sila rujuk Program Matrikulasi KPM untuk mendapatkan maklumat mengenainya.
Cara Semakan Permohonan Matrikulasi
  1. Melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi. (dibuka mulai 25 April 2012)
  1. Melalui SMS – Taip MOE (jarak) MAT (jarak) No.KP (tanpa sempang) dan hantar kepada 15888 Contoh: MOE MAT 921001115263 dan hantar ke 15888
Pendaftaran Matrikulasi
  • Mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi perlu mendaftarkan diri ke Kolej Matrikulasi yang telah ditetapkan pada 28 Mei 2012 bagi kolej-kolej di Semenanjung Malaysia dan 21 Mei 2012 bagi Kolej Matrikulasi Labuan..
  • Surat tawaran, dokumen pendaftaran dan borang perjanjian perlu dicetak sendiri oleh pemohon dan dibawa semasa hari pendaftaran.
  • Pemohon yang berjaya diminta untuk menghubungi terus kolej penempatan atau melawat laman web kolej yang berkenaan untuk maklumat surat tawaran dan dokumen lain.
Rayuan Matrikulasi
  • Manakala mereka yang layak dan ada membuat permohonan tetapi gagal mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM boleh membuat rayuan mulai 25 April 2012 sehingga 13 Mei 2012.
  • Rayuan perlu dibuat secara online di laman web yang sama di atas.
  • Keputusan rayuan kemasukan ke Program Matrikulasi dijadual akan diumumkan pada 7 Jun 2012.
Maklumat
  • Sila hubungi Talian Bantuan Matrikulasi di 03 8884 4083 jika terdapat sebarang pertanyaan.

Keputusan permohonan ke Matrikulasi 2012 boleh disemak dengan dua cara;

Sumber :e putra
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...