Aksi yang biasa korang tengok bila main Ice Scating di Sunway Pyramid.

Pemandangan biasa di Sunway Pyramid Ice

Assalamualikum~ Kelmarin, aku berkesempatan untuk berkunjung atau lebih tepat lagi menziarahi tempat yang menjadi asam garam aku selama aku hidup dekat muka bumi ni.HAHA.:) .Sunway piramid lah kan,ape lagi.Dah agak lama tak pegi sini sebenarnye ,jalan-jalan sana pun sorang-sorang sebab takde yang sudi nak teman.Ape la nasib badan isk..isk.:P.haha. So,sedang asyik menghirup udara yang tak beberapa segar dekat Sunway Piramid tu, aku mendapat satu akal.Hekhek! buat bende jahat lah kan. So korang boleh enjoy beberapa gambar Candid ni. Tiada kene mengena antara hidup dan mati :) Peace !Haha.




Mangsa pertama:Sudah menjadi kebiasaan adalah wanita :)


Mangsa Kedua: lelaki ?Malu-malu.hehe. :)


Mangsa Ketiga :kanak-kanak tidak terkecuali:)


Mangsa keempat :Seperti kebiasaan lelaki sejati :)



Mangsa kelima :Jatuh dihadapan orang ramai adalah memalukan.:)


Dan mangsa terakhir pasangan kekasih ! Nice one Dude :)



Gambar diatas adalah bukan bertujuan untuk memalukan sesiapa.Ini hanya secebis pengalaman yang sempat aku rakamkan sepanjang aku berada dekat situ.Sebenarnya banyak lagi.:).Cukuplah ! hanya ini sahaja.So sesiapa yang tak cuba lagi,sila lah berbuat demikian dengan sepantas yang mungkin .hekhek! Untuk pengetahuan korang,aku pun tak pernah cuba lagi.:P:P. HAHA.







13 Langkah hilangkan Mengantuk dan Tekanan.

Di sini terdapat beberapa langkah senaman yang boleh menghilangkan rasa mengantuk dan tekanan. Kepada mereka yang selalu rasa mengantuk ataupun tengah mengalami tekanan, Sila ikuti dan lakukan senaman ini. Selamat Mencuba!!




LANGKAH 1

Ini adalah ala taichi sikit la… sebagai permulaan untuk memanaskan badan..


LANGKAH 2

Tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher anda..


LANGKAH 3

wa..wa..aaa


LANGKAH 4


Gerak kekanan kemudian ke kiri..


LANGKAH 5

Gerak ke kiri kemudian ke kanan. Ikut sahajalah… jangan terpusing kepala sudah la..


LANGKAH 6

Tepuk kuat kuat kat dahi.. Ini untuk menghilangkan mengantuk..


LANGKAH 7

Selepas itu buat gerakan tangan dan badan… buat macam gembira je..


LANGKAH 8

Kemudian goyang-goyangkan kaki dan badan sedikit… Lakukan seperti kita tiada masalah…


LANGKAH 9

Lakukan secara agresif pula… Jangan peduli apa orang lain kata..


LANGKAH 10

Hilangkan semua tekanan…


LANGKAH 11

pusingkan kepala…


LANGKAH 12

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…


LANGKAH 13

A
khir sekali lakukan joget kucing…
————–



Sekian….SELAMAT MENCUBA>>>


Jom! Membeli belah barang sekolah.:)

Assalamualikum ~Ayuh! kembali kesekolah ayuh.HAHA. ingat lagi lagu ni,sampai sekarang. Walaupun dah dua tahun meninggalkan zaman persekolahan.Tapi memori dalam kepala otak aku masih lagi terpancar kiluannye. HAHA.Untuk pengetahuan aku dah pindah Sepuluh buah sekolah,selama aku bergelar pelajar sekolah sejak sekolah rendah lagi.Banyak bukan ?tapi itu lah hakikat yang perlu anda tahu.hehe. Bukan sebab aku lakukan bnyak masalah dekat sekolah ataupun saje-saje tukar sekolah. Tapi aku selalu pindah rumah,tapi dalam selangor je lah.


So,haritu aku berkesempatan ikut family aku shoping baju sekolah dan barang-barang persekolahan yang lain.Perasaan cemburu aku dekat dorang memang jelas terpancar.haha. Sekolah sumpah best gila.Aku tak kata masuk dekat uni tak best.Tapi memang jelas perbezaan bila korang meninggal kan alam persekolahan.Tak jauh pun,shoping dekat area sungai way atau lebih tepat lai.Pasaraya Hari-Hari.Woot-woot !


Location takers:Pasaraya Hari-Hari Sungei Way

Murah-murah.Pakat mai sini !


Pilih jangan tak pilih >:)




InsyAllah satu hari bakal bergelar insan bernama 'GURU'

Proud to you.Tahniah untuk 7A's anda.

Assalamualaikum..Duduk dekat rumah takde bende nak buat.Betul kata membe-membe aku, kalau masa nak balik sebelum nak smpai rumah.rasa megah bila balik rumah. Tapi bila dah sampai rumah,kenyataan yang perlu aku hadapi ialah,sumpah boring gila.HAHA. Bukan nak kata aku ni tak keluar rumah,ataupun duduk termangu seorang diri.itu bukan aku lah.Nasib baik ,dekat rumah ni,agak banyak hiburan yang boleh aku layan bersama keluarga.ngeh3. Tengok  bola dengan membe sampai lewat pagi dah menjadi satu rutin yang perlu aku lakukan.Nanti dorang kata aku sombong pulak kan :)




Tahniah untuk anda !



Eh! tajuk lain,cerita lain.merepek gila aku.hahaha. Nampak tak bende kat atas ni. Slip keputusan PMR adik aku.Sangat bangga kat dia.Sehari sebelun result dye keluar,smpai termimpi-mimpi aku.haha. Abang yang prihatin bukan ?ahaha.Even tak dapat keputusan cemerlang dalam semua subjek.itu dah memadai bagi kami seluruh ahli keluarga.Bukan senang nak dapat.Keputusan aku takde lah secemerlang ini,tapi boleh lah survive dengan jayanya.huhu. So,lepak ni,buat baik untuk SPM pulak. pecahkan rekod aku.haha.




Aksi yang bapak aku buat masa ponteng sekolah yang boleh buat banyak nyawa manusia terkorban.


Selamat pulang anak abah.



Assalamualaikum ~ alhamdulillah selamat sampai dekat rumah tercinta selepas perjalanan yang agak lama daripada Butterworth ke Puduraya. Sampai dekat puduraya aku decide naik Putra LRT dari steyen puduraya. Perghh,memang ramai gila dekat situ. dah macam night market. Hati dah rasa berbelah bagi, sama ada nak beli tiket kt kaunter atau beli dekat mesin. So aku buat keputusan beli dekat mesin je .Even memang ramai gila,tapi tetap aku gagahkan. HAHA.Sampai je turn aku, aku pun tekan skrin tu,memang canggih gila la aku cakap dalam hati.Tiba-tiba eh,asal tak bole tekan ni, dah penat aku cuba bnyak kali.patutlah ramai lagi sanggup beratur beli dekat kaunter,rupa rupanya mesin tu,terlampau canggih lagi mnyukarkan.haha.


Dengan muka agak hampeh,aku berlalu dari situ.Aku tahu orang belakang mesti gelak dekat aku punye. Nama je selalu guna gadjet masa kini.tapi tekan skrin sesentuh pun tak pandai. adehh !Dengan muka yang kepenatan berbekalkan dengan dua buah beg dipikul di bahu aku teruskan perjalanan dari pudu melalui petaling strett sehinggalah ke pasar seni.Dekat sini memang senang beli tiket sebab tak ramai orang.So KL Sentral destinasi seterusnya.Beli tiket dari kaunter KTM memang senang daripada tekan skrin sesentuh.
Naik kereta api macam biasa tiba-tiba keretapi berhenti secara tiba-tiba...




Batu disusun diatas trek keretapi.
 

Kesian pakcik ni,proud of you.


Syabas diatas kepekaan.:)


 Sampai je dekat rumah aku cerita dekat family aku pasal kejadian ni. then bapak aku pun tergelak-gelak. aku tanya kenapa,then dia jawab ,sebenarnya abah pun buat jugak time ponteng sekolah dulu. HAHAHA.



Seri setia,perhentian terakhir.


Tarikh Keputusan PMR 2011 Diumumkan Keluar


Nik Nur Madihah yang mencatat rekod membanggakan dalam SPM


Tarikh keputusan PMR 2011 dijangka diumumkan keluar pada 22 atau 23 Disember 2011. Walau bagaimanapun, tarikh tersebut juga akan dipinda dan tertakhluk kepada keadaan. Apapun, tarikh rasmi keputusan PMR 2011 akan diumumkan disini dari masa ke semasa. Sememangnya menunggu keputusan PMR 2011 bagi setiap calon merupakan detik yang sangat mendebarkan dan bakal penentuan sama ada impian mereka untuk memasuki sekolah menengah sains dan MRSM tercapai. Diharapkan semua calon PMR 2011 berjaya mendapat keputusan yang cemerlang setanding dengan daya usaha yang dilakukan selama ni.


PMR[jarak] ANGKA GILIRAN dan sms ke 15888

Contohnya:-
PMR AC123456
sms ke 15888

atau



 PMR SEMAK[jarak]No Kad Pengenalan[Jarak]Angka Giliran sms ke 15888
Contoh :-
PMR SEMAK 97111111111 AC123456 
 sms ke 15888

Surat Untuk Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.


Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar




Dato’, sedikit perkongsian daripada saya. Bukan mahu menyalahkan mana-mana pihak mahupun memburukkan lagi keadaan, tetapi saya terpanggil untuk memberi sedikit pandangan yang mana saya rasakan wajar pada masa ini kerana saya lihat institusi ini semakin tenggelam ditelan aduan kurang matang, tuduhan kurang berasas dan sebagainya.
Sebagai seorang warga UiTM, saya melihat perkara ini secara terbuka. Walaupun saya tidak begitu campur tangan tentang isu-isu yang dikemukakan kerana saya tahu kuasa veto yang menentukan sesuatu perkara bukan di tangan saya, tapi saya lebih suka membaca dan menilai, sekurang-kurangnya saya memahami apa yang berlaku. Kecemerlangan dan rasa tanggungjawab bukanlah terletak di atas transkrip keputusan peperiksaan dan jawatan tertentu semata-mata, tetapi bagi saya, setiap warga UiTM yang mempunyai rasa kasih dan nilai yang tinggi pada institusi ini perlu campur tangan dengan cara yang terbaik dan mestilah selari dengan objektif sebenar iaitu untuk menyatukan semua dalam setiap lapisan warga UiTM. Sesungguhnya tindakan mereka yang gemar memainkan isu secara retorik semata-mata tetapi dalam diam hanya bertujuan memecahbelahkan institusi ini adalah sangat tidak wajar.
Dato’
Berdasarkan pemerhatian saya, ada tiga kategori yang saya rasa peranan mereka perlu diperjelaskan disini tentang kelibat mereka dalam setiap isu yang dikemukakan. Mereka adalah pelajar-pelajar itu sendiri, kakitangan-kakitangan dan pihak-pihak luar. Kehadiran mereka ini sekaligus merungkai setiap permasalahan yang dihadapi dan rasa tidak puas hati dalam kalangan mereka dalam keadaan yang begitu sihat dan terkawal. Itu dahulunya yang saya lihat. Tetapi kini, berlakunya pertembungan rasa di antara mereka. Kesinambungan kerjasama antara mereka sebelum ini juga semakin berkurang. Maka timbulah isu-isu yang sememangnya tidak wajar dijadikan santapan bagi mereka yang berniat membaca bukan campur tangan sekaligus mempengaruhi fikrian mereka.


Kepada sahabat-sahabat UiTM yang dikasihi,
Saya juga pelajar seperti anda. Saya juga berada di tempat anda. Secara jujur saya akui, kadang kala memang kita berasa ditindas dengan kesalahan yang begitu kecil untuk dipertikaikan, kemudahan yang ada kalanya memang ada kurangnya dan sebagainya. Sebagai seorang pelajar, kita juga diberi hak untuk bersuara walaupun kedengarannya hanya sekecil-kecil suara hati sahaja. Saya lihat memang ada yang wajar dan tidak wajar. Tetapi di sini, saya sekadar ingin berkongsi kepada sahabat sekalian, UiTM sudah melakukan yang terbaik. Setiap peraturan dan tindakan yang diperuntukkan untuk kebaikan semua pihak. Janganlah begitu menyalahkan peraturan kerana satu ketika, peraturan daripada ibu bapalah yang mendidik kita dan meletakkan kita di UiTM sekarang ini, bukan begitu? Sesungguhnya setiap yang dicipta oleh manusia itu ada kelemahannya sendiri. Jika rasa kurang setuju dengan tindakan yang dikenakan, kita cuba guna saluran yang betul untuk mengutarakan rasa bukan mengeruhkan lagi keadaan. Seboleh-bolehnya kawal rasa dan bahasa semoga yang membaca dan melihat dari sudut pandangan mereka lebih berfikiran positif untuk menilai masalah yang kita hadapi. Sebaik-baik aduan adalah mereka yang mencerminkan keperibadian melaluinya. Indah bukan? Jadi sebagai pelajar UiTM yang hensem-hensem dan cantik-cantik belaka; merujuk kepada motivasi penghargaan dan kebaikan dalam pelajar itu sendiri, marilah kita bersatu menaikkan nama UiTM yang tercinta ini. Jatuh bangun sesebuah institusi itu terletak di tangan anak bangsa itu sendiri. Ayuh sahabat.

Kepada kakitangan-kaitangan UiTM yang dihormati,

Melihat kepada peranan anda dalam UiTM, apa yang saya boleh simpulkan, satu jasa yang sangat besar dan sangat bernilai dalam mendidik anak bangsa melalui setiap tanggungjawab yang telah diamanahkan. Perjalanan UiTM sebagai institusi yang semakin menyinar di persada antarabangsa tidak lengkap tanpa sumbangan yang anda berikan. Syabas saya ucapkan. Tetapi melihat daripada sudut pandangan yang berbeza, kadang-kala keluar sedikit suara-suara kecil, bukan mempertikaikan tetapi cuma mengadu rasa tentang kekurangan perkhidmatan yang sepatutnya diberikan. Kepincangan dalam hal ini juga ada kalanya menyebabkan pelbagai aduan dan tuduhan dilemparkan. Saya yakin, anda, sebagai seorang kakitangan yang melihat perkara ini daripada sudut pandangan positif, menerimanya dengan hati terbuka dan saya berharap anda semua tidak terlalu memikirkan hal ini sehingga boleh menjejaskan prestasi anda. Jika betul ada kelemahan atau lompang mahupun kekurangan yang tak sepatutnya yang ada dalam gerak kerja anda, kita perbaiki. Tidak semua manusia sempurna. Sesungguhnya, jelas selama ini anda telah memberi perkhidmatan yang terbaik. Kita belajar daripada kekurangan dan teguran dan melihat ianya sebagai satu sambungan untuk melakukan lebih baik pada UiTM yang tercinta. Tanpa kakitangan UiTM yang begitu proaktif dan idealistik dalam setiap tugas seperti anda, siapalah UiTM, bukan begitu?

Kepada pihak-pihak luar yang dihargai,

Terima kasih diucapkan kerana begitu melihat kondisi UiTM sebagai satu institusi yang mampu melangkah lebih jauh. Terima kasih juga di atas setiap bantuan yang diberikan. Sesungguhnya kerjasama daripada pihak luar sangat dihargai dalam masa yang sama dapat membawa imej UiTM ke seluruh negara. Tetapi, sedikit dukacita tentang suara-suara sumbang dan campur tangan sesetengah pihak dalam institusi UiTM. Sedikit teguran, tidak perlulah datang dengan cara memulakan sesuatu isu yang tidak wajar dibincangkan. Ketepikan isu politik mahupun segala bentuk rencah yang kurang enak. Hormatilah institusi ini sebagai permulaannya satu ikatan bangsa yang begitu kukuh. Janganlah cemari fikiran dan minda kami warga UiTM dengan perkara yang tidak berasas. Sesungguhnya kita menerima kehadiran pihak luar dengan cara baik dan hati terbuka, begitu jugalah kebaikan yang akan ditinggalkan nanti ketika pulang oleh pihak anda.

Terima kasih kepada yang membaca. Minta maaf jika ada terkasar bahasa mahupun kekurangan. Saya hanya berkongsi rasa, bukan kerana nama, tetapi kerana keperluan yang sememangnya wajar dihulurkan. UiTM Di Hatiku.


Sumber:Facebook Dato' Prof.ir .Dr.Sahol Hamid Abu Bakar
Karya:Fikri Jumiran

Nota kaki : Email yang diberikan kepada ayahanda yang begitu matang pengisiannya.Sesungguhnya ape yang diceritakan saudara Fikri jumiran ada betulnya. Bukan untuk menyalahkan sesiapa,namun jika kita ditakuk lama tanpa mengambil reaksi negatif sebagai pembina .Mungkin bangsa melayu dan bumiputera akan hanyut. Begitu juga UiTM sendiri.UiTM dihatiku.:)



LDK ! Sumpah menyusahkan hidup Aku .


Bende alah ni,lah paling aku bnci doe ! *Gambar hiasan .


Assalamualaikum !  Esok hari paling aku benci dalam minggu nih. Kenapalah perlu diadakan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan diwajibkan setiap pelajar UiTM. Entah! aku pun tak tahu ape yang benefit sangat bnde ni. Selama aku mengikuti program ni,selama 2 semester,aku pun agak musykil ,tahap kewajaran program ini diperkenalkan. Aku tahu ramai student UiTM sendiri menolak kewujudan program ni. Tapi apakan daya ,terpaksa jugak pergikan ?Mungkin ramai yang sependapat dengan aku. Bila aku,belek-belek balik name list yang sama group dengan aku, aku tengok ramai yang kena repeat LDK ni. Aku tahu, nak tak nak dorang kena ikut balik semua program yang telah ditetapkan. Kalau dorang stil keras kepala jugak,alamatnye tak grade la dorang.Sampai ex-student UiTM sendiri ,merangkap lecturer aku pun cakap progam ni buang masa. Entah lah !



Oke! cari nama aku. HAHA. Memang tak jumpa lah. :)


Nak kena joget-joget lah! menari,berlakon buat bende bodoh ! ape kejadah nye? Aku dah boleh hafal,semua tu dalam benak otak aku. Even,baru Dua semester. Dah bnyak bende aku boleh agak.HAHA. Hope esok,luck sentiasa menyebelahi aku selama 10 jam !  What ? 10 JAM !! Memang sakit gila la  kan ?so! senyum,tak perlu kata -apa-apa ~





Even,aku menentang kewujudan program yang agak tak releven ni. Takde lah,sampai aku tak sokong semua program yang pihak UiTM anjurkan.Aku salute gilaa ! pada pihak UiTM yang martabatkan bangsa melayu dan bumiputera.Kalau aku kat takde kat sini,tak tahu lah mana aku nak menumpang belajar kan ? HAHA. Jangan risau UiTM  kau sentiasa dihatiku.  :)

Segmen up follower dengan sepantas kilat





 ' BELOM COBA, BELOM TAW !



Assalamualaikum !Dah lama rasanya tak join bende-bende macam nih.HAHA.:):) So,pada pengeblog pengeblog yang nak join Segmen 'JOM MERIAHKAN FOLLOWER UO FOLLOWER'  boleh terjah dekat sini :


TEKAN SAMPAI LAPTOP ROSAK !



Lambat sikit join,banyak assignmentt,hahaha.




Dua Minggu Hooneymoon menghabiskan duet PTPTN.


Assalamualikum ! Memang Hell gila la semester ni. Memang Puas gila enjoy,ditambah dengan kelas tanpa kedatangan lecturer ,menyerlahkan lagi kebongkakkan aku untuk terus bersosial.Bhhaha. .Takde lah sosial mana pun, Jalan-jalan,overnight,makan angin kawasan belah utara ni. Sumpah best gila .Walawehhh>:) Almaklumlah, Duit ptptn kali ni,memang cepat sangat masuk. Mungkin dorang dah penat asik dengar rugutan budak-budak yang ketagih nak duit,saban setiap semester. dan tak terkecuali aku.Phewiittt ~:) Dekat sini aku nak shere beberapa keping gambar yang sempat aku tangakap,selama Dua minggu aku hidup tanpa haluan.Ececehh.:)



Gua Kelam yang style !

Sejuk Gila air kat sini.HAHA.:)


Antara jejaka pilihan malaya. :)



Borong jomm !

Tak lengkap rasanya kalau tak singgah Padang Besar.


Bajet kereta aku.bhaha.:P



Pesta Penang.Memang Meriah gila-gila.Phewittt.




Taman Mini ,sejibik macam dekat I-City ,Shah Alam.:)


Tak sempat nak naik !:(


Beratur-beratur ,jangan tolak-tolak !



Ape lagi.Nasi kandar Beratuqq la pilihan kami.:)


Masjid Kapitan Keling yang bersebelahan denganNasi kandar beratur.

Dan yang paling Pentingg !!



Kemenangan bermakna bagi pasukan Electrical engineering (elektronik) menentang electrical engeneering (Kuasa).


Hujan batu,Boleh buat otak bergeliga?betul ke ?:

Assalamualikum w.b.t. Bulan ni,kerapkan hujan ?tengok la,macamman keadaan dekat Thailand,hampir separuh negara mereka,ditenggelami air.Dasyatkan ?sampai angkor wat,yang dijadikan monumen sejarah pun,turut terjejas akibat hujan yang tidak menentu sterusnya mengakibatkan banjir itu.Sekarang, banjira dah menular dari arah utara iaitu perlis dan Kelantan.Walaupun ,ia adalah kejadian yang biasa dihadapi penduduk sekitar.Agak kasihan kalau nak diikutkan,ditambah pula,risiko hujan tersebuat yang boleh mengakibatkan bencana alam lain yang bakal menyusul.



Bila hujan batu,akulah orang pertama yang akan takut.:(


Harini je,dekat area Permatang Pauh,dah bnyak kali hujan.Susah aku nak bergerak,sana sini.Banyak perkara yang tertangguh.Sidai baju tak boleh,nak beli barang tak boleh.Duduk je lah kat rumah ni.Nasib baik takde lah boring sangat kan ?Ingat masa kecik-kecik dulu,kalau time hujan batu,memang nak roboh rumah tu,dek kerana, hujan batu,jatuh,dekat atap zink rumah.Memang takut gila time tu.Memang la,tak tahu nak buat ape.Amik selimut,then baring dekat atas kerusi.Then tertidur.


Rasanya takde lah sampai macam ni.:)

Bangun-bangun je,aku tengok,mak aku dah ada kat luar,sibuk mengutip air batu kat luar tu.Aku pun kehairanan. Nak buat ape dengan batu tu. Then mak aku masuk rumah,dan suro aku makan bende tu.Aku pun agak pelik la.Kalau aiskrim,aku lah no1.Tapi, air batu yang jatuh,dari langit.Mungkin time tu kecik lagi,aku pun main pakai telan je.Takde perbezaan sngat pun dengan air batu lain.Mungkin jatuh dari langit kot.Entah.:)


Orang cakap,kalau makan air batu masa kecik-kecik.Otak dye bergeliga ?betul ke ?Asal aku rasa macam biasa je.Ouh! kalau makan air batu,semua jadi pndai.Menyesal aku tak makan bnyak-bnyak dulu.Boleh belajar dekat Oversea.Ceh !



Oke! Bai




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...