Hujan batu,Boleh buat otak bergeliga?betul ke ?:

Assalamualikum w.b.t. Bulan ni,kerapkan hujan ?tengok la,macamman keadaan dekat Thailand,hampir separuh negara mereka,ditenggelami air.Dasyatkan ?sampai angkor wat,yang dijadikan monumen sejarah pun,turut terjejas akibat hujan yang tidak menentu sterusnya mengakibatkan banjir itu.Sekarang, banjira dah menular dari arah utara iaitu perlis dan Kelantan.Walaupun ,ia adalah kejadian yang biasa dihadapi penduduk sekitar.Agak kasihan kalau nak diikutkan,ditambah pula,risiko hujan tersebuat yang boleh mengakibatkan bencana alam lain yang bakal menyusul.



Bila hujan batu,akulah orang pertama yang akan takut.:(


Harini je,dekat area Permatang Pauh,dah bnyak kali hujan.Susah aku nak bergerak,sana sini.Banyak perkara yang tertangguh.Sidai baju tak boleh,nak beli barang tak boleh.Duduk je lah kat rumah ni.Nasib baik takde lah boring sangat kan ?Ingat masa kecik-kecik dulu,kalau time hujan batu,memang nak roboh rumah tu,dek kerana, hujan batu,jatuh,dekat atap zink rumah.Memang takut gila time tu.Memang la,tak tahu nak buat ape.Amik selimut,then baring dekat atas kerusi.Then tertidur.


Rasanya takde lah sampai macam ni.:)

Bangun-bangun je,aku tengok,mak aku dah ada kat luar,sibuk mengutip air batu kat luar tu.Aku pun kehairanan. Nak buat ape dengan batu tu. Then mak aku masuk rumah,dan suro aku makan bende tu.Aku pun agak pelik la.Kalau aiskrim,aku lah no1.Tapi, air batu yang jatuh,dari langit.Mungkin time tu kecik lagi,aku pun main pakai telan je.Takde perbezaan sngat pun dengan air batu lain.Mungkin jatuh dari langit kot.Entah.:)


Orang cakap,kalau makan air batu masa kecik-kecik.Otak dye bergeliga ?betul ke ?Asal aku rasa macam biasa je.Ouh! kalau makan air batu,semua jadi pndai.Menyesal aku tak makan bnyak-bnyak dulu.Boleh belajar dekat Oversea.Ceh !



Oke! Bai




Terima Kasih Pak Guard UiTM,sebab kasi penat.:)

Assalamualaikum~ Hari ni adalah hari bermakna bagi seluruh umat islam didunia.Selamat Tahun Baru Islam yang ke 1433 hijrah.Semoga tahun baru yang menjelang tiba kini,dipemudahkan segala perjalanan oleh Allah s.w.t. Kali ni semester 3 aku kat sini,agak mencabar rasanya. Dah setahun aku bertapak dekat Pulau Pinang nih.Even aku tak banyak menjelajah dekat dalam pulau,aku agak tahu selok belok persimpangan sekitar Pulau Pinang ni.*ceh! Bajet.haha. Belajar pun boring,tidur apatah lagi,memang boring la sangat kan.So the right choosen is for my part time blogger.Pewiiiit!.:)


Bukak-bukak mata je,dah dengar suara bingar-bingar kat ruang tamu.Eh apahal ni. Oh baru aku ingat,hari ni,dah start kuliah. Arghhh! Sungguh liat,rasanya nak bangun nih.Kelas pukul lapan.Dalam otak aku ni,dah macam-macam bende negatif aku pikir. minggu pertama mana ada kelas. Ceh! buat penat je pergi. So! pikir-pikir balik,boring pulak duduk ostel.Tiba-tiba pulak, lecturer nak ajar awal-awal kan.Mana kita nak tahu.wawawaa. Lepas mandi,terpikir jugak nak pakai baju ape,dorang dah siap pakai baju kemeja,seluar slack hitam,bertali pinggang dan bertali leher. Dalam hati cakap'Bapak semngat dorang nih.' HAHA.Tapi,peduli ape aku, Bantai baju bengkel,seluar jeans tanpa baju berkolar.Senior la katakan.cehh !



Etika pakaian pada hari Isnin





Etika pakaian bukan pada hari isnin


So,nampak tak perbezaan ketara dekat situ. HAHA. Banyak la pulak kan.So,senyum tak perlu kata ape-ape. Jalan-punye jalan nak pergi kampus dengan naik bas,hati ni dah rasa,lain macam dah.Usha-usha sekeliling,eh ! kenapa aku sorang je yang pakai baju ni. Aku tak kesah,kalau dorang pandang pelik dekat,pandang jijik,atau pandangan menggoda.*Sori aniq,rembat gambar kau jap.nanti aku pulangkan.ngeh3 .:)Yang aku takut,duit RM50 aku terbang meninggalkan.Eh! eh! kad matrik lupa bawak.lai mampus la aku ouh.:( Baru nak joli sikit .wuhooo.:). Aku takut dekat dia ni lah. :



Budak UiTM memang anti dengan pak guard UiTM.*gambar hiasan.


Bukan pak cik ni kawan-kawan dia.Sori pakcik.hehe.:),tapi Naik bas je,aku terus duduk dekat bahagian paling belakang sekali, Kalau jadi apa-apa senangkan.Memang tindakan agak bodoh,tapi cara ni je yang boleh selamatkan aku dari malapetaka.Malapetaka ke ?haha.Cari nahas namanye weii !.:) Alamak! betul ape yang aku sangkakan. Pak guard berleluasa  pada pagi tu.Otak,aku dah pikir macam-macam dah.Rm 50 hilang macm tu je.Tu belum lagi maruah tergadai,kalau kena kaunseling depan budak-budak lain yang lalu dekat situ.So aku declare,duduk je dalam bas,sambil menyorok.Orang kedah cakap,'terketaq-ketaqq lutut ceqq ni..haha.Nak buat macam mna,risiko perlu diambil demi masa depan yang sempurna. Jing!jing!.


Mengelat sambil berfikir secara rasional dan kritis,membuatkan ,aku berhenti agak jauh,untuk turun daripada keluar,berhadapan dengan pak guard.takpe jauh,asalkan selamat.Untung-untung pun,duit RM50 aku,boleh jugak beli stok coki-coki untuk setahun.HAHA. Selamba.jalan-jalan dekat dalam kampus,tapi dalam hati cuak gila doee !haha. So,dalam pukul 12 tengahhari macam tu,aku tengok,ramai pulak,yang pakai baju ni,ceh! buat penat je aku mnyorok dalam bas tu.


Terima Kasih Pak Guard,sebab kasi penat.


Cerita pak Guard yang lain:



Oke! bai.




Permohonan Kemasukan Ke IPTA, Politeknik, TEVT, ILKA Sesi Akademik 2012/2013






Permohonan Melalui UPU Sesi Akademik 2012/2013

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar atau lebih dikenali sebagai Unit Pusat Universiti (UPU) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah mengumumkan bahawa permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA, Politeknik, TEVT, ILKA) bagi sesi akademik 2012/2013 adalah seperti berikut :
  1. Program Pengajian Lepasan SPM dan setaraf
  2. Program Pengajian Lepasan SKM dan Sekolah Menengah
  3. Program Pengajian Lepasan STPM 2011 dan STAM 2010/2011
  4. Program Pengajian Lepasan Matrikulasi dan Asasi Sesi 2011/2012
  5. Program Pengajian Lepasan Diploma dan setaraf serta STPM/ Matrikulasi/ Asasi 2010 dan sebelumnya

 

1) PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM DAN SETARAF

Bagi lepasan SPM terbahagi kepada dua iaitu :
  1. Permohonan kemasukan ke IPTA dan Politeknik Premier bagi program pengajian peringkat Diploma dan Asasi Sesi Akademik 2012/2013 atau Ambilan Julai 2012
  2. Permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Politeknik bagi program peringkat Sijil dan Diploma Ambilan Julai 2012.

Tempoh Permohonan

FASA 1 – Pendaftaran Maklumat Permohonan
  • Tarikh : 15 November 2011 – 31 Disember 2011
FASA 2 – Pengesahan Permohonan dan Pilihan Program Pengajian
  • Tarikh : 9 Januari 2012 – 2 April 2012

 

2) PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SKM DAN SEKOLAH MENENGAH

  • Ini adalah permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi program peringkat Sijil dan Diploma Ambilan Julai 2012.

Tempoh Permohonan

  • Tarikh : 9 Januari 2012 – 2 April 2012

Pembelian Nombor Unik ID BSN

  • Nombor Unik ID ini wajib digunakan semasa membuat permohonan.
  • Harga Unik ID adalah RM 10.60 seorang
  • Secara Individu
    • Pembelian secara individu melalui kaunter, ATM dan SMS Banking
    • Tarikh : 9 Januari 2012 – 2 April 2012
    • Salinan MyKad calon perlu dikemukakan.
  • Secara Pukal
    • Pembelian melalui sekolah menggunakan borang BPKP-32C di kaunter BSN.
    • Tarikh : 8 November 2011 – 30 November 2011
    • Salinan MyKad calon perlu disertakan.

 

3) PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM 2011 DAN STAM 2010/2011

  • Ini merupakan permohonan kemasukan ke Program Pengajian Lepasan STPM 2011, STAM 2010/2011 bagi program pengajian peringkat Ijazah Pertama di 19 buah universiti bagi Ambilan September 2012.

 

4) PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN DIPLOMA/ STPM/ MATRIKULASI/ ASASI 2010 dan sebelumnya

  • Ini merupakan permohonan kemasukan ke Program Pengajian Lepasan Diploma, STPM, Matrikulasi dan Asasi bagi tahun 2010 dan sebelumnya bagi program pengajian peringkat Ijazah Pertama di 19 buah universiti bagi Ambilan September 2012.

Tempoh Permohonan

  • Tarikh : 9 Januari 2012 – 2 April 2012

 

5) PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN MATRIKULASI DAN ASASI SESI 2011/2012

  • Ini merupakan permohonan kemasukan ke Program Pengajian Lepasan Matrikulasi dan Asasi Sesi 2011/2012 bagi program pengajian peringkat Ijazah Pertama di 19 buah universiti bagi Ambilan September 2012.

Tempoh Permohonan

FASA 1 – Pendaftaran Permohonan dan Pilihan Program Pengajian
  • Tarikh : 9 Januari 2012 – 2 April 2012
FASA 2 – Kemaskini Permohonan dan Pilihan Program Pengajian
  • Tarikh : 21 Mei Januari 2012 – 28 Mei 2012 (tertakluk kepada pindaan)

Pembelian Nombor Unik ID BSN

  • Nombor Unik ID ini wajib digunakan semasa membuat permohonan.
  • Harga Unik ID adalah RM 15.60 seorang
  • Secara Individu
    • Pembelian secara individu melalui kaunter, ATM dan SMS Banking
    • Tarikh : 9 Januari 2012 – 2 April 2012 
    • Salinan MyKad calon perlu dikemukakan.
  • Secara Pukal
    • Pembelian melalui sekolah menggunakan borang BPKP-32C di kaunter BSN.
    • Tarikh : 8 November 2011 – 30 November 2011
    • Salinan MyKad calon perlu disertakan.

 

6) Permohonan Kemasukan Universiti Sains Malaysia (USM)

  • Selaras dengan pelaksanaan dasar autonomi kerajaan kepada Universiti Sains Malaysia (USM) dan status U-APEX, pengurusan permohonan, pemprosesan, pemilihan, hebahan dan rayuan ke USM dikendalikan sepenuhnya oleh USM sendiri.
  • Permohonan hendaklah dikemukakan ke USM melalui laman web http://eputra.visibli.com/7246e3932c31aa84/?web=d58629&dst=http%3A//www.usm.my kecuali untuk program pengajian pendidikan.
  • Penyelarasan penawaran akan dilaksanakan oleh UPU dengan USM bagi calon yang setuju terima atau menolak tawaran.

 

 Maklumat

  • Sila kunjungi laman web rasmi kemasukan ke IPTA dan kategori Kementerian Pengajian Tinggi untuk maklumat lanjut.
  • Laman web kesemua IPTA boleh disemak di Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.
  • Jika terdapat sebarang pertanyaan dan kemusykilan sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi di Talian Am 03-8870 6755/ 03-8870 6766, Helpline UPU 03-8870 6777, Hot Line UPU 03-8870 6767, Kaunter KPT UPU 03-8870 6778 atau Faks 03-8870 6864 atau e-mel upu@mohe.gov.my
  • Pihak ePutra juga akan menghebahkan maklumat lanjut mengenai permohonan kemasukan ke IPTA sesi akademik 2012/2013 dan ambilan Julai/September 2012 ini dari masa ke semasa.

Sumber Rasmi :eputra.com

Party Birthday Paling banyak dugaaan.HAHA.:)


Selamat Hari Jadi !Jom makan kek weh.HAHA.:)



Assalamualaikum w.b.t. Hari ni banyak bende yang terjadi,yang tak dapat aku lupakan,HAHA. Macam biasa pegi kelas pagi,makan-minum-ing,lepak-ing, borak-borak-ing,gosip-gosip-ing dan bermacam-macam.Even baru bape hari je start kuliah dekat sini. Dah macam-macam berlaku.Paling sadis sekali, hilangnye fixie.HAHA. Bukan hilang,just jual kat orang .sebab dah tak pakai.better jual.Tapi takpe,ada rezeki lebih.aku tebus balik fixie tu. :)


So nak dijadikan cerita,Hari ini,bertarikh 24 November 2011,adalah hari jadi empunya nama fadlee amin.haha.Plan baik punya,nak kenakan dia. tak tahu lah,dia perasan or tak.tapi aku rasa dia perasan.haha.mungkin dia redha semua ketentuan ilahi dan takdir telah menentukannye untuk dikenakan surprise party.*surprise ke ?Bhahaha. :) Jum tengok gambar-gambar yang sempat dirakam,diatas ketidakrelaan mereka semua.Jangan marah eh ?haha.:P



Birthday boiiii !:)



Orang kuat Disebalik tabir.


Orang Kuat disebalik pembikinan


Abang Fuad yang menunjukkan kematangan dengan mengambil sikap berkecuali.


Adik abang fuad, yang tidur kepenatan.



Kek hari jadi.Susah ouh nak buat,Limited Edition.bhaha.:)


Keadaan ruang tamu dielaputi dengan tepung gandum.:))


Abang heroes,menyelamatkan keadaan dalam keadaan genting.:)


Gudd Luckk abang Heroe !!.HAHA.:)



Dah,pandai buat tu,kena la mop kan ?Pandai sangat.haha.
 


Kemas-kemas.Warden tahu.Mampuus kita doee.HAHA.:)


Buat ape tu bang ?kesian abang semua kan ?eh! Bufday boy pun kena kemas jugak.haha.




Oke! kesian .tapi aku lagi kesian, tak nak lah,letak kat sini,nanti teserlah keseksian.haha.Ini semua gambar diambil secara tidak sengaja tanpa memburukkan siapa-siapa. Esok nak pergi Padang Besar,Perlis.Agak-agak best tak ?haha.Doakan kitaorang :)*Habis BB aku,kotor kena tepung.haha.yg penting function weh~



Oke! Bai!

Malaysia Juara Bola sepak Sukan Sea. Tapi apa yang mereka Buat dengan membalasnya ?



Its over Indonesia ! Champion To be Malaysian Team.


Assalamualaikum ! Sekali lagi syabas diucapkan atas kejayaan malaysia sebagai Juara sukan sea untuk sukan Bola sepak. Keberanian mereka dalam menggempur sayap garuda yang terbentang luas ,menjadi santapan paling enak untuk diratah mereka atas kejayaan mereka dirantau ini,sekali gus membuktikan bahawa,kemenangan Malaysia keatas Vietnam edisi sukan sea sebelum ini,bukanlah kemenangan percuma atau nasib.Walaupun terpaksa naik barracuda .HAHA.:) Sesungguhnye,anak-anak muda Malaysia telah membuktikan kepada benua asia tenggara bahawa mereka tiada tolak bandingnya.Kemenangan ini,harus lah dikongsi bersama jutaan peminat serta penyokong Harimau malaya didalam negara mahupun diluar negara. Namun sukan sea yang dijadikan medan terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan dikalangan anggota pertubuhan asia tenggara,telah dicemari dengan pelbagai tomahan sekaligus merencatkan matlamat utama sukan sea supaya ditubuhkan.


Definasi Sukan sea dari wikipedia.

Pada asalnya, Sukan Asia Tenggara diberi nama Sukan Semenanjung Asia Tenggara atau Sukan SEAP. Pada 22 Mei 1958, semua delegasi dari negara semenanjung Asia Tenggara menghadiri Sukan Asia ke-3 di Tokyo, Jepun untuk melakukan perjumpaan dan telah disetujui banyak pihak untuk mengadakan pertubuhan sukan ini. Sukan SEAP dibentuk konsepkan oleh Laung Sukhumnaipradit iaitu Naib Presiden Komiti Olimpik Thailand. Cadangan ini diterima dan sukan ini dipromosikan untuk negara semenanjung Asia Tenggara.



Melalui,catatan diatas menunjukkan bahawa,terdapat pelbagai usaha yang telah direncana pemimpin terdahalu dalam megorak langkah yang terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan negara asean yang terdiri daripada 10 buah negara yang mendaftar. Jom tengok ape yang mereka buat untuk menaikkan kemarahan penduduk Malaysia seterusnya akan mengakibatkan hubungan kedua-dua negara akan terus bergolak dan bergolak.



Sudah Terang lagi bersuluh.


Inilah realitinya yang perlu kita hadapi

Bendera Malaysia  ! Adakah kita harus berdiam diri ?Tepuk dada !

Bendera dipijak, Melambangkan pemikiran mereka yang sangat cetek tentang sensitiviti.

How dare ?Guna Bomoh  lagi tu?Oke ! ini tipu ! BHAHA.:)



Kita tak boleh nak salahkan 100%  terhadap mereka yang telah memperlakuan aksi sebigini rupa.Lupakan segala episod Sukan Sea ,lupakan  ibu emas di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta.Sekarang bukan masa untuk mepersenda atau mengutuk negara si pemenang dan si pengalah. Kembali ke matlamat asal penubuhan sukan sea di asia tenggara khususnya,Walaupun Pelbagai perkara yang berlaku ketika berlangsungnya Sukan sea di dua buah bandar Indonesia ,Palembang dan Jakarta.Bukan niat untung mengapi api kan,namun itu kenyataan yang perlu kita tangani .Antaranya ialah :
  •  Isu jalur bendera Malaysia yang tidak cukup.
  • Layanan pihak media dari negara luar.
  • Isu sabotaj.
  • Tidak menghormati lagu kebangsaan negara bertanding.

Tapi yang penting Malaysia adalah :


Juara Ibu Segala Emas

Mereka lah wira-wira kita. realy proud to be Malaysia ever and ever :)



 Selingan Terakhir !!



Show it HARIMAU MALAYA !


Oke!Bai .
 

Eh! Follower ke 2OO !


Assalamulaikum,and very very Gud morning and half of night.:)...Sedang tak sedar ,Dah 2OO follower atau dalam bahasa google transletnye pengikut.HAHA. ceh! padahal orang lain,dah beratus-ratus,beribu ribu. Insyallah ! aku boleh ! hehe.:)Mari kita terjah sama-sama terjah blog comel nih. Woot-woot !




Sori ! kalau agak simple. hehe.Baru je terbangun dari tidur dan terus mengupdate. Semoga hari pertama esok berada di dewan kuliah unruk memulakan semester baru.akan aku manfaatkan sepenuhnya.eceeehh! haha.) Ingat eh !jum terjah  Blog ini. terima kasih daun keladi ,nanti jemput datang rumah ,makan pucuk ubi .*oke! merepek :P




Oke! Bai.

Konklusi :Sebulan Perjalanan hidup di Sunway Pyramid


Assalamualaikumm ~ Aku rasa mungkin hari ini,hari terakhir untuk aku hupdate segala bagai dekat blog ni kot.Tidur lewat,bangun pun lewat,then makan then tidur lewat balik ,memang dah jadi rutin aku setiap hari dekat rumah ini. Dalam kepala hotak aku sekarang,pkir nak belajar je,nak habiskan diploma ,then sambung Degree dan insyAllah aku nak masuk dekat Maktab Perguruan Teknik. Sebab cita-cita aku nak jadi seorang guru yang beperkerti mulia bukan engineer makan gaji buta..Cehhh ! HAHA.:). Hari ini jugak ,tercatat lah,satu kejayaan rasmi yang dilakar oleh Harimau Muda yang berjaya mengalahkan Sang Garuda ,yang patah sayapnye..Congrate eh ,:) Proud to be Malaysian.


Sunway pyramid dah macam rumah kedua aku.:D.ot



Hahahah.Sumpah sadis aku tengok.Btw nice one Malaysian Team.:)



Bulan ni,aku agak kerap jugak pergi Sunway Piramid. Bukan berjalan-jalan sambil makan angin dan mencuci cuci mata .Tapi matlamat aku adalah untuk bekerja secara berdedikasi bukan curi-curi.Tapi kadang-kadang curi jugak lah.HAHA.Aku ingatkan niat aku bekerja ni,adalah nak beli Nikon DSLR ,tapi gaji yang diharapkan tidak menepati sasaran.InsyAllah mungkin next sem aku akan berjaya membelinya dengan bantuan bapak aku.:):)dan aku decide beli Blackberry curve 3 .Aku pun tak tahu ,macammna nak pakai bende alah ni. Main pakai hentam je.Menyusahkan betul. HAHA. Dan lebihan gaji aku kasi dekat mak aku sikit dan yang lain,buat perjalanan balik ke Pulau Pinang .Woot-woot.



One Day you will be mine .:).haha.


Sedang aku bekerja, sering kali aku fikirkan dan tak percaya macam mana aku boleh lakukan bende-bende macam tuh. Sebab dengan bangganye aku cakap.Aku pergi sunway piramid just pakai seluar track dan berselipar jamban je.Sedangkan kawan-kawan aku yang lain ,semua nye berstyle terkini lah katakan. Tak cool doo !!HAHA.:) .Takde lah,tu semua terjadi masa aku Tingkatan 3.Time tu,tak matang kot.Main pakai sarung je. asalkan dah lengkap berpakaian. Its more better kalau,pakai terdedah dedah sana dan sini. Memang tak cool lah kawan.Makan cili terasa pedasnye.:).tc.



Aih !apekejadahnye,buat style macammana nih.Nasi baik mat salleh.



So,ini lah yang boleh aku kongsi kan.Walaupun tak lah interested dan megkagumkan untuk dibaca sangat. Tapi sbenarnye banyak yang aku nak cakap sebenarnye.So,tahniah jugak untuk budak UPSR yang berjaya mendapat keputusan 5A's.Mana yang gagal,banyak lagi masa untuk perbaiki segala kelemahan diri. Naik sekolah menengah anda boleh cuba untuk lebih berdaya saing selepas ini. caiyokk.SPM penentu segala galanye okey.:)  So korang boleh tengok video nih. serias best gilaaa.;) 






Proud to be Melayu serumpun Malaysia-indonesia.style gila.:)




K.Baii ~



Love Story lagu Bahasa Inggeris pertama yang dihafal dalam sejarah hidup.:)

Lepak-ing,makan-ing,Borak-ing, ngumpat-ing.HAHA. Takde lah. Hari ni,macam kebiasaan,kalau aku agak boring duduk dekat rumah.Aku akan keluar dengan member aku,untuk melayari internet secara berjemaah.Bukan tengok bende-bende tak senonoh. Cuma,kalau lepak sorang-sorang sambil main Pesbuk dan game,boleh beku otak aku.HAHA. Lagipun banyak bende lagi aku nak settel kan sebelum kemasukan aku ke Semester 3 nih.Eh ! baru semester 3 ?HAHA.:) Aku harap,aku dapat Dekan Semester 3 nih.Selepas Semester 2 yang agak mengecewakan.Takpe lah ! Aasalkan dah beusaha. Woot.woot ~


Lelaki suka Taylor swift ?Pelik gilaaa weh ~


Tiba-tiba sedang asyik aku melayari internet sambil makan rempeyek. Lagu yang aku dengar dekat Headphone nih ,putarkan lagu Love Story-Taylor Swift. Eh! bunyi macam suspen je kan ? HAHA. Kalau korang nak tahu,lagu Love Story ini adalah lagu bahasa inggeris yang pertama,berjaya aku hafal .Proud gila,dekat sendiri lah.HAHA.*Padahal,orang lain,dah hafal berjuta-juta lagu inggeris nih..:) Aku pun tak tahu kenapa aku admire sangat kat lagu nih.Padahal takde pape pun.haha.Admire je,bukan taksub eh.:)


Mesti korang ingat aku ni pelik kan,ada ke lelaki yang suka lagu jiwang berkarat-karat,macam ni? HAHA.Mungkin time tu,aku sedang asyik dilamun cinta ,sebab tu, Love story dipilih menjadi pendendang yang setia. hehe.:) Lagu ini dah lama rasanye,sejak aku penghujung Tingkatan 5 rasanye ,tahun 2009. Dah lama kan ?tapi aku rasa sekejap je. Kalau korang nak suruh aku nyanyi pun takde hal lahh !.:P. So sape-sape yang tak pernah dengar lagu jiwang berkarat-karat nih.Sila tutup telinga eh .HAHA.:)




Taylor swift-taylor swift wuuuuuu !!! :)HAHA.:)

Dekat Kolej/Universiti lagi banyak budak hensem/cun,kenapalah nak berkapel masa sekolah ?Buang masa.

Gambar Siapa ni? Mintak permision eh.HAHA.

Assalamualaikum ! Oke.Hari ini semua nak cerita pasal Persembahan yang agak gempak dari Najwa Latiff dan Grayson Chance kan?HAHA.Komen dari aku.Aku memang admire gila kat Najwa Latiff tu.HAHA.* Rahsia kita je. Artis Youtube la katakan.Senang gila kan nak jadi artis macm dorang nih.Tapi most importantly,mestilah ada Bakat,kalau rupa je ada.tak guna jugak kan? hehe.Sebenarnye,bukan pasal Najwa latiff dan Grayson Chan yang aku nak cerita malam yang agak buta nih.:). Cuba tengok tajuk entry aku balik.


Ape yang aku perhatikan sekarang nih.Dah jadi satu Fenomena apabila, setiap pasangan mesti ada seorang kekasih atau boy/gurl dekat sekolah. Aku pun tak tahu lah,kenapa jadi macam nih.Adakah korang akan disisihkan?Mungkin jugak.Setelah aku buat beberapa kajian dan pemerhatian,berikut adalah beberapa fakta yang memungkin budak-budak sekolah sekarang suka sangat nak berkapel mapel nih :



  • Nak jadi seorang yang top atau femes sebab kapel mereka itu HoT la konon.
  • Takut disisihkan kawan-kawan rapat dan sekolah.
  • Ingin mencuba sesuatu yang baru atau semangat inkuiri yang tinggi.
  • Memerlukan bimbingan daripada insan bernama lelaki/wanita.
  • Dapat tukar relationship dekat Facebook sekaligus,menjadikan korang pasangan terhangat abad ini.
  • Boleh tayang muka pakwe/makwe korang yang Cun melecun tuh.


Aku main pakai list je.Tapi aku rasa memang ni la terjadi,apabila dunia teknologi dan nafsu menguasai diri.Itu,belum lagi kalau Syaitan yang tolong.Konfen-konfem lah jadi bende lain kan? huahua.Dekat sini,aku nak nasihat kan dekat adik-adik yang masih bersekolah tuh.Tak payah la Couple-couple nih.Banyak risiko daripada kelebihannye.Sebab aku banyak pengalaman.Nasib baik still boleh survive.Bukan aku kata, Couple tu tak bagus atau seangkatannye.Kalau korang rasa,itu pilihan terbaik korang,tak salah kalau korang teruskan.Definisi terbaik aku ialah:

  • Couple yang boleh ajak korang belajar.
  • Couple yang boleh bimbing korang kearah keagamaan.
  • Couple yang tak mendatangkan masalah dalam hidup korang.
  • Couple yang senantiasa memahami korang,
  • Couple yang hormat orang tua sekaligus hormat diri anda sebagai pasangan kekasih.
  • Couple yang sentiasa membimbing ada kejalan menuju kebaikan bukan kehancuran.


If korang rasa,kapel korang tu terbaik/terhensem/tercantek/terkiut. Aku jamin 200% korang silap sebenarnye.Sebab ape aku cakap macam tuh ?Setelah korang keluar dari zaman persekolahan,baru korang rasa ape yang aku cuba sampaikan ini.Lebih-lebih lagi kalau korang masuk Universiti kolej,atau seangkatan dengannye,baru korang tahu dan terfikir,kenapalah korang pergi kapel time dekat sekolah dulu.

Its more Better kalau korang boleh continue dalam pelajaran,tapi macammna pulak kalau korang terkantoi,dalam pelajaran sebab cinta masa remaja nih.Mesti korang tahu tinggi mana langit tu kan? HAHA.aku cakap berdasarkan pengalaman aku dan kawan-kawan aku.Mungkin takde rezeki dari tuhan.Tapi korang silap,sebenarnye korang yang pilih jalan yang salah. And yang paling penting dalam kehidupan ialah berkat doa dari ibu dan ayah kita serta keredhaan pada yang satu.

Sape pernah bercinta,dia lah monyet.HAHA.

Mungkin sekarang aku dah agak matang dan tahu apa itu cinta monyet dan monyet yang bercinta.HAHA.Kita tak boleh tolak jodoh,apatah lagi memungkinkan tidak menerima ketentuan ilahi.Dan cara terbaik adalah sentiasa bertawakal dekat tuhan.Dan yang paling penting,sebelum kita nak bercintan cintun,lebih baik jika kita bercinta dulu dengan tuhan,baru boleh bercinta dengan sesiapa pun.Pengalaman mengajar kita erti keperitan.*ayat macam baru putus cinta je.HAHA



My Miss admire.HAHA.mana tahu kan,Najwa latiff nih eden yang punyo?:)




Guru kerja 9 jam mulai tahun 2012?



Gambar Hiasan



ALOR SETAR 11 Nov. - Kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 buah sekolah di seluruh negara akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari tahun depan, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).




Presidennya, Hashim Adnan berkata, pihaknya difahamkan sistem waktu bekerja baharu itu akan dilaksanakan di empat buah negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak dengan tempoh percubaan selama enam bulan sebelum diperhalusi oleh Kementerian Pelajaran.
Katanya, pihak NUTP bagaimanapun berpendapat waktu bekerja tersebut tidak sesuai diamalkan di sekolah.
Jelas beliau, pihaknya menerima maklum balas daripada guru terlibat yang bimbang dan tertekan ekoran perubahan waktu kerja baharu itu.


"NUTP berpendapat sistem bekerja sembilan jam seperti penjawat awam lain di pejabat tidak boleh diguna pakai dalam pendidikan sekolah.


"Selain bertugas sebagai pendidik, guru juga dibebani dengan tugas perkeranian termasuk mengisi data dan sebagainya. Malah, ada masanya guru terpaksa bertugas Sabtu dan Ahad untuk aktiviti badan beruniform, sukan dan kelas tambahan," katanya pada sidang akhbar di sini malam tadi. Hadir sama, Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng.


Menjelaskan lebih lanjut, kata Hashim, tempoh percubaan waktu berkerja sembilan jam sehari di sekolah terpilih itu akan dilaksanakan dua sesi iaitu 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan 1.30 petang hingga 6.30 petang selama enam bulan.


"Kesatuan dimaklumkan bahawa para guru di sekolah terlibat sudah diberikan taklimat berhubung perkara ini.
"Walaupun ia tempoh percubaan sebelum diperhalusi pelaksanaannya oleh Kementerian Pelajaran, ramai guru sudah merasa tertekan dan kita bimbang perkara ini akan menganggu tugas mereka di sekolah," katanya.
Sehubungan itu, kata Hashim, NUTP menggesa kerajaan supaya mengkaji semula perkara tersebut.


Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

Sunber:Utusan online

Peristiwa 11.11.2011:Pengalaman Khutbah Jumaat paling tersentuh.

Gambar Hiasan


Assalamualaikum w.b.t.Mungkin harini ramai yang tahu kan mengenai tarikh 11.11.2011.Dekat facebook pun dah kecoh-kecoh pasal tarikh nih.Aku pun tak tahu,ape yang best sangat tarikh nih.mungkin tarikh dye agak cantek dan sedap memandang.Tapi takde bezepun dengan tarikh 1.1.2001,2.2.2002,3.3.2003,10,10,2010 dan sewaktu dengannya. So,tak payah nak bangga sangat kalau ada kapel-kapel yang declare nak buat majlis -majlis yang tak sepatutnye.paham-paham je la eh.:).pada hari ini.Lebih lebih lagi hari ni kan hari JUMAAT.Penghulu segala hari.:) Banyak-banyak la mengimarahkan masji atau surau terdekat.


Seperti kebiasaan setiap hari jumaat aku akan pergi solat jumaat dekat Masjid terdekat rumah aku.Tapi kali ini,aku pergi agak lambat sedikit,sebab aku bangun lambat.Bhahaha. Nasib baik sempatkan.Sedang asyik aku menunggang motor bersama adik aku dalam perjalanan kemasjid.Dari jauh dah terdengar khutbah yang jarang-jaramg aku dengar.Sampai je dekat masjid tu,aku terus duduk dekat tangga.disebabkan aku agak lambat,ini lah tempat yang patut diberikan untuk orang yang lambat macam aku kan?Nasib badan.


Khutbah harini,memang paling tersentuh,walaupun aku tak dapat nak tengok wajah pengkhutbah yang bertugas pada tika itu.namun aku tahu,semangat beliau,untuk memberikan khutbah,memeberikan kesan yang cukup mendalam,dalam hati seluruh para jemaah ketika itu.kesungguhan beliau,dapat aku dengar dengan tangisan pengkutbah tersebut terhadap nasib para nabi serta nasib umat islam ketika ini.Seringkali buat aku termenung sendirian ketika itu.Orang yang jaga amalan pun boleh,rasa tersentuh,apatah lagi aku yang kurang amalan nih.


Tidak cukup dengan itu,Suara beliau dalam memimpin bacaan dalam solat cukup membuat para jemaah rasa tersentuh.sesekali terdengar beliau teresak esak memimpin bacaan.Yang mungkin mempunyai maksud yang cukup mendalam.Dalam hatiku terdetik,alangkah indahnya,kalau aku tahu maknanye.mesti indah bukan.Hatiku terus merasai nikmat bacaan yang sungguh bermakna itu.:).Mungkin banyak ilmu lagi yang perlu aku pelajairi dalam memperkuatkan lagi ilmu agama aku.InsyAllah.:)


Tidak kurang juga ada yang tidur.Kadang-kadang aku buat jugak.hehe.:)

60 Sekolah Menengah Teknik Jadi Sekolah Menengah Vokasional.





Setelah beberapa tahun dinaik taraf menjadi Sekolah Menengah Teknik (SMT), 60 daripada 88 SMT di seluruh negara akan kembali menawarkan aliran vokasional dan dikenali semula sebagai Sekolah Menengah Vokasional (SMV) secara berperingkat menjelang 2012.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata usaha menambah bilangan SMV penting bagi memenuhi keperluan semasa selain kecenderungan pelajar kini lebih menjurus pada subjek kemahiran.
Sebagai langkah awal, 26 SMT akan ditukar kepada SMV bulan depan, manakala selebihnya akan dijalankan secara berperingkat sehingga 2012. Kementerian menyasarkan pada 2012, hanya 28 SMT beroperasi di seluruh negara manakala yang lain ditukar sepenuhnya kepada SMV.
SMT sekarang ini tertumpu kepada bidang kejuruteraan. Oleh itu, kementerian mahu memperbanyakkan SMV memandangkan kajian sebelum ini dilakukan, pelajar lebih cenderung mendalami kemahiran bagi meneruskan karier mereka pada masa akan datang.
Usaha itu perlu dilakukan secara drastik berikutan kebanyakan negara lain terutama Indonesia lebih maju bidang kemahiran walaupun kekurangan peralatan teknologi. Lulusan vokasional juga seperti perhotelan dan katerer mendapat permintaan tinggi daripada industri ketika ini.

Dulu, masyarakat beranggapan SMV adalah sekolah budak jahat dan kelas kedua. Anggapan itu salah kerana ilmu kemahiran cukup penting kepada pelajar.
Kajian kementerian mendapati 39 peratus pelajar cenderung pada akademik, 29 peratus vokasional, seni 19 peratus, budaya dan sosial 9.7 peratus dan sukan hanya mencatatkan 2.7 peratus. Ini adalah berdasarkan Ujian Aptitud yang dibuat di kalangan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.
Kementerian juga sedang meneliti cadangan membina kolej vokasional supaya negara mampu mengeluarkan pelajar lulusan Diploma dalam bidang kemahiran yang berpotensi tinggi. Pada masa depan juga kementerian mewujudkan jurusan penerbangan di SMV sama seperti di Indonesia bagi menambah nilai kemahiran pelajar vokasional
Proses penawaran semula aliran vokasional di 60 SMT berkenaan akan melibatkan kos kira-kira RM400 juta. Ini kerana SMV memerlukan kelengkapan, alatan dan mesin yang lebih banyak berbanding sekolah teknik.
Permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 SMT dan SMV masih dibuka dan akan ditutup pada 4 Januari 2010 ini. Maklumat lanjut sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2010.


Rujukan:eputra

Elaun sara hidup pelajar PTPTN bakal dimansuhkan?


Mungkin berita ini agak menggemparkan.Aku sendiri pun rasa tak senang duduk,bila asyik memkirkan perkara ini sahaja dalam 2-3 hari ni. HAHA. Tak kurang jugak,yang banyak menimbulkan ketidakpuashatian,kepada para peminjam PTPTN yang terdahulu.Langkah yang diambil pihak PTPTN mempunyai asbab yang sangat kuat dan tidak boleh dipandang ringan sesetengah pihak. Elaun sara hidup merangkumi banyak kaitan diataranya, kos makan dan minum setiap hari, menyewa, bil Air dan Elektrik ,Bahan rujukan serta Ilmiah, dan berbagai bagai.Aku rasa memang tak cukup punye.Dan langkah terbaik para pelajar jika, Keadaan ini berlaku ialah, Bekerja Sambil belajar. Sanggup ??:)




Kalau macam ini lah.Hmm.tak tahu den nak cakap apo laieee !HAHA >:)




Ini adalah satu cadangan yang membuatkan bakal pelajar institusi tinggi tak senang duduk. Pihak PTPTN mencadangkan akan memansuhkan pemberian pinjaman perbelanjaan bagi mengurangkan tanggungan yang semakin meninggkat. Ini bermakna, cadangan ini adalah disebabkan oleh para peminjam terdahulu tidak membayar balik pinjaman mereka. Lepas ni budak budak PTPTN dah tak dapa telaun sara hidup dah. Mereka kena belajar rasa susah sikit la nampaknya kan?



Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bercadang menghentikan pemberian pinjaman perbelanjaan kepada pelajar institusi pengajian tinggi bagi mengurangkan tanggungangnya yang semakin meningkat, kata pengerusinya Datuk Ismail Mohamed Said.
Katanya, Lembaga Pengarah PTPTN pada mesyuaratnya 31 Oktober lepas membuat keputusan itu bagi mengurangkan bebanan akibat peminjam yang terlalu ramai.
Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada warga emas dan golongan miskin di kawasan Parlimen Kuala Krau di Simpang Peragap, dekat sini, hari ini, Ismail yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau berkata, pinjaman pembiayaan yuran pengajian bagaimanapun tetap akan diberikan seperti biasa.

Petikan dari akhbar Berita Harian Online


Saya difahamkan ia hanya cadangan PTPTN, hakikatnya ada pelajar kita yang tidak berkemampuan membiayai pembelajaran mereka merangkumi yuran dan kos sara hidup sepanjang tempoh belajar. Justeru, pinjaman itu akan terus diberikan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi supaya dapat menampung kos pembiayaan perlu bagi pelajar. - Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi.




Petikan dari akhbar Kosmo Online


Ismail berkata sehingga kini seramai 1.87 juta pelajar membuat pinjaman dengan PTPTN membabitkan peruntukan RM41.6 bilion




Untuk para peminjam PTPTN terdahulu,sila lah bayar.Kalau tak kami yang  susah !!




RUJUKAN:Berita Harian,Kosmo,Google Malaysia

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan Satu Kelas Rancangan Khas 2012

Kelas Rancangan Khas - KRK


Kelas Rancangan Khas (KRK) diwujudkan di sekolah menengah harian sebagai satu alternatif kepada murid-murid lepasan UPSR dari sekolah sekolah kerajaan yang mendapat keputusan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam kokurikulum tetapi tidak mendapat tempat di sekolah berasrama penuh (SBP).
Ini memandangkan tempat di SBP adalah amat terhad dan tidak dapat menampung kesemua murid yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR. Melalui Kelas Rancangan Khas @ KRK  ini adalah diharapkan kecemerlangan murid-murid ini akan dapat diteruskan serta dapat membawa iklim yang positif kepada warga sekolah demi menjayakan aspirasi kerajaan untuk membina modal insan berminda kelas pertama.


Syarat

  • Warganegara Malaysia
  • Murid Tahun Enam yang layak dan berminat dari Sekolah Kebangsaan Kementerian Pelajaran di negeri sekolah pemohon.
  • Mendapat sekurang-kurangnya 4A 1B dan lulus PAFA dalam UPSR 2011. (Sains dan Matematik mesti mendapat kelulusan A).

Permohonan

  • Permohonan dibuka mulai pada hari keputusan UPSR diumumkan.
  • Borang Permohonan Masuk ke TIngkatan Satu Kelas Rancangan Khas (KRK) Tahun 2012 boleh diperolehi di sekolah asal murid atau dimuat turun di laman web Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah.
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah.
  • Sertakan salinan Sijil Kelahiran, Keputusan UPSR serta salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa pemohon yang telah disahkan.

Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup permohonan adalah dua minggu selepas keputusan peperiksaan UPSR tahun 2011 diumumkan.
  • Permohonan lewat tidak akan dilayan

Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan KRK boleh disemak di laman web Jabatan Pelajaran Negeri mulai 21 Disember 2011 dengan menggunakan angka giliran UPSR pemohon. Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah melalui sekolah asal pemohon.

Pertanyaan

Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai permohonan Kelas Rancangan Khas ini sila berhubung dengan sekolah pemohon atau Jabatan Pelajaran Negeri.

Sumber rujukan boleh terus ke :eputra.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...