Doa dua minit,takkan tak boleh kot ?
Assalamualaikum w.b.t. Rasanya sempat lagi kan nak cakap salam jumaat. walaupun malam mengufuk timur .Kahkah. Harinih macam biasa rutin setiap hari.tapi lebih berbeza.sebab harini cuti !woot3. tapi tak pergi mana-mana pun. Duduk rumah ,goyang kaki,makan karipap sambil minum air tin. Mengancamm beb! Sisi hidup harini memang sangat mngecewakan bila tengok orang solat jumaat yang tergesa gesa balik kerumah sambil membonceng motor. Tanpa membaca doa . Dalam kepala hotak ni,terpikir-pikir ape yang mereka terkejar-kejar sangat tu ?
kalau setakat nak balik rumah then sambung tidur.baik fikir sejenak.betul ke tindakan anda itu. Tak bermakna,kalau kita mendirikan solat tapi tak berdoa kepada Allah itu dah mensyaratkan kita menunaikan solat dengan lengkap. Setiap umat Islam dituntut supaya berdoa kerana doa adalah inti pati kepada segala ibadah. Orang yang enggan berdoa dianggap sebagai orang yang sombong, takbur dan bongkak. manusia juga digalakkan untuk berdoa mengucapkan segala kesyukuran nikmat dikala sedih mahupun gembira.
Sebenarnye tak susah untuk berdoa.hanya menadahkan tangan dan sentiasa bertawakal dan berharap dalam masa yang sama mngakui bahawa Allah adalah sang pencipta alam ini. Mungkin ada yang give up atau berputus asa. tapi ingatlah bahawa Allah tidakkan akan mendatangkan kesusahan jika tidak dapat ditanggung oleh hambanya. maka dengan itu,rajin-rajinlah berdoa. Even satu minit pun,dah cukup memadai. Rugi kalau tak berdoa. minta apa sahaja. insyaAllah berkat usaha tawakal dengan doa tersebut ,nescaya Allah akan makbulkan. Pokok pangkalnye niat kita.
memang agak sedih. Bila orang ramai sibuk berdoa pada Allah.Dia boleh mencilok-cilok sambil mencelah sebelah kita untuk balik dengan segera. Aku paham,mungkin mereka ada komitmen lain. Tapi kalau dah muka dia hari-hari balik awal. Memang orang dah aim lah dia kan. Aisey ! Didalam kecoh-kecoh orang nak balik, ada seoarang hamba Allah ni, bangun awal bukan untuk balik rumah. Apekepeliknya boleh berebut pisang nak balik bawak rumah. Haiih ! macam-macam ragam boleh aku tengok manusia ni. Moga-moga dijauhkan. Kalau nak tunggu hidayah datang, memang tak lah kan,kenalah cari jugak. Bukankah itu tuntutan .manusia sering jadikan alasan musabab yang tak masuk akal langsung .Fikirlah positif,walaupun kita tahu bende yang mereka buat itu negatif. dan senantiasa bersangka baik .Peace!
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Tiadalah di atas dunia ini seorang Muslim yang berdoa melainkan akan diperkenankan Tuhan atau dipalingkan daripadanya kejahatan selama dia tidak berdoa perkara-perkara yang berdosa atau membuat perkara yang memutuskan tali persaudaraan. Lantas seorang lelaki berkata: "Kalau begitu kita perbanyakkan doa? Jawab baginda: " Di sisi Allah (penerimaan) lebih banyak." (Riwayat at-Tirmizi)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
renung2 kan..
Post a Comment