Sistem Dajjal hampir mencapai kesempurnaan.Awas !




Tahukah anda bahasanya sistem Dajjal yang ada di sekeliling kita sudah hampir sangat mencapai keSEMPURNAan untuk membolehkan dajjal ini keluar di Khurasan? Sekarang aku bagitau kau, apa dia itu sistem Dajjal:

1- sistem kewangan islam berjaya dihapuskan secara mutlak (agenda dajal berjaya) (dinar & dirham digantikan dengan sistem kertas yang tiada harga)

2- wang kertas berjaya digunapakai 1 dunia (sistem dajjal) (islam hanya meredhai emas & perak sebagai nilai matawang)

3- wang kertas akan digantikan beransur2 dengan wang elektronik (sistem dajjal) (dari duit emas dan perak bertukar menjadi duit kertas) (dari kertas bertukar menjadi duit digital) (kad kredit, kad debit, paypal, e-dagang, e-point, e-gold) (moneybooker, digital check)

4- berita2, media2, disampaikan & dikuasai oleh mereka yang bukan ahli (sistem dajjal) (CNN, ABC, BBC, Hollywood, Warner Bross, Disneyland,)

5- ekonomi dunia dikuasai ejen2 dajjal melalui YAHUDI. (VISA, MASTER CARD, AMERICAN EXPRESS, NYSE, DOW JONES) (Makanan segera jenama dunia, baru bulan lepas anda memakannya) (Pakaian berjenama, salah sorang keluarga anda dah memakainya) (Seluar berjenama, anda sedangpun memakainya) (teknologi terkini, anda sedang pun memegangnya)

6- pyramid agung dan pyramid dunia (milik golongan elit korporat) binaan pyramid merupakan salah 1 tanda dan ASBAB pastinya munculnya Dajjal. Pyramid merupakan salah 1 sistem terbesarnya... (sekiranya anda perasan, setiap bandar utama di setiap negeri di setiap negara di seluruh dunia sudahpun ada binaan pyramid) pyramid merupakan 1 saluran tenaga super hebat yang dapat disalurkan dan digabungkan di seluruh dunia... setiap pyramid akan memancarkan tenaga ke langit untuk tujuan keTENAGAan. dengan kaedah yang sama juga, Kubah2 masjid di seluruh dunia memancarkan tenaga yang sama hebat, bezanya Kubah Masjid banyak memancarkan gelombang positif dan kebaikan, saya cabar anda masuk ke masjid sekarang juga, dan anda pasti merasa tenang bila berada di pusat kubah, iaitu tepat di bawah lilitannya, kerana itulah bila kita sebagai Muslimin, masuk masjid hati pasti menjadi tenang... Dengan konsep yang sama, binaan pyramid juga memncarkan dan menyalurkan tenaga, dan anda sedia maklum, cahaya matahari yang pekat membahang dari jarak jauh, sungguhpun merbahaya, tetapi tenaganya digunakan untuk KEBAIKAN & MANFAAT manusia, dan anda kena faham, tenaga juga boleh dipesongkan untuk kejahatan... Pyramid ini salah 1 cabang sistem dajjal, sekiranya semua monumen pyramid di seluruh dunia, memancarkan tenaga pada masa2 tertentu dan terpilih, dan kekuatan yang dikumpulkan itu cukup pada "timingnya"... maka awaslah kemunculannya..
Lokasi pyramid ada di mana2, saya mulakan dengan pyramid zaman silam, itu sebablah bukan sahaja Nabi Muhammad memesan pada umatnya tentang bahaya kekuasaan Dajjal, malahan nabi2 terdahulu pun amat risau tentang dajjal ini, kalau2 dia berjaya muncul... dan malangnya, tiada 1 sejarah pun merekodkan yang Dajjal berjaya keluar dari kurungannya, apakan lagi merantau seluruh dunia untuk menjalankan agendanya... tiada 1 pun rekod di masa silam menunjukkan Dajjal itu pernah keluar dahulu, dan anda atau anak2 andalah yang bakal merasai bahangnya lagi 41 tahun aje lagi, atau lebih awal lagi...


Bersambung balik, lokasi Pyramid lama:
-Mesir (lebih dari 3 bijik)
-China (banyak binaan pyramid tapi tak sempurna)
-Jawa (banyak binaan pyramid tapi tak sempurna)
-Dasar laut selatan Jepun (banyak binaan pyramid tapi tak sempurna)
-Mexico (banyak binaan pyramid tapi tak sempurna)
-Tamadun Maya (banyak binaan pyramid tapi tak sempurna)
-Eropah (banyak binaan pyramid tapi tak sempurna)

lokasi Pyramid moden:
-KL (Public bank, Sunway, Damansara, Ambank)
-Dubai
-Hollywood
-Semua bangunan korporat (perhatikan puncaknya mesti ade pyramid)
-anda cariklah sendiri dah bersepah2 sekarang...

Anda mesti ingat bahawa ada hadis sahih riwayat muslim merekodkan, bahawasanya dalam banyak2 kekuasaan dajjal ini, dia dapat menguasai angin, dan hujan, dan bumi, (diperintahkan hujan jangan turun, maka matilah ladang2 semua kering) dia dapat menghidupkan mayat yang mati kembali hdiup... (maka hidup kembalilah ibu dan bapa manusia yang lama meninggal) Tahukah anda, agaknya apakah sistem dajjal yang membolehkan dia hebat seperti itu, ini bukan sihir...ini adalah teknologi, dan teknologi dia adalah sistemnya itu yang menghampiri keSEMPURNAan, dan dia hanya akan muncul bila sistem itu muncul, dengan kata lain, dengan sifat2 sistem itu dia dapat mengusai dunia, dan menghasut dan menfitnah dunia supaya sujud sembah padanya, bagi manusia2 yang lemah imannya, itulah sebabnya mengapa Nabi Muhammad pesan pada kita, baca 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi, dan, baca 10 ayat terakhir Surah Al-Kahfi, maka diri anda akan terlindung... terlalu banyak rahsia di sini, dan kalau diceritakan habis, maka ramailah yang akan menganggap saya ni kononnya: gila, munafik, penipu, meng-ada2kan cerita.... padahal ini adalah nasihat saya kepada seluruh warga Muslimin...


Kehidupan Aku Seorang Pelajar.






Assalamulaikum W.B.T. Salam pagi selasa yang sungguh indah.Harini macam biasa.bangun pagi. gosok gigi.pakai baju.pakai seluar pakai kasut. Bla3 blablaablaa. Tapi yang syoknya harini.hanya satu kelas saje yang perlu dihadiri .itupun satu jam. Nak tahu sebab ape? modul 3.untuk part three menuju ke pengakhiran. Banyak yang aku boleh belajar semester ni. Even baru semester 3,aku cukup bersyukur tiada masalah yang cukup besar yang aku hadapi dengan dorongan kawan-kawan dan ibubapa.;D. Macam biasa. kehidupan seorang pelajar memang mencabar dari pelbagai aspek.kalau tak kuat iman serta tanpa dorongan kawan-kawan dan ibu bapa.tidak mustahil ada pelajar yang bunuh diri sendiri akibat tekanan yang melampaui.Emosi amat penting dalam menghadapi situasi sebegitu.Alhamduliilah.aku dapat hadapinya.



Bila kita cerita pasal, kehidupan seorang pelajar yang terpaksa menghadapi pelbagai saringan untuk bergelar mahasiswa adalah amat sukar.mungkin pernah kita dengar guru-guru dekat sekolah sering berkata.Belajar dekat Universiti lagi senang berbanding belajar dekat sekolah. Em! aku rasa lah kan.Macam lebih kurang je. Mungkin ape yang dikatakan cikgu tu betul.tapi pada dasarnya.ia terletak kepada kemampuan individu tersebut dalam menangani perkara dengan baik dan sistematik. Disekolah,kita dibimbing oleh guru,kadang-kadang tu dirotan, dimarah dan didenda. Tapi sekarang baru aku sedar.mengapa mereka buat begitu kepadaku dulu.tugasnya mereka hanya mendidik dan selebihnya terletak dibahu para pelajar tersebut. So jangan kata cikgu-cikgu disekolah tu jahat dan garang. Dan kita kena tahu pada zahirnya bahawa tugas mereka hanya mendidik bukan mengherdik.



 Pengalaman pindah ke 10 sekolah cukup mendewasakan aku. Aku kenal ape itu erti kesusahan, kesetiaan tanggungjawab dan sebagainya.Even aku bukan murid cemerlang dalam sekolah yang pernah aku menuntut ilmu.Banyak bende yang aku belajar.:D. aku pindah bukan berdasarkan tahap disiplin yang rendah dan sering membuat hal. Opss! tidak sama sekali. Please percaya.Saya murid yang baik. Kahkah. orang pernah cakap,Doa ,usaha dan tawakal. Tapi ramai orang yang tinggal dua perkara yang utama sedangkan perkara terakhir yang perlu mereka buat adalah tawakal,tidak sepenting doa dan usaha. Even kita bertawakal tapi Doa dan usaha tidak mengiringi kita.pun tidak boleh jugak. Ingat kita hidup didunia berlandaskan seorang Islam.Islam mengajar kita pelbagai bentuk persediaan samada diukhrawi dan duniawi. So sebab tu kita tidak boleh membelakangkan agama dalam menggapai cita.Even kita berusaha bagai nak rak pun. kalau tanpa doa dari kedua ibu bapa untuk merestui segala apa yang kita belajar pun tak guna jugak. So macam apa yang aku katakan.. DOA,USAHA,TAWAKAL harus diselarikan,InsyaAllah.:)



"Segmen Tambah Follower Tanpa Blogwalking by MD".



Assalamualaikum W.B.T.Rasanya dah lama tak join segmen-segmen meningkatkan follower ni .So sedang sibuk membelek buku.Tiba-tiba rasa nak join pulak segmen ni.Kahkah.:D. So aku nak tag dekat membe membe aku yang terpilih.Beliau adalah :



Siapa-siapa yang rasa nak tingkatkan follower tu,boleh klik banner diatas tanpa segan silu. Hope.semuanya berjalan lancar.Hahaha. Babai.:(Y)


Permohonan Skim Pinjaman JPA Yuran Pengajian Ijazah Pertama Luar Negara 2012.

Permohonan Skim Pinjaman JPA Yuran Pengajian Ijazah Pertama Luar Negara 2012








Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menawarkan kemudahan pinjaman yuran pengajian untuk pelajar yang sedang belajar di universiti luar negara bagi program pengajian ijazahpertama. Kemudahan pinjaman yang disediakan adalah berkonsepkan cost sharing di mana JPA akan membiayai yuran pengajian sahaja tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM 250,000.00 seorang bagi Program Pinjaman Khas Perubatan dan maksimum RM 200,000.00 seorang bagi Program Pinjaman Biasa.
Sementara itu lain-lain kos seperti bayaran yuran pengajian yang melebihi daripada jumlah pinjaman, sara hidup, rawatan kesihatan, tambang perjalanan, alat tulis, buku dan kerugian pertukaran wang asing adalah di bawah tanggungjawab pelajar sendiri.

 

Jenis Pinjaman

Ada dua jenis pinjaman yang ditawarkan iaitu:
  1. Pinjaman Khas Perubatan
  2. Pinjaman Biasa



Sumber :eputra.com

Bagaimana nak kuasai bahasa inggeris dengan Baik ?

Assalamualikum W.B.T. Tengok tajuk entry dah tahu kan ape yang nak diceritakan?Hehe. Korang ada solution yang terbaik tak untuk kuasai bahasa inggeris aka bahasa penjajah ni dengan baik? aku ni bukan nak kata prejudis dalam bab berbahasa inggeris ni.Kadang-kadang kita tak confident ape yang kita ucapkan tu,betul atau tidak.lebih teruk lagi kalau ,kita berbahasa Inggeris dengan confidentnya,tapi kawan-kawan lain.mentertawakan kita ?Sumpah malu doh!.Bukannye tak pernah belajar basic for English sejak sekolah.Tapi entah lah,otak aku dah benak dengan bahasa inggeris ni.Mungkin aku ni anak melayu sejati kot.Sebab tu tak boleh accept kewujudan bahasa inggeris ni. Haha.





Sejak dari darjah satu sampai tingkatan  6 dibawa ke universiti.Aku memang tak tahu nak differentiate,ape itu  bahasa inggeris dengan perkataan yang lebih mudah.Dalam erti kata lain.Kalau korang kutuk aku dalam bahasa inggeris pun aku mampu tersenyum ,bagaikan korang hamburkan pujian dekat aku.So rajin-rajin berbahasa inggeris kalau ada yang tak puas hati dengan aku tu eh. aku pun tak tahu apa yang releven sangat sampai ramai nak agungkan bahasa inggeris.Haha. Disebabkan kebencian aku terhadap bahasa inggeris ,aku dengan lebih angkuh mngutuk bahasa inggeris walaupun,di Universiti aku bahasa Ingeris merupakan bahasa perantaraan. Sori Mr.English !hehe.:D



Dah macam-macam bende aku buat,baca novel bahasa inggeris ,dengar lagu bahasa inggeris tengok movie bahasa Inggeris dan Blaa..blaablaablaa..Tapi apa yang aku dapat hanya kehampaan sebab tak paham pun. Dan satu realiti yang korang kena tahu adalah aku tak suka bukak kamus.Sebab tu lah kot.Hehe. itu memang kesalahan utama.So lepas ni akua akan merajinkan diri aku untuk bukak kamus dwibahasa oxford yang baru dibeli melalui voucher dengan tekunya tanpa prejudis.Doakan. Hahaha. :)









Ke Penang :Bayar RM45.00,Naik Bas sekolah,Halaju 80k/m .Cool do!



Ini Gambar Hiasan.Nanti kena saman pulak aku.:D


Assalamualikum W.B.T.macam biasa lah,blog dah berhabuk.Malas nak cerita,sebb perenggan yang pertama pada setiap entry yang aku tulis mesti pasal blog bersarang,berhabuk,tak terjaga bla..bla..dan blablabla.:D. Bukan ini yang aku nak bagitahu. Cuti tahun baru cina yang lepas.merupakan pengalaman paling teruk yang aku hadapi bersama membe aku.Sebenarnya bukan,peristiwa ni je yang merupakan pengalaman buruk aku.Banyak lagi.InsyAllah ,entry lain aku akan ceritakan dengan lebih detail lagi.so lets start the story.:)

Untuk pengetahuan korang,aku memang tak suka beli tiket awal-awal ni.Sebab ape yang aku tahu.ada stesyen bas mesti ada tiket punya,dan aku tak pernah tempah atau booking dari pada agensi-agensi lain.sebab aku rasa buang masa.Kadang-kadang ,tiket yang kita beli awal pun tidak akan menjamin yang kita akan dapat bas terbaik dari pihak tersebut.jadi inilah sikap aku.*sila jangan contohi.:).Seperti kebiasaan Pudu sentral menjadi lokasi untuk aku balik ke Penang.


Dekat Pudu Sental ni,memang senang gilaaaa! dapat tiket.Aku takkan beli tiket dekat ulat-ulat tiket.Nak kenal ulat-ulat tiket senang je.Mereka yang beraksi di sekitar perkarangan pudu sentral adalah ulat tiket yang sering mencekik darah para pengguna yang ingin pulang ke kampung.Aku dah pernah terkena so.Pengalaman lepas mengajar kita erti penyeselan.Cewah,nak bermadah pulak. Hahaha.self sense kena kuat kalau nak kenal ulat tiket ni.



Memang Bermaharajalela ulat tiket kat sini.



Seperti kebiasaan aku akan dihantar oleh bapak aku ke Pudu sentral.Bukan nak bermanja atau ngada-ngada,sebab kalau bapak aku sibuk,aku akan pergi sendiri.Anak abah kan dah besar. Hahaha.Dah umur 20tahun pun.:D. So aku dan membe aku pun beli tiket dekat kaunter yang berada diaras dua.Masuk-masuk je.memang ramai gilalahhh. Dengan berbagai-bagai bangsa kat situ.Dah ,macam ape ntah.Tuhan je tahu azab aku kat situ.Then aku pergi kaunter ke kaunter.



Kaunter yang dipenuhi orang ramai ketika cuti umum.Try tengok.:)


Berikut adalah  perbualan Aku dan si penjual tiket:

Aku: Bang tiket ke penang,pukul bape?
Kaunter 1: 4.30.
Aku: tak pe,bang survey tmpat lain (memang tak lah kan.aku datang pukul 2.00.mestlah nak bas awal)

Aku:kak tiket ke penang pukul bape?
kaunter 2:Sekarang! harga RM45.
Aku: takpe lah survey tmpat lain dulu.
Kaunter 2: tiket memang takde dik.yang ni pun bas tambahan.
Aku: takpe2 kejap lagi saya datang.

Selepas tu,aku tanya kaunter tiket yang lain,semua harga melambung tinggi.Dua kali ganda.Pandai betul dorang ni kan?bila aku cakap kenapa tiket naik harga.Dorang cakap,sebab tahun baru cina.Excellent answer beb !nak tak nak kena naik jugak lah kan?masa semakin suntuk.Then pergi ke terminal tujuh yang dorang cakap kan tu.Tunggu dalam setengah jam,memang lama gilaaa! Dalam hati rasa macam kena tipu je.Oke tak pe sabar.Then rasa nak pergi tandas pulak.Bila dah masuk tandas tu,masyAllah,tuhan je tahu kekotoran tandas tu macammana.


tahi bersepah sepah.Dengan air takde.Tapi kena bayar 30 posen.Wahai pihak pengurusan Pudu Sentral yang diamanhkan rakyat dan kerajaan Malaysia .kalau tak de air.tak payah lah nak bukak tandas tu pada orang ramai.Nonsense doe !!memang tak jadi lah kan.Tiba-tiba membe aku cakap bas dah sampai.Memang lari pecut lah aku dari situ ke sana.Habis semua aku langgar.hehe.:D


Then! memang terkejut gila.BAS SEKOLAH ! terbaik dari ladang gandum lah.nak taknak kena naik.Hati rasa dah panas.dengan mat indon,bangla semuanye ada.Bising-bising dalam bas tu,annoying gilaa.Bukak lagu lah,cakap kuat-kuat lah.Hello ini malaysia.Aku ngan membe aku dah bengkekk je.Nak cakap ,nanti gaduh pulak.senyum je aku mampu buat .Bawak pun laju macam siput. 80k/m laju ke? tak setimpal dengan ape yang aku bayar lah.Senyum tak perlu kata apa-apa.:D



Jom  paksa senyum ramai-ramaii !


LUAHAN HATI BUAT EMAK





Firstly,nak bagitahu mak masak ikan keli masak cili api tadi,memang sedap sangat.walaupun agak lambat aku nak makan,dan mak asyik mengeluh sebab takde sape nak makan masakan mak tu.aku asik memarahi adik yang terlampau memilih makanan.tapi mak hanya memerhatikan saje.aku tahu,dihati seoarang ibu.masakan tidak,masakan yang dimasak penuh dengan titik peluh serta pengorbanan nye.tidak aku dan adik-adik hargai.aku sedar,yang aku adalah abang.abang yang bakal memimpin keluarga ini,apabila mereka tiada.aku tahu,sebab ape mak aku tidak mahu aku keluar malam,bergaul dengan budak yang tak tentu hala,melepak dan bersosial.aku tahu semua itu.emak nak aku jadi contoh yang terbaik untuk adik-adik ku yang masih kecil.ketahuilah mak,bahawasanye,aku sudah pandai untuk memikirkan baik dan buruk sesuatu.mungkin aku sering membentak kerana asyik dikongkong,dijaga bagai seorang anak kecil.aku hanya melihat kebebasan diluar sana.namun hakikatnye,aku tak tahu ape yang bakal akan terjadi luar sana.mak pernah berkata,rajin-rajin la belajar.nantie,boleh ubah nasib keluarga kita.ayah kaw kerja kilang je.mak teringin sangat nk tengok kaw berjaya.mak nak kaw pimpin keluarga kita nih.kalaw takde pelajaran,macam mana nak ubah keluarga kita.aku sedar semua tu.walupun keluarga kita tak pernah terputus makanan terputus hubungan.namun aku amat terkilan dengan kesungguhan ayahku bekerja,setiap hari dan balik lewat malam.sedang aku hanya tahu meminta sahaja.aku sedar semua tu.ingat lagi time kecil dulu,aku akan membentak,menangis meraung,berguling-guling dipasaraya.jika aku tidak dapat sesuatu yang aku ingini.mak dan ayah akan turuti kehendak ku,kerana mak tidak mahu menyesal jika aku tidak dapat ape yang aku inginkan.aku sedar nak jadi anak yang taat pada ibu bapa adalah tidak sesukar yang aku fikirkan.aku amat bersyukur memiliki ibu seperti mu yang sering kali menasihati ku tentang agama,sesungguhnye,nasihatmu itu sering ku abaikan,sering ku endahkan.namun ku tahu,agama dan pelajaran adalah pengubah hidupku.emak sering memarahiku,namun aku tahu dye sayangkan aku,dan mahu aku jadi yang terbaik untyk dirinya.aku tahu betapa sukar,hendak melahirkan seorang bayi,pengorbanan mu itu,tidak dapat ku balasi dengan hanya kata-kata namun segulung ijazah sahaja yang mampu kuhadiahkan jika itu yang mampu mengembirakan hatimu.aku sedar,tanpamu,aku tidak mampu untuk melangkah ke dunia ini,tanpamu aku tidak mampu menjadi insan yang berguna,tanpamu juga aku tidak mampu bernafas dengan sebegitu segar hingga ke hari ini.aku ingat lagi,rambutku disisir rapi,bajuku digosak tanpa sebarang kedut,bedak dipipiku putih mewangi.aku masih ingat lagi amanatmu,sebelum ku kesekolah,belajar betul,nanti boleh dapat no satu.mak pun bangga.seringkali aku termenung seorang diri.apakah pengorbanan ku selama ini sudah mencukupi,adakah aku anak yang dye harapkan selama ini,adakah aku sudah membanggakan dirinye.mungkin baginye sudah.tapi bagiku,aku belum puas untuk memuaskan hatinye.aku senantiasa mendoakamu.AMIN.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...