Keputusan UPSR 2012


Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2012 akan diumumkan pada hari Isnin 19 November 2012 ini. Mereka yang menduduki UPSR 2012 boleh menyemak keputusan daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10:00 pagi hari tersebut. Keputusan UPSR mungkin boleh juga disemak dengan menggunakan perkhidmatan SMS seperti tahun lepas.
Seramai 517,139 pelajar Tahun 6 berbanding tahun lepas 497,691 pelajar di seluruh negara telah mendaftar dan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Peperiksaan bertulis UPSR 2012 telah dijalankan pada 11 – 13 September 2012 yang lalu di 8,284 pusat peperiksaan.

Keputusan UPSR 2012

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2013 akan diadakan pada hari yang sama iaitu 19 November 2012 jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
Calon-calon dengan keputusan UPSR 2012 yang cemerlang boleh cuba memohon memasuki Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Kelas Rancangan Khas (KRK), Kelas Aliran Agama (KAA), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Asrama Harian atau Sekolah Agama Menengah (SAM).
Calon-calon dari negeri Selangor juga boleh memohon program khas Yayasan Selangor bersama Kementerian Pelajaran, sila rujuk Pengambilan Pelajar Tingkatan Satu Rancangan Khas Yayasan Selangor Dan Kementerian Pelajaran untuk maklumat lanjut.
Sementara itu permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Kawalan telah pun ditutup, sila rujuk Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kawalan Tingkatan 1 2013.


Baca di: http://eputra.com/keputusan-upsr-2012/#ixzz2BPDMgiQS
Under Creative Commons License: Attribution



Rujukan:eputra.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...