Assalamualaikum w.b.t. Mungkin ramai yang setuju dengan pernyataan diatas.Tidak kurang juga yang membangkang.Tapi realiti yang boleh kita hadapi ialah bukan untuk menidakkan mereka atau pelajar sekolah untan bercinta-cintun. Tapi ketahuilah,anda sememangnya tidak layak untuk membuat begitu. Aku paham dengan keadaaan teknologi yang serba canggih serta moden kini,mungkin korang malu atau mempunyai rasa ingin tahu apa itu Cinta. Tapi Hakikatnya korang belajar bercinta dulu dengan Allah. Bila korang rasa,cinta korang sempurna di mata Allah,so takde siapa sebenarnye nak halang..Setelah aku buat beberapa kajian dan pemerhatian,berikut adalah beberapa fakta yang memungkin budak-budak sekolah sekarang suka sangat nak berkapel mapel nih :
- Nak jadi seorang yang top atau femes sebab kapel mereka itu Hot la konon.
- Takut disisihkan kawan-kawan rapat dan sekolah.
- Ingin mencuba sesuatu yang baru atau semangat inkuiri yang tinggi.
- Memerlukan bimbingan daripada insan bernama lelaki/wanita.
- Dapat tukar relationship dekat Facebook sekaligus,menjadikan korang pasangan terhangat abad ini.
- Boleh tayang muka pakwe/makwe korang yang Cun melecun tuh.
Aku mempunyai pengalaman yang sangat banyak tentang membe-membe dan kawan-kawan yang punya lah rak bercinta masa sekolah.Kononya,nak hidup semati la kan.Tapi tak kemana pun. Cikgu aku pernah cakap dengan nada yang tegas dan bersungguh-sungguh, pelajar yang bercinta dari sejak dari sekolah,tidak mungkin akan ke gerbang alam perkahwinan.Dan itu sangat terbukti apabila sedikit demi sedikit pasangan couple memutuskan hubungan mereka selepas persekolahan.Ya! memang betul,segala-galanya ketentuhan tuhan serta Qadak dan Qadar .Tapi itu fakta dan realiti yang perlu korang ambil peduli.Bukan nak menidakkan hak korang,tapi kalau betul korang rasa itu Miss Right sehidup semati,so apasalahnya,korang jumpa wali atau ibu bapak Miss Right nyatakan pendirian korang dekat mereka.# Selama aku dok kat muka bumi ni,tak pernah pulak aku dengar cerita seorang lelaki dibunuh kejam,kerana menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan seorang wanita pilihanya.
Jika korang rasa,Couple korang tu Terbaik/Terhensem/Tercantik/Terkiut. Aku jamin 200% korang silap sebenarnye.Sebab ape aku cakap macam tuh ?Setelah korang keluar dari zaman persekolahan,baru korang rasa ape yang aku cuba sampaikan ini.Lebih-lebih lagi kalau korang masuk Universiti kolej,atau seangkatan dengannye,baru korang tahu dan terfikir,kenapalah korang pergi Couple time dekat sekolah dulu.Sila menyesal sekarang.Bagi aku Couple yang betul adalah seperti berikut:
- Couple yang boleh ajak korang belajar.
- Couple yang boleh bimbing korang kearah keagamaan.
- Couple yang tak mendatangkan masalah dalam hidup korang.
- Couple yang senantiasa memahami korang,
- Couple yang hormat orang tua sekaligus hormat diri anda sebagai pasangan kekasih.
- Couple yang sentiasa membimbing ada kejalan menuju kebaikan bukan kehancuran.
Mungkin sekarang aku dah agak matang dan tahu apa itu cinta monyet dan monyet yang bercinta.Haha.Kita tak boleh tolak jodoh,apatah lagi memungkinkan tidak menerima ketentuan ilahi.Dan cara terbaik adalah sentiasa bertawakal dekat tuhan.Dan yang paling penting,sebelum kita nak bercintan cintun,lebih baik jika kita bercinta dulu dengan tuhan,baru boleh bercinta dengan sesiapa pun.Pengalaman mengajar kita erti keperitan.Tapi ketahuilah kepercayaan sesebuah hubungan,tidak menjamin ke jinjang pelamin#Ceh!ayat macam baru putus cinta je.:)
Saya takkan terus berhenti berharap awak.Kahkah. |
Nota Bulu Kaki: Kalau la boleh diputarkan balik masa sekolah dulu.Hehehe.
3 comments:
kalau bab nie..aku setuju...jodoh memang susunan takdir Allah...tapi cubalah pikir...kalau setakat bercinta budak sekolah..apa pun xde..masih hingus lagi..kejar cita2 dulu..perkahwinan kalau ada jodoh teruskan..kalau xde..ape nak buat...manusia ni terlalu mengharapkan cinta kepada manusia yang bukan mahram semata2..cinta pada Allah..rasul..ibu bapa xnak plak terhegeh2..padahal itulah yang berkat...simpanlah cinta untuk yg benar2 layak di gauli..
p/s:aku juga pernah tersilap dan teralpa dgn dunia remaja..jadi aku tak nak anda semua ikut jejak langkah aku..hehee..biarlah rasa cinta seiring dengan agama..bukan nafsu semata..
betul.Biasalah.remaja zaman sekarang ni.Pantang ditegur.walaupun masih peringkat remaja lagi sekarang,moga-moga nasihat serta pengajaran untuk kita jugak.semua ketentuan Allah dah tentukan.Teruskan tawakal.insyaallah.
hello. blogwalking here :D
Post a Comment