Rindu warga Anak yatim dan Nur Kasih Ulu Sepetang |
Assalamualaikum. Semester Lima akan berakhir dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Banyak yang aku belajar daripada semester kali ini. Dengan semester enam yang mungkin hidup dan mati nya segulung diploma aku. Aku harap , aku dapat memberikan yang terbaik untuk semester kali ini.Ura-ura menyatakan kan juga bahawa UiTM Pulau Pinang sepenuhnya akan menjadi kampus degree , cukup untuk merisaukan aku. mana tidaknya, aku mungkin takkan berkesempatan untuk balik ke rumah, dengan harapan UiTM Shah Alam menjadi lokasi seterusnya untuk aku melanjutkan pelajaran akan mejadi pudar. Aku takkan teragak-agak untuk pilih IPTA swasta. Aku bukan apa, bila berjauhan dengan keluarga ni, rasa lain sangat. kalau boleh biarlah kita dekat dengan ibu bapa. Kalau betul lah UiTM Pulau Pinang akan menjadi Fully degree, lokasi untuk aku menimba ilmu seterusnya adalah Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Dekat memang tak payah cerita lah.Asalkan dekat Selangor ,itu pun cukup dekat untuk aku.
Bawak dorang jalan pegi Kuala Kangsar. |
Sentiasa diingatan ! |
Cerita tentang UniKL dengar cerita Kos yang aku nak amik ni ada dekat Gombak. So, tak jauh lah dari rumah aku. Bukannya apa, kalau boleh, hari-hari aku nak jumpa family aku. Yuran, insyaAllah takde masalah rasanya. Takpelah, dekat UiTM yuran dah murah, apasalahnya dekat degree mahal sikit. Lagipun, UniKL tawarkan Biasiswa MARA.dengar kata lain kalau, setiap semester kita dapat pointer lebih dari tiga, kita akan dapat biasiswa.Entah ! aku pun tak tahu sangat. dengar cerita je lah. Mana yang salah tu betulkan yer. aku tak kisah pun, sambung belajar dekat mana. Yang penting niat kita nak menuntut ilmu. Mak cik aku pernah cakap, kalau belajar tu alang-alang biar sampai degree, sebab diploma ni, dah berlambak orang yang ada. Bila dah ada gaji sikit, memang malas nak sambung balik.Even, belajar Engineering susah ya amaat. InsyaAllah aku akan tabah. Doakan sama-sama yer.
Semester demi semeter kita akan lalui perkara yang berbeza dalam hidup. bagi aku itu cukup mematangkan aku untuk bergelar seorang yang bakal dewasa kelak. Kawan, pengurusan diri, kewangan, percintaan,kekeluargaan dan persatuan, alhamdulillah semuanya dapat aku atasi, walaupun tidak lah seberjaya mana. aku sangat bersyukur. Untuk cuti semester ni, pertama kalinya aku akan buat latihan industri. Rasa gugup jugak. Tapi aku perlukan sangat latihan praktikal ni. Almaklumlah UiTM tak wajibkan latihan industri untuk student. kalau mintak je yang dapat. So, rajin-rajin lah buat muka tebal.
Hahahaha.
Thanks Google ! Kahkah !! |
No comments:
Post a Comment