Nukilan buat mak




Firstly, nak bagitahu mak masak ikan keli masak cili api tadi, memang sedap sangat. Walaupun agak lambat aku nak makan, dan mak asyik mengeluh sebab takde sape nak makan masakan mak tu. Aku asik memarahi adik yang terlampau memilih makanan.tapi mak hanya memerhatikan saje. Aku tahu, dihati seorang ibu, masakan tidak, masakan yang dimasak penuh dengan titik peluh serta pengorbanannya, tidak aku dan adik-adik hargai. Aku sedar,yang aku adalah abang. Abang yang bakal memimpin keluarga ini,apabila mereka tiada. Aku tahu,sebab ape mak aku tidak mahu aku keluar malam, bergaul dengan budak yang tak tentu hala, melepak dan bersosial. Aku tahu semua itu. Emak nak aku jadi contoh yang terbaik untuk adik-adik ku yang masih kecil. Ketahuilah mak, bahawasanye, aku sudah pandai untuk memikirkan baik dan buruk sesuatu. Mungkin aku sering membentak kerana asyik dikongkong, dijaga bagai seorang anak kecil. Aku hanya melihat kebebasan dan keseronokan diluar sana. Namun hakikatnya, aku tak tahu ape yang bakal akan terjadi luar sana. Mak pernah berkata, "Rajin-rajin la belajar. Nanti, boleh ubah nasib keluarga kita. Ayah kau kerja kilang je. Mak teringin sangat nk tengok kau berjaya. Mak tak dapat apa-apa, cuma tumpang bahagia je. Mak nak kau pimpin keluarga kita ni .Kalaw takde pelajaran, macam mana nak ubah keluarga kita". Aku sedar semua tu. Walaupun keluarga kita tak pernah terputus bekalan makanan dan terputus hubungan. Namun aku amat terkilan dengan kesungguhan ayahku bekerja, setiap hari dan balik lewat malam. Sedang aku hanya tahu meminta sahaja .Aku sedar semua tu. Aku ingat lagi masa kecil dulu, aku akan membentak, menangis meraung, berguling-guling dipasaraya. Jika aku tidak dapat sesuatu yang aku ingini. Mak dan ayah akan turuti kehendak ku, kerana mak tidak mahu menyesal jika aku tidak dapat ape yang aku inginkan. Aku sedar nak jadi anak yang taat pada ibu bapa adalah tidak sesukar yang aku fikirkan. Aku amat bersyukur memiliki ibu seperti mu yang sering kali menasihati ku tentang agama, sesungguhnya, nasihatmu itu sering ku abaikan, sering ku endahkan. Namun ku tahu, agama dan pelajaran adalah pengubah hidupku. Emak sering memarahiku, Namun aku tahu dia sayangkan aku, dan mahu aku jadi yang terbaik untuk dirinya. Aku tahu betapa sukar, hendak melahirkan seorang bayi, pengorbanan mu itu, tidak dapat ku balasi dengan hanya kata-kata namun segulung ijazah sahaja yang mampu kuhadiahkan jika itu yang mampu mengembirakan hatimu. Aku sedar, tanpamu, aku tidak mampu untuk melangkah ke dunia ini, tanpamu aku tidak mampu menjadi insan yang berguna, tanpamu juga aku tidak mampu bernafas dengan sebegitu segar hingga ke hari ini.aku ingat lagi, rambutku disisir rapi, bajuku digosak tanpa sebarang kedut, bedak dipipiku putih mewangi. Aku masih ingat lagi amanatmu. sebelum ku kesekolah, "Belajar betul-betul, nanti boleh dapat no satu. Mak pun bangga". Seringkali aku termenung seorang diri. Apakah pengorbanan ku selama ini sudah mencukupi, Adakah aku anak yang dia harapkan selama ini, adakah aku sudah membanggakan dirinya. Mungkin baginye sudah. Tetapi bagiku, aku belum puas untuk memuaskan hatinya. Aku senantiasa mendoakamu. AMIN.






SELAMAT HARI IBU SITI RAFEAH BINTI SA'ARI



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...