"INTERLOK" mengancam keharmornian sejagat???

SIAPAKAH BELIAU??


Datuk Abdullah Hussain (lahir 25 Mac 1920) ialah penulis novel dan penulis. Beliau menerima Anugerah Sasterawan Negara pada tahun 1996 yang menjadikan beliau Sasterawan Negara kelapan.
Beliau dilahirkan di Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah Darul Aman, Malaysia. Abdullah terkenal memiliki banyak pengalaman dan menguasai beberapa bahasa asing.

  1. Dia...Kekasihku. Johor Baru: The Annies Printing Works, 1941.
  2. Kasih Isteri. Johor Baru, The Annies Printing Works, 1941.
  3. Amin Pemuda Desa. Pulau Pinang: Angkatan Baru, 1947.
  4. Berenang di Lautan Madu. Singapura: Geliga Limited, 1957.
  5. Kalau Tidak Kerana Tuan. Singapura: Geliga Limited, 1957.
  6. Jangnlah Jangan. Kuala Lumpur: Angkatan Baru, 1964.
  7. Si Bulat Pemuda Desa. Diterbitkan Terang Bulan, 1964.
  8. Terjebak. Kuala Lumpur: Angkatan Baru, 1964.
  9. Peristiwa. Kuala Lumpur: Angkatan Baru, 1965.
  10. Rantau Selamat. Kuala Lumpur: Angkatan Baru, 1965.
  11. Interlok. Kuala Lumpur: Angkatan Baru, 1971.
  12. Intan. Kuala Lumpur: Angkatan Baru, 1971


Saya akan menceritakan serba serbi mngenai novel interlok. Interlok adalah sebuah novel yang dikarang oleh Abdullah Hussein dan telah dimasukkan di dalam pengajaran tingkatan 5 sebagai buku teks subjek sastera Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun novel ini telah ditarik balik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada 15 Disember 2010 yang lalu ( sumber Berita Harian) dan ia serta merta telah ditarik balik,oleh pihak kementerian atas sebab mengandungi unsur 'racism'.dan ia menjadi wahana oleh sesetengah parti politik untuk mempolitikkan perkara tersebut.

Saya tertarik dengan kandungan novel ini kerana,kematangan Abdullah Hussein dalam menceritakan segala pengalaman yang beliau ketahui.selain itu,novel ini begitu laris dipasaran,dan pengalaman ini dapat disaksikan 
melalui pemerhatian saya dibeberapa buah kedai buku yang menjual buku tersebut disekitar Bukit Mertajam,Pulau Pinang.

Antara beberapa buah artikel yang dapat dikongsi bersama

Antara karya beliau yang sering diperbaharui sejak (1971- 2009)

Beberapa buah parti politik yang membantah kewujudan interlok

Abdullah Hussain mengenang nasib karya beliau

Novel yang digantikan bagi menepati silibus pengajaran

Akhirul kalam:mungkin beberapa pihak mempunyai pelbagai pandangan mengenai novel tersebut,yang menjadi satu tsunami baru.namun,dalam hidup menongkah arus pemodenan,mentaliti rakyat harus diubah bersama sama dalam membantu menyemarakkan lagi perpaduan di Malaysia yg mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.kewujudan novel tersebut tidaklah harus dipertikai kerana,sensitiviti rakyat lebih teruji dengan keadaan persekitaran yang lebih utama

P/S:sape yang tak baca novel nie lagi memg rugi lahH~.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...