Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (Sesi 2012) Telah Dibuka.:D





Assalamualikumm ~Di sini ,nak buat sedikit informasi mengenai kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh bagi sesi 2012 untuk tingkatan 1 serta tingkatan 4 yang mengambil UPSR serta PMR pada tahun 2011.Kemasukan ke sekolah berasrama penuh telah dibuka pada 1 September 2011 hingga 15 Oktober 2011.Terdapat 57 buah SBP yang ditawarkan untuk para pemohon dengan 43 buah adalah aliran sains dan selebihnya adalah aliran agama.Keputusan permohonan dijangka akan keluar pada pertengahan Januari 2012.

Disini terdapat beberapa pakej yang ditawarkan bagi pemohon:

 Tingkatan satu:


Sains : Bahasa Melayu, English, Science, Mathematics, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/ Moral, Bahasa Antarabangsa (Arab/ Jepun/ Jerman/ Perancis/ Mandarin)
Agama : Bahasa Melayu, English, Science, Mathematics, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/Moral, Bahasa Arab (Komunikasi), Bahasa Antarabangsa (Jepun/ Jerman/ Perancis/ Mandarin)
Tingkatan empat:

Sains Tulen : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/ Moral, Sejarah, Matematik,   Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi,  Elektif.

Sains Teknikal : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/ Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan Fizik, Kimia.
Sains Sosial : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/ Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Sains, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Elektif.
Sains Tulen Agama : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, Pengajian Syariah.
 
Aliran Agama Ikhtisas : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan,  Sains, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas.
Untuk para pelajar yang berminat boleh memohon melalui atas talian/online di :
                          Permohonan Atas Talian Kemasukan Ke SBP 2012


untuk maklumat lanjut sila ke e-putra portal maklumat pendidikan di:


                                      e-putra portal maklumat pendidikan




Jika setelah merujuk kepada pautan di atas dan masih mempunyai pertanyaan, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian telefon 03-83217400 atau faks 03-83217403.


p/s:Tak dapat nak merasa masuk sini sebab masa dah berlalu serta keputusan UPSR dan PMR yang hancuss.HAHA.but still bole survive dengan jayanya,:D untuk  adik adik sila buat UPSR serta PMR dengan semolek moleknye.:D
                                       GOOD LUCK!!



Sumber: eputra.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...