Omron Malaysia |
Assalamualaikum. Setelah lebih 2 bulan aku menjalani Latihan Praktikal banyak sebenarnya yang aku belajar. kepayahan dan Rintangan sudah menjadi lumrah bagi aku sebagai bergelar Pekerja sementara. Kadang-kadang orang akan cakap dan memerli aku. Perlu ka Latihan Industri ni, sedangkan ia bukan satu kurikulum yang wajib diambil untuk student Diploma Engineering UiTM. Dari situ, aku hanya mampu tersenyum sinis. Bukan senang sebenarnya nak argue apa yang orang cakap, tapi aku punya alasan sendiri. Bagi aku, UiTM dah berikan peluang terbaik untuk semua pelajar Engineering, Elektrikal keutaamaanya yang sebelum ini seringkali membangkitkan persoalan dalam kalangan mereka sendri, kenapa tiada latihan praktikal diwujudkan untuk kurikulum? Aku tahu, UiTM punyai alasan mereka sendiri. Dan kini aku dah temui jawapannya.
Take Mechanical Part |
Servicing Part |
Hahaha. Ini masa dah boring sangatt ! |
Sebenarnya bukan senang bagi aku untuk memaksa diri sendiri untuk pergi menimba ilmu, sedangkan kawan-kawan lain sibuk mencari kerja serta tak kurang juga duduk dirumah. Aku memang jenis yang keras kepala. Tapi keras kepala aku bukan lah kearah yang kurang baik. Tapi lebih kepada perasan ingin tahu. Kadang-kadang aku muhasabah diri, kelayakan Diploma tidak cukup untuk menjamin masa depan aku. Lebih-lebih lagi kalau tinggal di bandar. Walaupun kita kerja separuh mati sekalipun, kita perlukan jaminan untuk kesan jangka masa panjang. Betul! Rezeki datang dari Allah S.W.T, tapi tak salah rasanya jika kita punyai matlamat yang lebih jelas untuk diri sendiri dan keluarga satu hari nanti.
Terima kasih jugak untuk semua pekerja, Staf, Line Leader Technichan, Engineer, Supervisor, Head Department yang sudi bagi aku ilmu untuk aku praktikkan satu hari nanti. Namun, aku tak berniat sebenarnya nak jadi Technichan, Engineer serta yang melibatkan kejuteraan.. Entahlah , sangat tak berminat. Terus terang aku katakan, aku belajar kerana terpaksa. Harap-harap moga Allah dapat ubah niat aku.
Dekat sini aku ucapkan terima kasih kepada Abang shahrul yang selalu nasihat aku.Walaupun aku ni jenis yang sangat degil, tapi aku akan ambil nasihat tu sebagai pemangkin. Aku akan buang sikap yang negatif sedikit demi sedikit. Aku tahu, kalau aku teruskan atitude begini, aku jamin aku takkan berjaya sepenuhnya. Umur masih muda banyak sebenarnya yang perlu aku belajar. Terim akasih juga kepada Abang Sharum, En Bakri, Abang Wan Borhan, Abang Suhairizal, Abang Hasyim, Abang Mi, Abang Din, Kak Nana, Abang Shah, Abang Airi dan bayak lagi sebenarnya yang sentiasa tak lokek ilmu mengajar aku yang benak dan susah untuk belajar sesuatu yang baru. InsyaAllah aku akan berubah. Mak cik-mak cik pun selalu nasihat aku. Hehehe. Thanks! Mak cik yang sangat Cool !
P/S: Hope ikin dapat kerja dekat situ. Ayah dia pun mengharap sangat. ketahuilah Encik Supervisor beliau mampu lakukan yang terbaik. Tak sia-sia saya rekemen dekat Encik. Hehehe.:)
No comments:
Post a Comment