Isu Simbol salib di Taman Medan






Penduduk Kampung Medan yang menuntut supaya simbol salib itu diturunkan



Minggu ini kecoh dengan isu tanda salib di Taman Medan. Mana tidaknya, alasan yang diberikan penduduk setempat supaya simbol salib itu diturunkan ialah tanda salib itu mencabar akidah dan kepercayaan majoriti penduduk kawasan itu yang beragama Islam. Bagi manusia yang beragama islam yang punyai iman dan akidah pasti ia tidak terkesan sedikit pun. Umum mungkin mengetahui bahawa Taman Medan adalah sebuah kawasan kampung pada asalnya terletak di pinggir bandar. Sejak kerajaan Selangor dibawah pimpinan Khir Toyo sebelum ni mengisytiharkan "Setinggan Sifar" Kawasan tersebut tela dibangunkan dengan beberapa projek pembangunan. Mungkin ramai tidak tahu. bahawa, Taman Medan pernah diulit beberapa peristiwa berdarah pada tahun 2001. 




Peristiwa ini, pasti memberi kesan kepada warga asal penduduk Kg. Medan sendiri. Sekitar Tahun 2001. Negara telah digemparkan dengan pergaduhan dua kaum diantara kaum Melayu dan India. Peristiwa ini hampir sama dengan peristiwa 13 mei 1969 dimana pergaduhan ini antara kaum melayu dan cina mengakibatkan pelbagai kerosakan harta benda, nyawa mahupun emosi. Terdapat banyak versi, ketika peristiwa Kg Medan itu berlaku. Aku yang saat itu baru berumur 9 tahun masih teringat bagaimana betapa harunya Kg Medan, Kg Ghandi, Kg Dato Harun, Kg Lindungan dan kawasan sekitarnya ketika itu. Pada saat itu, Taman medan diistiharkan kawasan darurat. Polis merata tempat. FRU, pasukan simpanan polis berkampung disana mengawal keaadaan. Isu penggal kepala disana amat membuatkan orang ramai takut untuk keluar. Sehingga kini Taman Medan masih menjadi kawasan hitam dalam radar pihak polis. Majoriti penduduk Taman Medan adalah kaum melayu diikuti India. 



Kini timbul pula isu salib dimana, pihak gereja terpaksa menurunkan tanda salib atas desakan orang ramai yg menuntut supaya ia diturunkan. Dek kerana, pihak gereja tidak mahu isu ini berlarutan, pihak gereja menurunkan simbol salib itu sebagai langkah sementara bagi meredakan isu ini sebentar. Bagi, sebuah negara yang mengamalkan amalan bebas beragama, sepatutnya, isu ini tidak perlu ditimbulkan. Pokok pangkalnya adalah akidah dan iman. Berpada-pada dalam menyokong sesuatu. Hormati apa yang telah ditetapkan oleh perlembagaan. Aku sebagai anak jati Kg Medan sendiri tidak menyokong tindakan segelintir masyarakat menjadikan isu ini sebagai masalah utama dalam persekitaran mereka.Tepuk dada tanya iman.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...