Tingkatan 6 adalah peluang terakhir???-.-"





So. Sapa kata tingkatan 6 tak bagus??sila ubah mentaliti tersebut.anggapan sesetengah individu yang sering memperlekehkan tingkatan 6,haruslah diubah serta merta.untuk pengetahuan semua.tingkatan 6 adalah satu medium terbaik untuk melanjutkan ke program ijazah pertama.Saya sebagai bekas pelajar tingkatan 6,amat tidak menyokong dengan keadaan sekeliling.khususnya masayarakat sekitar,yang hanya menganggap bahawa tingkatan 6 adalah pilihan terakhir bagi pelajar yg kurang cemerlang dalam SPM.Walaupun pelajar tingkatan 6,belajar di sekolah.namun teknik pembelajarannya,adalah setaraf dengan program program yang lain.suasana yang kondusif serta keadaan persekitaran yang teratur serta sistematik,akan memberi peluang untuk pelajar belajar dalam keadaan penuh dengan keselesaan tanpa gangguan.

Secara dasarnya,kemudahan kemudahan pelajar tingkatan 6 seperti makmal,asrama,kemudahan meletakkan kenderaan,bangunan blok yang telah dikhaskan adalah satu kelebihan yang dinikmati oleh pelajar tingkatan 6.selain itu,kemahiran guru yang berpengalaman luas dalam pelbagai bidang seperti aliran sains mahupun sastera merupakan tonik terbaik bagi sesetengah pelajar untuk memahami bidang tersebut dengan lebih mendalam.keadaan itu amat berbeza dengan kehidupan di universiti yang lebih berunsur berdikari.kejayaan atau kegagalan seseorang pelajar adalah tanggungjawab pelajar itu sendiri.ini bermakna,pelajar terpaksa mengambil inisiatif sendiri bagi meningkatkan mutu kecemerlangan dalam diri masing masing.Situasi tersebut dapat kita saksikan,apabila armai pelajar pelajar,pada masa kini yang tidak dapat menghabiskan tempoh pengajian mereka atas sebab tiada dorongan yang khusus atau,bimbingan sempurna dari pihak pentadbiran universiti .Pelajar tingakatan 6 sebenarnya amatlah berbangga dengan dorongan yang telah diberikan oleh guru guru untuk memantapkan lagi pelajaran mereka dalam setiap subjek.

.Keadaan di tingkatan 6,amatlah berbeza.pelajar akan dibimbing oleh guru sehingga berjaya dengan dibantu beberapa program yang dirangka oleh pihak sekolah.selain itu ia diktiraf oleh semua universiti di peringkat antarabangsa serta bertaraf A level.lepasan stpm juga boleh bekerja dengan kerajaan apabila mendapat 4 prinsipal atau 3 prinsipal dengan 2 subsid,mudah bukan??untuk pengetahuan semua,peluang pelajar stpm untuk melangkah adalah sangat cerah berbanding program-progam yang lain seperti matrikulasi,pra u,serta diploma.STPM juga dianggap sebagai antara 5 pepriksaan tersusah didunia.namun itu,akan meningkatkan mutu kecemerlangan apabila seseorang pelajar itu cemerlang dalam pelajaran.



Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan beberapa syarat untuk layak masuk ke Tingkatan 6 Bawah 2010. Syarat kemasukan ke Tingkatan 6 ini ditentukan mengikut jenis sekolah dan jenis calon.

Kemasukan

Mengikut Jenis Sekolah
  1. Sekolah Menengah Harian
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan

    • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan
    • Sekolah Berasrama Penuh (Agama) di KISAS dan SMAP Labu
Mengikut Jenis Calon
  1. Permohonan Rayuan Daripada Calon Sekolah Kerajaan
  2. Permohonan Daripada Calon Persendirian/Sekolah Swasta
  3. Permohonan Mengulang Tingkatan Enam Atas 2010
  4. Permohonan Calon SPM Ulangan 2010 Untuk Masuk Tingkatan Enam Atas 2011

Penentuan Nilai Mata Gred

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian telah mengambil keputusan untuk menetapkan wajaran yang akan digunakan di dalam pemilihan pelajar ke Tingkatan Enam Bawah bagi tahun 2010 disesuaikan dengan gred dalam SPM mulai tahun 2009 tanpa melibatkan pengubahsuaian dalam Sistem Online Kemasukan Murid Ke Tingkatan Enam Bawah.


Berikut adalah jadual nilai mata gred yang digunakan untuk pemilihan pelajar ke Tingkatan 6.


Gred LamaGred BaruNilai Mata
1AA+ dan A1
2AA-2
3BB+3
4BB4
5CC+5
6CC6
7DD7
8EE8
9GG9



Syarat Kelayakan

Syarat Am
  1. Memperoleh kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2009.
  2. Umur calon mestilah tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun pada 1 Januari 2010.
Syarat Mengikut Jenis Sekolah Dan Jurusan
Kemasukan ke Sekolah Menengah Harian
  1. Pelajar dari Sekolah Menengah Harian kerajaan.
  2. Memenuhi syarat untuk memasuki salah satu daripada jurusan yang disediakan seperti di bawah.
Jurusan Kemanusiaan
  • Calon mesti memperolehi TIGA kepujian dan jumlah mata gred tidak melebihi 8 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik . Tiap-tiap satunya hendaklah daripada kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:


KumpulanMata Pelajaran

IBahasa Melayu

IIBahasa Inggeris

IIIKesusasteraan Melayu / Kesusasteraan Inggeris

IVSejarah

VGeografi / Pendidikan Seni Visual

VIPendidikan Islam / Pendidikan Moral

VIIMatematik / Matematik Tambahan

VIIISains / Sains Tambahan / Applied Science

IXSalah Satu Mata Pelajaran Teknik / Vokasional / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)

XTasawwur Islam / Pendidikan Al Quran Dan Al Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah

XIBahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Bahasa Cina / Bahasa Tamil

XIISains Pertanian / Perdagangan / Prinsip Perakaunan / Ekonomi Asas / Ekonomi Rumah Tangga / Pengetahuan Sains Sukan

  • Calon-calon yang memperolehi jumlah mata gred 9 hingga 12 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti tercatat di atas, layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah dengan syarat terdapat kekosongan tempat di negeri berkenaan.
Jurusan Sains
  • Calon mesti memperoleh sekurang- kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred yang tidak melebihi 18 unit. Tiap-tiap satunya hendaklah dalam kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:

KumpulanMata Pelajaran

IMatematik / Matematik Tambahan

IIFizik

IIIKimia

IVBiologi

VLukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Rekacipta / Teknologi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat /Pengajian Agroteknologi / Pengurusan Makanan / Pengajian Pakaian.
Kemasukan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan
  1. Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama atau Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan.
  2. Memenuhi syarat untuk memasuki salah satu daripada jurusan yang disediakan seperti di bawah.
Jurusan Agama
  • Calon mesti LULUS dalam mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi/ Bahasa Arab (Komunikasi).
  • Calon juga mesti memperoleh TIGA kepujian dan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik. Tiap-tiap satunya hendaklah daripada kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:

KumpulanMata Pelajaran

IBahasa Melayu

IIBahasa Inggeris

IIIKesusasteraan Melayu / Kesusasteraan Inggeris

IVSejarah

VGeografi / Pendidikan Seni Visual

VITasawwur Islam / Pendidikan Al Quran Dan Al Sunnah

VIIMatematik / Matematik Tambahan

VIIISains / Sains Tambahan / Applied Science

IXSalah Satu Mata Pelajaran Teknik / Vokasional / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)

XPendidikan Syariah Islamiah

XIBahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi)

XIISains Pertanian / Perdagangan / Prinsip Perakaunan / Ekonomi Asas / Ekonomi Rumah Tangga / Pengetahuan Sains Sukan
  • Calon-calon yang memperolehi jumlah mata gred 15 hingga 18 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti tercatat di atas, layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah dengan syarat terdapat kekosongan tempat di negeri berkenaan.
Jurusan Sains
  • Bagi calon SMKA dan SABK aliran agama, penawaran ke jurusan Sains di Sekolah Menengah Harian akan diutamakan bagi calon yang memperoleh jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi tiga mata pelajaran terbaik daripada tiga kumpulan yang berlainan.


Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (Agama) di KISAS dan SMAP Labu
  1. Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama atau Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan.
  2. Memenuhi syarat untuk memasuki salah satu daripada jurusan yang disediakan seperti di bawah.
Jurusan Agama
  • Calon mesti mendapat KEPUJIAN sekurang-kurangnya C dalam mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi/ Bahasa Arab (Komunikasi).
  • Calon juga mesti memperoleh TIGA kepujian dan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik. Tiap-tiap satunya hendaklah daripada kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:

KumpulanMata Pelajaran

IBahasa Melayu

IIBahasa Inggeris

IIIKesusasteraan Melayu / Kesusasteraan Inggeris

IVSejarah

VGeografi / Pendidikan Seni Visual

VITasawwur Islam / Pendidikan Al Quran Dan Al Sunnah

VIIMatematik / Matematik Tambahan

VIIISains / Sains Tambahan / Applied Science

IXSalah Satu Mata Pelajaran Teknik / Vokasional / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)

XPendidikan Syariah Islamiah

XIBahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi)

XIISains Pertanian / Perdagangan / Prinsip Perakaunan / Ekonomi Asas / Ekonomi Rumah Tangga / Pengetahuan Sains Sukan
  • Calon-calon yang memperolehi jumlah mata gred 12 hingga 14 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti tercatat dalam 2(A), layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah dengan syarat terdapat kekosongan tempat di negeri berkenaan.
Jurusan Sains
  • Bagi calon SMKA dan SABK aliran agama, penawaran ke jurusan Sains di Sekolah Menengah Harian akan diutamakan bagi calon yang memperoleh jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi tiga mata pelajaran terbaik daripada tiga kumpulan yang berlainan.
Syarat Mengikut Jenis Permohonan
Permohonan Rayuan Daripada Calon Sekolah Kerajaan
  1. Mereka yang memenuhi syarat di atas tetapi tidak mendapat tawaran ke Tingkatan 6.
  2. Mereka yang tidak memenuhi syarat di atas tetapi aktif di dalam penglibatan kokurikulum perlu memenuhi syarat berikut;

    1. Membuat rayuan ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan melalui pengetua sekolah asal murid dengan menggunakan borang T6BKK pada 10 Mei 2010.
    2. Pertimbangan kelonggaran akan hanya mengambilkira penglibatan kegiatan kokurikulum pemohon dalam bentuk rekod bertulis.
    3. Umur calon tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun pada 1 Januari 2010.
    4. Mendapat sokongan penuh daripada pengetua sekolah di mana murid mengambil peperiksaan SPM, termasuk perakuan rekod disiplin yang baik.
    5. Kelulusan Jabatan Pelajaran Negeri tertakluk kepada kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dipohon.
    6. Semua rayuan yang diterima lewat daripada 1 Jun 2010 tidak akan dipertimbangkan.
    7. Rayuan yang berasaskan sebab-sebab lain seperti kesihatan, keadaan sosio ekonomi atau perakuan azam dan kesungguhan tidak akan dipertimbangkan. Dalam kes seperti itu, calon dinasihatkan supaya mengambil semula peperiksaan SPM.
Permohonan Daripada Calon Persendirian/Sekolah Swasta
  1. Calon persendirian/swasta SPM 2010 yang memohon memasuki Tingkatan Enam Bawah 2010 hendaklah menggunakan Borang T6BCP dan mengemukakannya ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
  2. Permohonan yang diluluskan hendaklah memenuhi syarat-syarat kelayakan Sekolah Dan Jurusan seperti di atas.
  3. Masih terdapat kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dipohon.
Permohonan Mengulang Tingkatan Enam Atas 2010
  1. Calon sekolah kerajaan yang telah menduduki peperiksaan STPM 2009 tetapi ingin mengulang belajar di Tingkatan Enam Atas hendaklah membuat permohonan melalui pengetua sekolah. Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan hendaklah mempertimbangkan permohonan berdasarkan syarat-syarat berikut:-

    1. Umur tidak melebihi 21 tahun pada 1 Januari 2010;
    2. Memperoleh keputusan STPM 2009 bagi dua mata pelajaran dengan keputusan lulus sebahagian (Gred C-, D+ dan D) atau mendapat satu mata pelajaran lulus penuh (Gred A, A-, B+, B, B-, C+ dan C) dan satu mata pelajaran lulus sebahagian;
    3. Masih berkesempatan untuk mendaftarkan diri bagi mengambil peperiksaan STPM 2010 sebagai calon sekolah;
    4. Masih terdapat kekosongan tempat belajar di sekolah yang mempunyai Tingkatan Enam dalam negeri berkenaan; dan
    5. Mendapat sokongan dan persetujuan pengetua sekolah pusat Tingkatan Enam asal murid berdasarkan rekod disiplin murid.
  2. Kelulusan bolehlah diberi terus oleh Jabatan Pelajaran Negeri jika pemohon memenuhi semua syarat di atas.
  3. Tarikh tutup permohonan adalah tiga minggu selepas tarikh keputusan STPM diumumkan.
Permohonan Calon SPM Ulangan 2010 Untuk Masuk Tingkatan Enam Atas 2011
  1. Calon yang telah memperoleh kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SPM Ulangan 2010 bolehlah memohon masuk ke Tingkatan Enam Atas 2011 dengan memohon terus ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
  2. Kelulusan permohonan hendaklah memenuhi semua syarat berikut :

    1. Umur tidak melebihi 21 tahun pada 1 Januari 2010.
    2. Memenuhi syarat kelayakan akademik seperti di atas; ATAU Bagi calon sekolah kerajaan yang memohon atas kelonggaran syarat dengan rekod kegiatan kokurikulum yang cemerlang, permohonan perlu dihantar melalui pengetua sekolah di mana calon mengambil peperiksaan SPM.
    3. Masih terdapat kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dipohon berdasarkan pakej mata pelajaran yang diikuti di sekolah asal.
    4. Calon-calon hendaklah mengemukakan rekod persekolahan bahawa mereka telah belajar di Tingkatan 6 Bawah 2009 di sekolah persendirian / swasta.
  3. Tarikh tutup permohonan adalah dua minggu selepas pengumuman keputusan peperiksaan SPM Ulangan 2010.
Permohonan Pertukaran Sekolah
  1. Dalam Negeri – mengikut tatacara biasa dan diputuskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
  2. Antara Negeri – pemohon perlu melapor diri terlebih dahulu di sekolah pusat Tingkatan Enam di mana murid telah ditempatkan, dan membuat permohonan pertukaran antara negeri melalui Pengetua sekolah tersebut seperti biasa. Keputusan adalah dibuat oleh Jabatan Pelajaran Negeri yang menerimanya. Permohonan hendaklah disertakan bersama satu salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan:

    1. Surat tawaran ke Tingkatan Enam Bawah;
    2. Keputusan SPM 2009;
    3. Kad pengenalan;
    4. Sijil Kelahiran; dan
    5. Jurusan dan pakej mata pelajaran yang diambil
  3. Semua pertukaran sekolah hendaklah menggunakan borang seperti Akta Pendidikan 1996 P.U. (A) 275 Jadual Ketiga.
  4. Dalam kes di mana calon telah berpindah lebih awal dari surat tawaran dikeluarkan. JPN yang menerima akan mengesahkan kelayakan dan membuat penempatan segera.
Permohonan Pertukaran Jurusan
  1. Permohonan pertukaran jurusan dari Jurusan Sains ke Kemanusiaan atau sebaliknya hendaklah dikemukakan melalui Pengetua kepada Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
  2. Pihak Jabatan Pelajaran Negeri hanya dibenarkan memberikan kelulusan jika permohonan itu:

    1. Mendapat sokongan Pengetua; dan
    2. Calon berkenaan didapati layak masuk ke jurusan yang dipohon mengikut syarat-syarat yang ditetapkan di atas.
    3. Calon mesti mengisi inventori minat bagi menyokong permohonan untuk ke jurusan yang dipohon.
  3. Walau bagaimanapun, kelulusan bergantung kepada kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang berkenaan. Keputusan kelulusan sama ada berjaya atau tidak harus dimaklumkan kepada pemohon dalam masa 2 minggu daripada tarikh permohonan.
  4. Permohonan pertukaran jurusan boleh dibuat pada 24 Mei hingga 27 Mei 2010.

Maklumat

  1. Maklumat di atas diperolehi daripada Surat TKP(OP) Syarat-syarat Kemasukan Murid Ke Tingkatan Enam Bawah 2010 dan Lampiran Syarat Kelayakan Kemasukan Murid Ke Tingkatan Enam Bawah 2010.
  2. Jika mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pengambilan kemasukan ke Tingkatan 6, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri yang terdekat atau mana-mana sekolah yang ada menawarkan kelas Tingkatan 6.
  3. Sebarang pertanyaan juga boleh dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran melalui Pn. Norchahaya Abd. Ghani di talian 03 8884 9456 atau En.Md.Jamal Hj.Bongkek 016 220 8322 atau En.Selamon Kosrin 03 8884 9352 dan no. faks 03 8888 6673.
'zaman dulu kalaw anak anak berjaya dalam tingkatan 6 mesti buat kenduri besar-besaran lahH,sebab nak dapat satu prinsipal memang cukup susah'


sumber:eputra


fb:like

1 comment:

Anonymous said...

sains pertanian untuk tingkatan 6 ada dekat sekolah mana? negeri mana ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...