7 Petala Cinta Movie berkonsep Islamik Menyentuh sanubari jiwa.



7 Petala Cinta


Assalamuaikum wbt. Harini aku baru berkesempatan untuk melihat cerita cinta 7 Petala cinta.Memang sangat lewat kan. Tapi bukan tengok diwayang tetapi tengok secara haram dengan mendownload. Memang perbuatan yang salah. So,sila senyum tak perlu kata apapa.Hahaha. Aku memang Jatuh hati terhadap lakonan Shima anuar yang memainkan peranan sebagai Saidatul Nafisah.Memang superb habis. terasa lakonan yang dilakonkan beliau.Bilalah kan ? aku nak dapat isteri macamtuh.berniqab,berhijab,sopan santun budi bahasanya. Tawakal je lah.Kalau ada jodoh tak kemana kann..InsyaAllah..



Sinopsis Filem 7 Petala Cinta
Hamka seorang graduan syariah dari Universiti Al-Azhar ditunangkan dengan anak kepada guru di madrasah Qalbun Salim, tempatnya menuntut ilmu, Saidatul Nafisah (Shima Anuar) dan kemudiannya berhijrah ke Yemen untuk menuntut ilmu. Dalam pada masa yang sama, Hilma Aqila (Diana Amir) adik kepada Hamka turut menuntut di Madrasah yang sama. Namun sebaliknya, Hamka gigih menulis al-Quran dengan tulisan tangannya sendiri bagi dijadikan hantaran perkahwinannya kelak.

Entah mana punca, berita mengenai Hamka terbunuh di Yemen tersebar selepas negara itu dilanda perang saudara dan konflik politik. Tunangnya, Nafisah menanti dengan setia dan muncul pula watak Attar (Aeril) seorang yang jahil sehinggalah bertemu dengan Abi Ikhwan (Ustaz Dini) yang mengajar di Madrasah Qalbun Salim.yang sudah lama memendam perasaan kepada Nafisah. Di situlah wujudnya nilai kesetiaan seorang wanita yang mengagungkan seorang lelaki yang dicintai walaupun apa saja yang melanda.



Antara Babak filem 7 Petala Cinta












Biodata Shima Anuar

NAMA SEBENAR: Noor Hashimah Bt Anuar

TARIKH LAHIR: 8 April 1991

TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur

AYAH: Anuar Md Yunus

IBU: Allahyarhamah Aziah Ahmad

KELUARGA: Anak keempat daripada 6 beradik
KERJAYA: Pelakon

FILEM: Flat 3A, Bini-biniku Gangster, Sumpahan Kum Kum, 7 Petala Cinta, 'X'

DRAMA: Klik(astro), Ku Sangka 2 Rupanya 3(rtm), Impian Raya Emelyn(tv9) 






2 comments:

syuxer said...

bagus citer ni..ada unsur2 islamik..mesti top nanti

Mr. elol said...

ehehe. best gilaa.hopefully.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...