Para lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang ada membuatpermohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sesi 2012/2013 akan boleh menyemak keputusan pengambilan kemasukan ke Kolej Matrikulasi bagi PST dan PDT mulai 25 April 2012.
Mulai pengambilan sesi 2011/2012 ini terdapat perubahan di dalam sistem program matrikulasi Jurusan Sains, sila rujuk Program Matrikulasi KPM untuk mendapatkan maklumat mengenainya.
Cara Semakan Permohonan Matrikulasi- Melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi. (dibuka mulai 25 April 2012)
- Melalui SMS – Taip MOE (jarak) MAT (jarak) No.KP (tanpa sempang) dan hantar kepada 15888 Contoh: MOE MAT 921001115263 dan hantar ke 15888
- Mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi perlu mendaftarkan diri ke Kolej Matrikulasi yang telah ditetapkan pada 28 Mei 2012 bagi kolej-kolej di Semenanjung Malaysia dan 21 Mei 2012 bagi Kolej Matrikulasi Labuan..
- Surat tawaran, dokumen pendaftaran dan borang perjanjian perlu dicetak sendiri oleh pemohon dan dibawa semasa hari pendaftaran.
- Pemohon yang berjaya diminta untuk menghubungi terus kolej penempatan atau melawat laman web kolej yang berkenaan untuk maklumat surat tawaran dan dokumen lain.
- Sila rujuk senarai kolej di Program Matrikulasi KPM.
- Manakala mereka yang layak dan ada membuat permohonan tetapi gagal mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM boleh membuat rayuan mulai 25 April 2012 sehingga 13 Mei 2012.
- Rayuan perlu dibuat secara online di laman web yang sama di atas.
- Keputusan rayuan kemasukan ke Program Matrikulasi dijadual akan diumumkan pada 7 Jun 2012.
- Sila hubungi Talian Bantuan Matrikulasi di 03 8884 4083 jika terdapat sebarang pertanyaan.
- Sila rujuk komen-komen di Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi KPM 2011 sebagai panduan.
Keputusan permohonan ke Matrikulasi 2012 boleh disemak dengan dua cara;
- Sila rujuk laman web Bahagian Matrikulasi KPM untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Sumber :e putra
1 comment:
nanti kena buka ni..=)
Post a Comment