Ini Gambar Hiasan.Nanti kena saman pulak aku.:D |
Assalamualikum W.B.T.macam biasa lah,blog dah berhabuk.Malas nak cerita,sebb perenggan yang pertama pada setiap entry yang aku tulis mesti pasal blog bersarang,berhabuk,tak terjaga bla..bla..dan blablabla.:D. Bukan ini yang aku nak bagitahu. Cuti tahun baru cina yang lepas.merupakan pengalaman paling teruk yang aku hadapi bersama membe aku.Sebenarnya bukan,peristiwa ni je yang merupakan pengalaman buruk aku.Banyak lagi.InsyAllah ,entry lain aku akan ceritakan dengan lebih detail lagi.so lets start the story.:)
Untuk pengetahuan korang,aku memang tak suka beli tiket awal-awal ni.Sebab ape yang aku tahu.ada stesyen bas mesti ada tiket punya,dan aku tak pernah tempah atau booking dari pada agensi-agensi lain.sebab aku rasa buang masa.Kadang-kadang ,tiket yang kita beli awal pun tidak akan menjamin yang kita akan dapat bas terbaik dari pihak tersebut.jadi inilah sikap aku.*sila jangan contohi.:).Seperti kebiasaan Pudu sentral menjadi lokasi untuk aku balik ke Penang.
Dekat Pudu Sental ni,memang senang gilaaaa! dapat tiket.Aku takkan beli tiket dekat ulat-ulat tiket.Nak kenal ulat-ulat tiket senang je.Mereka yang beraksi di sekitar perkarangan pudu sentral adalah ulat tiket yang sering mencekik darah para pengguna yang ingin pulang ke kampung.Aku dah pernah terkena so.Pengalaman lepas mengajar kita erti penyeselan.Cewah,nak bermadah pulak. Hahaha.self sense kena kuat kalau nak kenal ulat tiket ni.
Memang Bermaharajalela ulat tiket kat sini. |
Seperti kebiasaan aku akan dihantar oleh bapak aku ke Pudu sentral.Bukan nak bermanja atau ngada-ngada,sebab kalau bapak aku sibuk,aku akan pergi sendiri.Anak abah kan dah besar. Hahaha.Dah umur 20tahun pun.:D. So aku dan membe aku pun beli tiket dekat kaunter yang berada diaras dua.Masuk-masuk je.memang ramai gilalahhh. Dengan berbagai-bagai bangsa kat situ.Dah ,macam ape ntah.Tuhan je tahu azab aku kat situ.Then aku pergi kaunter ke kaunter.
Kaunter yang dipenuhi orang ramai ketika cuti umum.Try tengok.:) |
Berikut adalah perbualan Aku dan si penjual tiket:
Aku: Bang tiket ke penang,pukul bape?
Kaunter 1: 4.30.
Aku: tak pe,bang survey tmpat lain (memang tak lah kan.aku datang pukul 2.00.mestlah nak bas awal)
Aku:kak tiket ke penang pukul bape?
kaunter 2:Sekarang! harga RM45.
Aku: takpe lah survey tmpat lain dulu.
Kaunter 2: tiket memang takde dik.yang ni pun bas tambahan.
Aku: takpe2 kejap lagi saya datang.
Selepas tu,aku tanya kaunter tiket yang lain,semua harga melambung tinggi.Dua kali ganda.Pandai betul dorang ni kan?bila aku cakap kenapa tiket naik harga.Dorang cakap,sebab tahun baru cina.Excellent answer beb !nak tak nak kena naik jugak lah kan?masa semakin suntuk.Then pergi ke terminal tujuh yang dorang cakap kan tu.Tunggu dalam setengah jam,memang lama gilaaa! Dalam hati rasa macam kena tipu je.Oke tak pe sabar.Then rasa nak pergi tandas pulak.Bila dah masuk tandas tu,masyAllah,tuhan je tahu kekotoran tandas tu macammana.
tahi bersepah sepah.Dengan air takde.Tapi kena bayar 30 posen.Wahai pihak pengurusan Pudu Sentral yang diamanhkan rakyat dan kerajaan Malaysia .kalau tak de air.tak payah lah nak bukak tandas tu pada orang ramai.Nonsense doe !!memang tak jadi lah kan.Tiba-tiba membe aku cakap bas dah sampai.Memang lari pecut lah aku dari situ ke sana.Habis semua aku langgar.hehe.:D
Then! memang terkejut gila.BAS SEKOLAH ! terbaik dari ladang gandum lah.nak taknak kena naik.Hati rasa dah panas.dengan mat indon,bangla semuanye ada.Bising-bising dalam bas tu,annoying gilaa.Bukak lagu lah,cakap kuat-kuat lah.Hello ini malaysia.Aku ngan membe aku dah bengkekk je.Nak cakap ,nanti gaduh pulak.senyum je aku mampu buat .Bawak pun laju macam siput. 80k/m laju ke? tak setimpal dengan ape yang aku bayar lah.Senyum tak perlu kata apa-apa.:D
Jom paksa senyum ramai-ramaii ! |
No comments:
Post a Comment