Kehidupan Aku Seorang Pelajar.
Assalamulaikum W.B.T. Salam pagi selasa yang sungguh indah.Harini macam biasa.bangun pagi. gosok gigi.pakai baju.pakai seluar pakai kasut. Bla3 blablaablaa. Tapi yang syoknya harini.hanya satu kelas saje yang perlu dihadiri .itupun satu jam. Nak tahu sebab ape? modul 3.untuk part three menuju ke pengakhiran. Banyak yang aku boleh belajar semester ni. Even baru semester 3,aku cukup bersyukur tiada masalah yang cukup besar yang aku hadapi dengan dorongan kawan-kawan dan ibubapa.;D. Macam biasa. kehidupan seorang pelajar memang mencabar dari pelbagai aspek.kalau tak kuat iman serta tanpa dorongan kawan-kawan dan ibu bapa.tidak mustahil ada pelajar yang bunuh diri sendiri akibat tekanan yang melampaui.Emosi amat penting dalam menghadapi situasi sebegitu.Alhamduliilah.aku dapat hadapinya.
Bila kita cerita pasal, kehidupan seorang pelajar yang terpaksa menghadapi pelbagai saringan untuk bergelar mahasiswa adalah amat sukar.mungkin pernah kita dengar guru-guru dekat sekolah sering berkata.Belajar dekat Universiti lagi senang berbanding belajar dekat sekolah. Em! aku rasa lah kan.Macam lebih kurang je. Mungkin ape yang dikatakan cikgu tu betul.tapi pada dasarnya.ia terletak kepada kemampuan individu tersebut dalam menangani perkara dengan baik dan sistematik. Disekolah,kita dibimbing oleh guru,kadang-kadang tu dirotan, dimarah dan didenda. Tapi sekarang baru aku sedar.mengapa mereka buat begitu kepadaku dulu.tugasnya mereka hanya mendidik dan selebihnya terletak dibahu para pelajar tersebut. So jangan kata cikgu-cikgu disekolah tu jahat dan garang. Dan kita kena tahu pada zahirnya bahawa tugas mereka hanya mendidik bukan mengherdik.
Pengalaman pindah ke 10 sekolah cukup mendewasakan aku. Aku kenal ape itu erti kesusahan, kesetiaan tanggungjawab dan sebagainya.Even aku bukan murid cemerlang dalam sekolah yang pernah aku menuntut ilmu.Banyak bende yang aku belajar.:D. aku pindah bukan berdasarkan tahap disiplin yang rendah dan sering membuat hal. Opss! tidak sama sekali. Please percaya.Saya murid yang baik. Kahkah. orang pernah cakap,Doa ,usaha dan tawakal. Tapi ramai orang yang tinggal dua perkara yang utama sedangkan perkara terakhir yang perlu mereka buat adalah tawakal,tidak sepenting doa dan usaha. Even kita bertawakal tapi Doa dan usaha tidak mengiringi kita.pun tidak boleh jugak. Ingat kita hidup didunia berlandaskan seorang Islam.Islam mengajar kita pelbagai bentuk persediaan samada diukhrawi dan duniawi. So sebab tu kita tidak boleh membelakangkan agama dalam menggapai cita.Even kita berusaha bagai nak rak pun. kalau tanpa doa dari kedua ibu bapa untuk merestui segala apa yang kita belajar pun tak guna jugak. So macam apa yang aku katakan.. DOA,USAHA,TAWAKAL harus diselarikan,InsyaAllah.:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment