Bagaimana nak kuasai bahasa inggeris dengan Baik ?

Assalamualikum W.B.T. Tengok tajuk entry dah tahu kan ape yang nak diceritakan?Hehe. Korang ada solution yang terbaik tak untuk kuasai bahasa inggeris aka bahasa penjajah ni dengan baik? aku ni bukan nak kata prejudis dalam bab berbahasa inggeris ni.Kadang-kadang kita tak confident ape yang kita ucapkan tu,betul atau tidak.lebih teruk lagi kalau ,kita berbahasa Inggeris dengan confidentnya,tapi kawan-kawan lain.mentertawakan kita ?Sumpah malu doh!.Bukannye tak pernah belajar basic for English sejak sekolah.Tapi entah lah,otak aku dah benak dengan bahasa inggeris ni.Mungkin aku ni anak melayu sejati kot.Sebab tu tak boleh accept kewujudan bahasa inggeris ni. Haha.





Sejak dari darjah satu sampai tingkatan  6 dibawa ke universiti.Aku memang tak tahu nak differentiate,ape itu  bahasa inggeris dengan perkataan yang lebih mudah.Dalam erti kata lain.Kalau korang kutuk aku dalam bahasa inggeris pun aku mampu tersenyum ,bagaikan korang hamburkan pujian dekat aku.So rajin-rajin berbahasa inggeris kalau ada yang tak puas hati dengan aku tu eh. aku pun tak tahu apa yang releven sangat sampai ramai nak agungkan bahasa inggeris.Haha. Disebabkan kebencian aku terhadap bahasa inggeris ,aku dengan lebih angkuh mngutuk bahasa inggeris walaupun,di Universiti aku bahasa Ingeris merupakan bahasa perantaraan. Sori Mr.English !hehe.:D



Dah macam-macam bende aku buat,baca novel bahasa inggeris ,dengar lagu bahasa inggeris tengok movie bahasa Inggeris dan Blaa..blaablaablaa..Tapi apa yang aku dapat hanya kehampaan sebab tak paham pun. Dan satu realiti yang korang kena tahu adalah aku tak suka bukak kamus.Sebab tu lah kot.Hehe. itu memang kesalahan utama.So lepas ni akua akan merajinkan diri aku untuk bukak kamus dwibahasa oxford yang baru dibeli melalui voucher dengan tekunya tanpa prejudis.Doakan. Hahaha. :)









No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...