Aksi yang bapak aku buat masa ponteng sekolah yang boleh buat banyak nyawa manusia terkorban.


Selamat pulang anak abah.



Assalamualaikum ~ alhamdulillah selamat sampai dekat rumah tercinta selepas perjalanan yang agak lama daripada Butterworth ke Puduraya. Sampai dekat puduraya aku decide naik Putra LRT dari steyen puduraya. Perghh,memang ramai gila dekat situ. dah macam night market. Hati dah rasa berbelah bagi, sama ada nak beli tiket kt kaunter atau beli dekat mesin. So aku buat keputusan beli dekat mesin je .Even memang ramai gila,tapi tetap aku gagahkan. HAHA.Sampai je turn aku, aku pun tekan skrin tu,memang canggih gila la aku cakap dalam hati.Tiba-tiba eh,asal tak bole tekan ni, dah penat aku cuba bnyak kali.patutlah ramai lagi sanggup beratur beli dekat kaunter,rupa rupanya mesin tu,terlampau canggih lagi mnyukarkan.haha.


Dengan muka agak hampeh,aku berlalu dari situ.Aku tahu orang belakang mesti gelak dekat aku punye. Nama je selalu guna gadjet masa kini.tapi tekan skrin sesentuh pun tak pandai. adehh !Dengan muka yang kepenatan berbekalkan dengan dua buah beg dipikul di bahu aku teruskan perjalanan dari pudu melalui petaling strett sehinggalah ke pasar seni.Dekat sini memang senang beli tiket sebab tak ramai orang.So KL Sentral destinasi seterusnya.Beli tiket dari kaunter KTM memang senang daripada tekan skrin sesentuh.
Naik kereta api macam biasa tiba-tiba keretapi berhenti secara tiba-tiba...




Batu disusun diatas trek keretapi.
 

Kesian pakcik ni,proud of you.


Syabas diatas kepekaan.:)


 Sampai je dekat rumah aku cerita dekat family aku pasal kejadian ni. then bapak aku pun tergelak-gelak. aku tanya kenapa,then dia jawab ,sebenarnya abah pun buat jugak time ponteng sekolah dulu. HAHAHA.



Seri setia,perhentian terakhir.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...