Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (Sesi 2012) Telah Dibuka.:D





Assalamualikumm ~Di sini ,nak buat sedikit informasi mengenai kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh bagi sesi 2012 untuk tingkatan 1 serta tingkatan 4 yang mengambil UPSR serta PMR pada tahun 2011.Kemasukan ke sekolah berasrama penuh telah dibuka pada 1 September 2011 hingga 15 Oktober 2011.Terdapat 57 buah SBP yang ditawarkan untuk para pemohon dengan 43 buah adalah aliran sains dan selebihnya adalah aliran agama.Keputusan permohonan dijangka akan keluar pada pertengahan Januari 2012.

Disini terdapat beberapa pakej yang ditawarkan bagi pemohon:

 Tingkatan satu:


Sains : Bahasa Melayu, English, Science, Mathematics, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/ Moral, Bahasa Antarabangsa (Arab/ Jepun/ Jerman/ Perancis/ Mandarin)
Agama : Bahasa Melayu, English, Science, Mathematics, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/Moral, Bahasa Arab (Komunikasi), Bahasa Antarabangsa (Jepun/ Jerman/ Perancis/ Mandarin)
Tingkatan empat:

Sains Tulen : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/ Moral, Sejarah, Matematik,   Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi,  Elektif.

Sains Teknikal : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/ Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan Fizik, Kimia.
Sains Sosial : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/ Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Sains, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Elektif.
Sains Tulen Agama : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, Pengajian Syariah.
 
Aliran Agama Ikhtisas : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan,  Sains, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas.
Untuk para pelajar yang berminat boleh memohon melalui atas talian/online di :
                          Permohonan Atas Talian Kemasukan Ke SBP 2012


untuk maklumat lanjut sila ke e-putra portal maklumat pendidikan di:


                                      e-putra portal maklumat pendidikan




Jika setelah merujuk kepada pautan di atas dan masih mempunyai pertanyaan, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian telefon 03-83217400 atau faks 03-83217403.


p/s:Tak dapat nak merasa masuk sini sebab masa dah berlalu serta keputusan UPSR dan PMR yang hancuss.HAHA.but still bole survive dengan jayanya,:D untuk  adik adik sila buat UPSR serta PMR dengan semolek moleknye.:D
                                       GOOD LUCK!!



Sumber: eputra.com

Parti PES Sebelum Final .bhaha.:D


Assalamualaikumm.:D. sempat lagikan nak mintak maaf ?Haha.maklumlah,dah lame tak update.dan pada blogger yang asik suruh singgah dekat belog dorang.Aku nak ucapkan mintak maaf sangat sangat dan sudi untuk menyefollow belog aku yang agak lama berjinak jinak,tapi follower tetap tidak bertambah.huahua.Penciptaan belog ini bukan untuk menunujukkan berapa banyak follower ,tapi ia mngkin satu catatan disepanjang perjalanan hidup aku dan untuk korang korang yang berkaitan.:D:D.


Disini aku nak hiburkan korang dengan beberapa gambar yang agak kontroversi. HAHA.Masa ini aku tak ingat bila,tapi baru baru jugak lah.Pertandingan PES dijalankan ketika ini,dan telah dimenangi Fadlee amin.Mintak maaf sebab,kualiti gambar yang sangat sangat mengecewakan sebab guma VGA.hehe.*maklumlah,henset murah.huahua.


Kemesraan Fitri Dan Firdaus menimbulkan kecemburuan di hati  fadlee amin.ahaha!*jangan marah

Kemenagan Fadlee amin memang tidak dapat dinafikan lagi.:D

Fadlee amin,sentiasa berlatih untuk mencapai impiannye bergelar pemain PES yang disegani :)

Kepenatan jelas terpancar pada wajah pemain PES.

Beliau sempat bermain Ninja Saga sebelum tiba perlawanan.

Sape ni eh ?? bhaha.:D
Oke! itu sahaja setakat ini.Mintak maaf kalau terguriskan hati beberapa pihak.tapi ini hanya untuk kenangan kita bersama.*ceewahhh ~Ahaha.


Selamat Hari Raya Aidilfitri ~

src="http://www.facebook.com/plugins/like.php?locale=fr_FR&..."

3 Hari Sebelum Puasa di Titi Hayun,Gunung Jerai.



Tak terlambat rasanya kalau aku ucapkan Selamat Berpuasa dekat korang korang semua kan?haha.serias memang tak sempat nak update blog hari hari.dengan masalah berukband dan wifi yang sedang membelenggu diri ini.haha.mungkin,insyAllah,aku akan update blog setiap minggu.Mungkin kot.ahaha.



KEM TITI HAYUN

Memang best gila,kalau pergi kem kena paksa.sumpah takde mood. dah la,lagi tiga hari nak puasa.orang prepare nak berpuasa.aku boleh prepare nak pergi kem? memang jeles gila lah kan.Dah la ia melibatkan fizikal,nasib baik tak kena bayar.ratarata yang pergi pun,memang rasa fed up dan ketensionan.takde tarikh lain ke depa nak buat.haishh~.tapi,takpe.ia menguatkan lagi azamku untuk lebih berdedikasi.haha*cewah.

Datang kat situ terus kena buat khemah.macam kem kem biasa yang aku pergi,tak bnyak yang menarik kat sini.dah penat asyik pergi kem kat sekolah.sampai takde perasaan lansung,bila kat sini.sumpah menyampah.dengan komander komander yang agak menyakitkan hati.itu memang mngajar aku erti kesabaranlah an.fuhh !!

Tapi satu je yang best kat sini.buat pertama kalinya,Durian jatuh depan aku.pergh.nasib baik tak kena kepala.kalau tak ,mesti bocor punye.dah la aku ni hantu durian.wahaha. yang lagi membuat aku bangga,budak budak lain semua sibuk cari durian,aku tak payah nak bersusah payah pergi panjat pokok durian.*erh,jap jap,ade ke orang panjat pokok durian?haha.

Sebenarnye,takde yang menarik pun pasal kem atau durian.atau istilah yang lebih tepat lagi.takde relationship pun.haha.saje nak kongsi,aku bangga dapat durian walaupu sebijik.aku harap dengan gugurnye sebiji buah durian,ia mampu memberikan sesuatu dalam hidupku dalam masa akan datang.InsyAllah. dan ,Selamat Hari Raya.wahaha.!

BEN ASHAARI AJAK JOIN BLOGLIST BLOGGER BARU

Wah! dah macam takde entry lain aku nak letak dekat blog nih.HAHA! takpe,niat kita satu,nak dapat kenalan kenalan baru,dan saling berkongsi pendapat.Tak jadi masalah,asalkan niat MESTI betul.;D




So siapa yang nak mempunyai matlamat yang sama ! sila lah berbuat demikian dengan menekan header  ABANG BEN ASHAARI yang macho ni;D

Dua Perwatakan Mat Rempit Dalam Satu Malam,Di Lebuhraya Karak !0ouh~

Karak??


Ouh! TIDAK,sila ubah mentaliti anda tentang K.A.R.A.K !ini bukan cerita hantu terbitan KRU yang hangat diperkatakan dan ini jugak bukan kisah Wolkswagen kuning yang mencari mangsa terbarunya.Tiada ape ape yang berlaku sepanjang perjalanan kami di Karak.Tapi,cerita yang bakal aku sampaikan ini,mungkin akan membuka kotak fikiran kita dengan Mat Rempit.wuuuuu !!!

...................................................................................................................................................................................
Kisah Bermula daa~


Sedang asyik aku layan~ lagu dekat radio Hot FM,hujan pun turun dengan agak lebat.aku pun tengoktengok la,kat luar tingkap.agak banyak motor jugak lah,yang berhenti nak berteduh.Dengan berbekalkan beberapa buah keropok cikedis dan sebotol air kosong.aku pun tak peduli,ape yang terjadi dekat luar tu.asalkan aku tak basah !DO I CARE !haha!*sila jangan contohi sikap ini.tapi tiba tiba aku terlihat tiga orang Mat Motor ni,tolong seoarang lelaki,tukarkan tayar kereta pajero beliau dibahu jalan !
What? tayar pancit!pPfffttt !!



Memang mulia gila  la kan.! agak agak lah??? korang sanggup tidak? tolong tukar tayar dalam keadaan hujan yang lebat ??? Dengan penuh kejujuran,aku tak sanggup nak buat macam tu.memang aku tabik spring~ dekat mat mat motor yang sanggup mengorbankan masa beliau untuk orang lain. mungkin 3 antara seribu kot?hehe.Parents aku pun puji perbuatan mamat manat tu tolong orang dalam kesusahan.;D
TAPI,itu hanya sementara.........


Sedang asyik aku membuka kemas-kemas keropok cikedis aku,agar tidak dirampasi oleh adik adik aku.Tibatiba,tiga orang mat rempit dengan selamba memecut kereta kitaorang dengan kelajuan tahap kekudaan.Dengan gaya superman Malaysia aka Faizal tahir dalam hujan lebat.memang tak 'Cool' langsung la brader.Pemusnah masa depan,bak kata mak aku.wahaha.


Then,aku terpikir?-.-" .Bukan nie ke tiga orang mamat yang aku dok sanjung sanjung? wah!! betul lah! Mak aku pun macam tak percaya je,tergelak gelak kitaorang dalam kereta time tuh!haha.Dalam kebaikan.rupa rupanya tersembunyi keREMPITan !haha! aku pun tak tahu,ape yang terlekat dekat kepala otak dorang tuh! Dalam otak aku just ada pikir 3 perkara je:

  • Dorang baru je lepas merompak kereta pajero,sebab tu dorang pura-pura buat baik.
  • Dorang dapat imbuhan dari empunye kereta pajero,sebab tu dorang tak sabar nak belanja kan duit tu.
  • Dorang terpaksa memecut,dengan lagak aksi superman,untuk mendapatkan daya pecutan yang tinggi.
  • Dorang tak tahan nak terkucil,sebab tu buat lagak ngeri.
  • atau,Dorang saje nak tunjukkan kehebatan dorang dekat depan aku.bhaha.
Anda nilai sendiri .?

Segmen Mari Menambah Follower

Selamat Malam diucapkan.eh! Pagi sudah.haha.Jum kita join segmen mari menambah follower dari Luna Lanun.heee..Kalau Still tak tambah lagi.tak tahu den nak cakap apo laiee,alamatnye,tutup je la acc Blog ni!huahua.




Kalau anda,anda dan anda ingin berbuat demikian.Sila Tekan Sekuat Kuat Hati Tulisan Merah ni.XD

Kisah Benar:Cinta Seseoarang Lelaki Yang TerSangatlahh Buta.(Part One)

AMARAN!

WARNING:Cerita ini,adalah fakta belaka bukan rekaan.Memang ada kena mengena dengan hidup .Anda nasihatkan supaya membaca cerita ini sehingga habis untuk mengetahui realiti yang mungkin berlaku di persekitaran anda,yang mungkin akan menimbulkan kepekaan anda dikemudian hari.Sekian..


Sebenarnye,cerita ni,bukan nak menimbulkan aib atau keburukan sesorang.cerita ini,adalah sebagai tauladan,ikhtibar untuk kita bersama sama berfikir secara jauh dan rasional tentang sesuatu keadaan dan situasi.Diharap kita bersama sama perbaiki diri masing masing.Wallahualam.


Kisah ni berlaku dan still berterusan sejak bulan Januari hingga berlarutan ke bulan Julai,dan aku pun tak tahu sampai bila.Aku ada seoarang kawan yang bernama H.Aku sebenarnye agak kesian dengan H.Aq rasa H tak pernah bercinta dan mengenal cinta dalam usia yang matang.aku tak kata,aku matang dalam percintaan.tapi keaadaan dan tingkah laku H buat aku takut H akan terjerumus dalam bidang percintaan yang sangat naif.

Nak dijadikan cerita,si H ni, suka seorang wanita nih dalam diam.Nama wanita tu E.E ni pulak satu kelas dengan H.H ni pernah cakap dengan aku dan membe aku,yang dye ni nak tackle wanita E ni.Aku tak pernah halang dengan sesiapa pun nak dye bercinta,tapi aku takut dye tersalah pilih.Then kerap jugak,aku dengar cerita si H ni,nak tackle si E.Si E tak pernah anggap pun yang si H nie,teman istimewa.Tapi lagak dyeorang nih,agak menyakitkan hati sang pemerhati.

Sebab ape aku cakap macam tu? Korang boleh bayangkan tak,yang si H nie,punye lah terkejar kejar kat si E ni,sampai kawan-kawan sendiri pun dye boleh abaikan.come on la,kau dah matang,dah masuk Universiti pun,tak payah nak kejarkejar sgt.Even H ,buat macam tu,kat kawan kawan dye,kitaorag stil anggap dye kawan lagi,sebab kitaorang kesian tengok dye.Tapi yang menjadi kemusykilan,walaupun si E ni,tak pernah anggap si H ,pakwe dye.Tapi dye boleh suro macam macam kat si H ni.Yang si H ni pun ikut je la telunjuk wanita idaman dye tu.memang aku sakit hati gila lah kan. Ppfffftttt!...

Lagi satu,agak menimbulkan ketidakpuashatian aku.Boleh pulak,malam malam dyeorang saling menelefon.itu aku tak kesah sangat lah.yang buat aku bengang, si E ni,boleh menangis teresak esak dekat si H ni,hampir setiap malam.boleh dikatakan setiap malam lah,nak tahu tak sebab ape,dye nangis?? si E ni,adalah suka dekat seseorang Jejaka yang agak tampan.*tampan ke? nak muntah aku.tapi si jejaka ni,tak layan langsung si E tu. sebab tu la yang membuat kan si E ni,boleh menangis setiap malam.yang si H ni pun,pujuk lah si E.Dah pujuk hari ni,esok menagis balik.aku pun tak pham lah wanita jenis ape ni?

Nak mainkan hati lelaki pun agak agak lah kawan.Dah Terang lagi nak bersuluh.takkan tak pham lagi kot?
Dah la kawan aku tu naif pasal cinta,kau boleh mainkan hati dye pulak.If kau tak suka dye pun,tell the true story lahh.Dont be a Stupid girl!jangan nak suruh lelaki je yang nak jadi gentle,perempuan pun kena lah jadi genle jugak.Not fairlah.!Ppffttt...



ENDING OF PART ONE!
.....................................................................................................

Photobucket
budak tengah stalker

Terima Kasih Balik Si Budak Kurus !:D

Nampak tak Header Blog ni? Beliau telah Mempromote Blog yang tak seberapa dan baru menceburi bidang berbloging nih.! teruja kot !ahaha.
Sebenarnye,tak tahu pun tentang nih,sehinggalah seorang teman memberitahu.thax miiza suki


Kepada sesiapa yang ingin menziarahi blog SBK ni,boleh lah berbuat demikian dengan menekan kuat-kuat ,tulisan warna hijau nih

Its a Fact:Peristiwa Di "Flat 3A" Yang Sebenar.

                                                    Assalamualaikummm !!

Rasa macam dah lama tak update cerite pasal filem ni kan? padahal dah banyak gila,tgk filem yang asik keluar kat pawagam tu.huahua. Mungkin agak berkesempatan,untuk menulis beberapa artikel atau kisah yang bakal kita kongsi bersama,sebab dapat seminggu cuti Mid sem.ahaha.jadi lah kan.lepaskan tension anda.HAHA!



Dah tengok Cerita yang Best ni?

  Wah ! cerita hantu ! Takut2! HAHA! Untuk pengetahuan korang,korang dan korang yang tak pernah duduk kat flat tuh.Cerita yang dorang buat nie memang benar terjadi.Lokasi Pengembaraan Flat 3A nih pun,dikatakan agak keras.Macam mana,aku kata macam tu pulak? Sebab lokasi Flat 3A ni,berhampiran dengan rumah aku,takde lah hampir sangat.Tapi dah kerap kali jugak lah,dengar cerita macam tuh.

Sebenarnya,Banyak jugak lah flat flat yang tidak berpenghuni dan terbiar kat area Taman Medan dengan Taman Dato' Harun nih. Tapi Mungkin terlampau banyak sampai pihak Metrowealth sendiri pun pening kepala.HAHA! untuk pengetahuan jugak,syarikat Metrowealth sendiri telah membuka satu cawangan baru dekat Taman Medan nih.Mungkin faktor lokasi Syarikat memainkan peranan dalam pemilihan lokasi pengembaran .

Sebelum tu,aku pun tak tahu macammna boleh terjebak tengok cerita nih.ahaha. Pada asalnya,just jalan jalan je kat Sunway Piramid tu,sorang sorang.Tapi tiba tibe tergerak hati pulak nak tengok cerita nuh.haha.
Untuk pengetahuan korang ada beberapa fakta yang menarik sepanjang aku tengok cerita flat 3A ni:
  • Tengok kesorangan diri* Bende tak plan,tanggung lah risiko.heee.
  • Terbeli sit couple*Hilang RM14.00.:(
  • Wayang start pukul 8.00pm,tapi tengok 8.30pm
  • Terpengaruh dengan mak *sebelum tu tak caya buat kat area situ.HAHA!
  • Rasa dahaga dan kelaparan yang melampaui batas*Balik pegi bantai burger Stim.Pergh !haha.
  • Rasa tak puas nak tengok lagi.Huahua.
Untuk yang tak tengok lagi.Silah berbuat demikian.Support lah industri local anda.Kalau kita sendiri yang tak memahami filem Malaysia,so sape lagi nak buat macam tu kan?? fikirlah baik baik,untuk menyaport filem tempatan.HAHA!!Maju lah filem untuk Malaysia !



Barisan pelakon filem yang memang sangat mantap lahh!!XD
 

Mangsa Ragut memang senang jadi popular kan?

RAGUT??


Assalamualikummm dan selamat pagi sabtu~firstly,hari ni aku nak cakap dengan bangganye,aku bangun pukul 12.HAHA!sumpah penat semalam,dengan maharajalawak akhir tak dapat tgk,lepas tu,terus amik fixie jalan jalan tanpa tujuan macam orang gila kat Bandar Perda.haha.tapi memang seronok gila lah.XD


INI FIXIE SAYA.;DD


jadi mangsa ragut memg popular kan?haha.bukannya aku mintak nak jadi mangsa ragut nie or nak jadi peragut,tapi memang terbukti ia akan meningkatkan kepopularitian anda sendiri.kenapa aku cerita macam tu??lets share my story,okey.Haritu,aku berkesempatan pergi ke UiTM Kedah kampus Merbok.memang jauh gila la kan,sebab kitaorang dari UiTM Bukit Mertajam nak pergi UiTM Merbok memang jauh gilaaa!!
tapi atas dasar kawan,aku dengan berbesar hatinya teman membe aku pergi jumpe adik dye,walaupun aku pokai time tu.bhahahaha.


Dengan sakit pingangnye,akibat naik bas lompat,yang asik terlompat lompat mngelak lubang,kami akhirnya smapi kat tempat yang dituju.pertama aku nak cakap kat sini,UiTM Merbok ni memang besar gila lahh!bangunan pun cantik cantik,kemudahan bnyak,rasanya macam duduk universiti la.tapi korang mesti jeles gila kan sebab UiTM kitorang nie ada spesial kes sket.sebab,kalau kelas pukul 9,pkul 9.10 baru kitaorang pergi,sebab jarak hostel dengan kampus memg dekat,dan tak pyah bersusah pyah,bngun awal.HAHA!


smpai je kat pondok pakguard tu,kawan aku nie terus tnya,nak masuk nak jumpe adik. memang tak dapat la kan,ingat senang je,nak masuk,selamba lamba,macam rumah persinggahan.tapi then bila dye cakap adik dye mangsa ragut.pakguard tu terus gelabah.haha.aku pun tak tahu,asal dye macam tu.macam kitaorang nie pulak peragut tu.hahahaha.then tak lama lepas tu,pak guard tu suruh kitaorang tunggu kejap,sebab ada pegawai nak datang jemput.wahhhh!! terus ada pegawai nak jemput,memang gempak la kan,dari tak dapat masuk terus jadi VIP.haha.tu la aku cakap,untung jadi mangsa ragut nih.



UiTM KEDAH ! BYE!!



COCLUSION:jom ramai ramai jadi mangsa ragut.HAHA!




Manchester United.Glory,glory,Glory!!

Entry kali nie nak citer pulak tentang kejayaan pasukan kesayanganku iaitu Manchester United.HAHA~ sapa,kata manchester united nie,tak power.cecakap.cecakap*terpengaruh ngan hantu kak limah la nih.bhaha.kejayaan nie memg dapat dijangka.sedang asyik,pasukan lain membeli belah sambil membuang duit untuk mendapatkan pemain terhebat untuk merebut kejuaraan.nyata perjuangan mereka sia sia belaka.mestie pasukan pasukan seperti Chelsea,Arsenal,Liverpool,Totentham dan Manchester city,cemburu gila.apabila Mancester United ,dinobatkan sebagai juara dua kali berturut turut.Manchester United,tak payah nak beli bnyak banyak pemain ternama.cukuplah yang ada sekarang.Paling aku kesian kat Manchester city dengan Chelsea yang terpaksa menggunakan dana yang banyak untuk memebeli pemain yang tidak berbaloi,seperti dilakukan oleh Chelsea untuk mendapatkan fernando torres.langsung tak berbaloi lah.HAHA*mungkin takde rezeki kot~tapi aku salute gak la dekat Tontenham,walaupun,team dorang tak kaya dan tak mempunyai sejarah yang tersendiri,namun mereka mampu menempa kejayaan ini terbukti apabila mereka mampu menjejaki ke liga juara juara hingga ke peringkat suku akhir.aku rasa maybe perebutan juara liga pada musim depan pasti sengit dengan kehadiran pasukan yang menempa naik serta pembelian beberapa pemain terkenal.Kali nie aku nak tunjukkan detik detik kemenagan semasa ditabalkan sebagai juara Barclays Premier League sebanyak 19 kali dari dahulu hinggalah sekarang.


1907-1908

1910-1911

1951-1952

1955-1956

1956-1957

1964-1965

1966-1967

1992-1993

1993-1994

1995-1996

1996-1997

1998-1999

1999-2000

2000-2001

2002-2003

2006-2007


2007-2008

2008-2009

2010-2011

Barcelona Vs Manchester United

Yeah!marilah ramai-ramai menyokong Manchester United dalam perebutan liga juara-juara,sekurang kurangnye,ada jugak la,wakil dari England kan??hee:C.tapi aku sebenrnye tak berapa confident dengan kemampuan Manchester United nih bila bertemu Barcelona.HAHA! ape apehal pun. Gud Luck tOOO...
 MANCHESTER UNITED dan ALEX FERGUSON.



.

Seit0 college for Diploma and Multimedia Design

Harap maklum!Post ini adalah sebagai makluman sahaja untuk para penggiat blogger serta kepada kawan saya yang ingin mengetahui lebih dekat mengenai Diploma in Multimedia Design di Saito College yang terletak du New Town,Petaling Jaya,Selangor Darul Ehsan.Untuk makluman Saito College,adalah berasal dari jepun yang menawarkan pelbagai jenis bidang yang memerlukan kepakaran dari tenaga tempatan. Berikut adalah kata-kata pendahuluan daripada Saito College.

At SAITO we don’t just do things right, we endeavour to do it exceptionally well! We have over the past 21 years built a strong reputation on the capabilities of our graduates in the fields of Graphic Design, Interior Design, Multimedia Design, Business Information Technology and Security Management.








'Tuntutlah ilmu dari buaian hinggalah ke liang lahad'





Tag From M.I.I.Z.A.S.U.K.I

Rasa macam dah dua abad tak mengupdate Blog.tengok follower pun dah tahu an??tak berganjak langsung dari kedudukan yg lepas.HAHA~.hmmm..entah la.rasa macam takde mood gila.bila asyik memikirkan tentang result untuk Final.Haishh..tapi sabenarnya nak mintak maaf sangat sangat kat MIIZA SUKI sebab tak dapat nak berikan komitmen yang anda berikan.Mintak maaf sahaja,yang saya mampu ucapkan.ahaha~;D

Cuak kot result final!!*tu la,banyak sangat main main

 5 names that friends call
 Hairul
 Elol
 Erul
 nizam
 izam

b)5 most important dates in your life
 21 JANUARI
15 MAC
 17 MEI
 2 SEPTEMBER
 Harihari Penting Yang Melibatkan Cuti.Yeahhh~


c)5 thing you have done yesterday
 Baru lepas C.L.A.S.H.*Sadis k0t
  Pergi pasar malam
 Bermukabuku
 Marah adik buat sepah
 Tolong mak masak.heee;c

d)5 ways to be happy
 Beribadat
 Tolong mak
 Bermukabuku
 Dating*dulu je
 Makan Cendol dengan Miiza Suki

e)5 gift you would like to receive
  blackbery,bluebery pun bole jugak.XD
 Lappy apple
 Orang belanja cend0l
 Result yang gempak
 Duet,money,wang*HAHA~

f)5 favourite hobbies
 Berbolasepak
 Bermukabuku
 BerblogBlog
 Bermainmain
 Bertolongtolong

g)5 places you want to go for vacation
 Sabah
 Sarawak
 Selangor pun oke jugak
 Rumah,bole main lappy
 Heaven kot*tapi untuk selamanya la.

h)5 favourite drinks
 Mestilah Cendol
 Teh ais
 Milo ais
 Minuman yang manismanis belaka
  Air masak.tu pun kalaw mak yang suruh.*bhaha

i)5 things you always found in your room
 Saya Takde bilik kat rumah.
 Saya Takde bilik kat rumah.
 Saya Takde bilik kat rumah.
 SayaTakde bilik kat rumah.
Saya Takde bilik kat rumah.

j)5 favourite clothes colour
 Colourless
 Pink
 Putih
  Blue
 Rainbow

k)5 favourite people
 Mak
 Abah
 Adik Lelaki
 Adik Wanita
 Kawankawan

l)5 hangouts
 Sunway Piramid
 Summit
 Mid Valley
 Jusco Bukit Mertajam
 Megamall Pulau Pinang

m)5 person u love so much 
 Mak
  Abah
 Adik Lelaki
 Adik Perempuan
 Kawankawan* copy paste

n)5 reason why you answer this survey
 Telah ditag cik Miiza Suki 
  Suka Suki
 Entah
 Boring taktahu buat apa
 Mengisi masa lapang



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...