Graduan Tempatan Gagal Tepati Kehendak Majikan.

Saban tahun beribu graduan yang dilahirkan oleh beberapa institusi pengajian tinggi di Malaysia. Walaupun begitu dikatakan hanya segelintir sahaja yang benar-benar memenuhi aras penyampaian yang ditetapkan oleh pasaran pekerjaan. Mengapa begitu? Berikut adalah artikel yang ditulis oleh Mikhail Raj Abdullah;
Graduan yang lahir daripada sistem pendidikan Malaysia gagal memenuhi kehendak bakal majikan kerana kekurangan kemahiran berfikir secara kritis dan lemah dalam berkomunikasi.
Graduan Malaysia
Ini telah menyebabkan majikan perlu menyediakan latihan tambahan untuk menyesuaikan mereka ke dalam skop kerja masing-masing manakala ramai graduan perlu menerima pekerjaan yang tidak sesuai dengan kelayakan mereka.
Perunding pendidikan, sumber manusia dan pengambilan pekerja yang berpangkalan di Malaysia, merasakan terdapat keperluan asas yang kukuh dalam pemikiran kritikal dimasukkan ke dalam sistem pendidikan sebagai usaha menyediakan generasi akan datang untuk pasaran pekerjaan.
Pengurus negara Manpower Staffing Services (M) Sdn Bhd Sam Haggag berkata terdapat jurang yang ketara antara apa yang dihasilkan sistem pendidikan Malaysia dengan apa yang dicari majikan.
"Ini telah menyebabkan enam daripada 10 graduan dari universiti-universiti Malaysia mengambil masa sehingga enam bulan untuk mendapatkan pekerjaan. Sebanyak 40 peratus lagi mengambil masa yang lebih lama lagi," kata Haggag, yang syarikatnya menyediakan penyelesaian tenaga kerja yang termasuk pengambilan dan latihan.


"Pengambilan merupakan satu cabaran yang berbeza memandangkan universiti-universiti mengeluarkan graduan yang tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk memasuki tenaga kerja. Daripada konteks tenaga kerja, kami dapati bahawa tujuh daripada 10 graduan yang datang untuk temuduga pengambilan gagal ujian kecekapan Bahasa Inggeris yang ditetapkan oleh pelanggan kami.
"Kurang penguasaan dalam Bahasa Inggeris mengehadkan kebolehan mereka untuk berkomunikasi di luar sempadan Malaysia dan ini mengurangkan keyakinan mereka dan mengurangkan keupayaan mereka untuk menambah nilai di tempat kerja," katanya.


Ketua Pegawai Sumber Manusia Hong Leong Bank Ramon Chelvarajasingam berkata ramai graduan baru yang muncul daripada sistem pendidikan Malaysia tidak mempunyai kemahiran pemikiran kritikal yang diperlukan untuk bersaing dalam dunia yang sentiasa berubah dan menjadi semakin kompetitif.
"Kaedah dan teknologi-teknologi baharu memaksa orang ramai untuk beroperasi di luar zon selesa mereka. Di negara-negara pesaing kita, profesional muda lebih maju dalam pemikiran kritikal, berinovasi, berfikir di luar kebiasaan dan mempunyai inisiatif pembangunan berterusan berbanding dalam Malaysia," tegasnya.
Beliau berkata hari ini, kebanyakan majikan mencari graduan dengan tahap keyakinan yang tinggi yang terdedah kepada bidang khusus di luar pengajian akademik mereka.


"Graduan baru ini tidak akan memberikan anda jawapan daripada buku teks, tetapi akan, melalui jawapan mereka, memaparkan pemikiran secara global dan menunjukkan pemahaman trend yang bergerak di dunia. Majikan biasanya bersedia untuk membayar gaji yang lebih tinggi bagi mendapatkan "sekutu global" dalam organisasi, kata Ramon.
Pengarah Prospect Consulting Sdn Bhd Nina Adlan, yang menyediakan khidmat nasihat kepada institusi pendidikan yang berhasrat menubuhkan kampus cawangan di Malaysia, berkata beliau mendapati ‘ketidakselarasan’ antara apa yang graduan nyatakan dalam vitae kurikulum (CV) mereka dan mereka secara realiti.


"Apabila kita mengambil mereka, kita mempertimbangkan cara graduan bertutur dan menggambarkan diri mereka yang lebih penting daripada apa yang ada dalam CV. Apa gunanya mempunyai keputusan akademik yang baik apabila mereka tidak boleh berkomunikasi, tidak boleh berbual dengan lancar dan tidak mempunyai keyakinan? " kata beliau.Haggag berkata satu sebab kurangnya keyakinan yang terbukti dalam graduan muda adalah institusi pendidikan tidak memberi tumpuan yang secukupnya kepada usaha melengkapkan mahasiswa dengan kemahiran yang akan membolehkan mereka berfikir di luar kebiasaan dan menyesuaikan diri dengan permintaan dunia pekerjaan.


"Antara sebab-sebab mengapa mereka yang baru muncul dari sistem pendidikan tempatan tidak memenuhi standard majikan adalah sistem itu sendiri. Ia tidak jauh berbeza daripada UK, yang bertumpu kepada guru dan fokus kepada pembelajaran hafalan dan kurang penekanan terhadap aplikasi praktikal. Sistem ini juga memberi tumpuan kepada pencapaian individu dan kurang kepada prestasi pasukan, jadi tidak banyak peluang kepada pelajar untuk memperoleh kemahiran interaktif.


"Ia sama di Malaysia, di mana sistem cenderung kepada mereka yang mencapai keputusan baik dalam peperiksaan, yang tidak semestinya cara yang terbaik untuk mengukur mereka dalam mengambil bekerja," katanya.
Ramon berkata institusi pendidikan perlu mewujudkan ‘suasana pembelajaran’ yang menggabungkan pendekatan pengalaman dan pendedahan kepada ilmu yang meluas di luar skop teori akademik.
"Bahan buku teks tidak membantu mereka menghadapi cabaran perniagaan yang sentiasa berkembang. Mereka perlu didedahkan kepada perubahan trend dan tingkah laku, dan perlu diajar kemahiran seperti kreativiti, pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan penyesuaian.
"Mereka juga perlu diajar bagaimana untuk menjadi berpengetahuan di peringkat global, yang menunjukkan bagaimana untuk menghubungkan apa yang mereka belajar dengan apa yang sedang berlaku di seluruh dunia," kata beliau.


Nina berkata jika Malaysia mahu melahirkan lebih banyak graduan yang boleh mendapat kerja dengan kemahiran menyelesaikan masalah dan kreatif, semua pihak yang terlibat dalam pendidikan perlu bekerjasama untuk mewujudkan budaya yang meletakkan nilai yang tinggi pada pemikiran kritis dan kreativiti untuk menggantikan yang ada sekarang ini yang memberi tumpuan kepada pemindahan maklumat dan keputusan akademik.
Beliau berkata graduan yang menghadiri temu duga seringkali ditanyakan soalan yang memerlukan mereka untuk "berfikir di luar kebiasaan" yang memerlukan keupayaan pemikiran kritikal.
Tinjauan di Internet mengenai soalan-soalan temuduga yang paling kerap ditanya menyediakan pemahaman kepada "dunia nyata" di luar sana.


Dengan soalan-soalan seperti: Apa anda cari dalam pekerjaan? Mengapa kami perlu mengambil anda? Takrifkan kejayaan di tempat kerja? Sejauh manakah pendidikan anda menyiapkan anda untuk pekerjaan ini? Kenapa penutup lurang pembetungan bulat?
Nina berkata asas untuk generasi akan datang berdepan dengan soalan ini dan soalan-soalan lain dan berada pada kedudukan untuk menangani keadaan kerja tanpa perlu untuk merujuk manual (jika ada), adalah untuk meletakkan asas yang kukuh di peringkat sekolah bagi mereka datang mengadakan strategi dan penyelesaian yang boleh menjadi unik dan sesuai untuk setiap situasi.
Ini, kata beliau, akan membantu membuka jalan untuk mencapai usaha Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju dengan tenaga kerja yang diperlukan yang akan memenuhi keperluan industri dan negara.
Sumber : BERNAMA,eputra

Selamat Datang Minggu Final Exam .





Assalamulaikum W.B.T. Selamat datang minggu exam.Woot3. Kali ni aku bearzam nak buat betul-betul.Tak nak main-main dah.Persetankan orang nak kata aku ni ulat buku ke,bajet pandai ke.Yang penting biar aku kalah berusaha bukan kalah tanpa berbuat apa-apa. Hopefully segalanya berjalan lancar. Aminn.


Macam kebiasaan untuk student Universiti.Mereka akan berazam dan berazam untuk setiap kali peperiksaan. Tapi ada yang angan-angan je lah.kalau usaha pun haprak takde. So banyakkan berazam,Bukan sahaja azam.Doa dan Tawakal pun kena lah seiringkan..



Bak kata pepatah.Biar kita kalah berjuang.Jangan kalah kerana cepat mengalah tanpa sebarang usaha.



Terlajak perahu boleh berundur,Terlajak Facebook Timeline buruk padahnya !

Assalamulaikum W.B.T .InsyAllah lagi sebulan,aku bakal mengakhiri semester 3 akhir bulan 3 ni :D. Hope semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang kecelakaan .Hehe. Mesti banyak yang rimas tentang apa yang telah dilakukan oleh empunya Facebook. Siapa lagi kalau bukan mamat kat bawah ni !



Pangkah muka sama diaaa !Kahkah !


Nak tahu sebab ape ramai pangkah dia.Ni semua gara-gara beliau yang memperkenalkan Facebook Timeline kepada para pengguna.Dan ada desas desus menyatakan ,Facebook timeline bakal dikuatkuasakan mulai tahun ni. Kesian Mark zuckerberg kan? Kahkah.Dulu punya ramai la admire dia.tapi sekarang kena hina oleh para peminat sendiri.So tak perlu bersedih hati wahai Mark Zuckerberg.Terima je kenyataan .:P



Akibat perbuatan jenayah Mark Zuckerberg Dekat Facebook macam-macam ragam boleh aku perhatikan diantaranya :

Klik untuk Tumbesaran.

Sebenarnya banyak lagi yang boleh dijadikan bahan bukti akibat perbuatan Facebook Timeline ni.Nak tak nak kena lah Redha. adatlah lah kan.kita sebagai pengguna terpaksa menuruti kehendak majikan kann? Hahaha. Tapi sebenarnya best jugak guna facebook Timeline ni.Mengimbau kenangan lama .Kahkah.:D




Permohonan Kemasukan Politeknik Sesi Jun 2012





Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon untuk mengikuti program pengajian peringkat diploma  dan diploma lanjutan di Politeknik KPT bagi sesi Jun 2012.
Pengambilan pelajar ke Politeknik KPT diadakan 2 kali setahun. Pengambilan pertama di pertengahan tahun manakala pengambilan kedua di hujung tahun berkenaan.
Politeknik KPT menyediakan tempat pengajian untuk lulusan Diploma Politeknik KPT, lulusan Matrikulasi KPM, lulusan SPM, lulusan Sijil Politeknik KPT, lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT dan lulusan Sijil Kejuruteraan Pertanian PERDA-TECH.
Politeknik

 

Kategori Politeknik

Politeknik dibahagikan kepada 3 kategori :
  1. Politeknik Premier
    Program pengajian untuk melahirkan graduan yang berinovatif sebagai peneraju industri dan kebolehpasaran tinggi.
  2. Politeknik Konvensional
    Program TVET yang akan melahirkan pekerja berkemahiran dan berpengetahuan tinggi.
  3. Politeknik METrO
    Fokus kepada program pengajian yang berasaskan bidang perkhidmatan.

 

Senarai Program & Syarat Permohonan

Senarai program yang boleh dipohon dan syarat kemasukan yang diteteapkan adalah berdasarkan kelulusan pemohon;

 

Cara Permohonan

Permohonan ke Politeknik terbahagi kepada 2 kategori.

 

Permohonan Melalui UPU

Permohonan Melalui Politeknik

  • Permohonan terus ke Politeknik adalah untuk pemohon berikut :
    • Lulusan Sijil Politeknik KPT
    • Lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT
    • Lulusan Sijil Kejuruteraan Pertanian PERDA-TECH
    • Lulusan Diploma Politeknik KPT
    • Lulusan Kolej Matrikulasi KPM
  • Permohonan perlu dibuat secara dalam talian melalui Bahagian Pengambilan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
  • Sila rujuk laman web Politeknik.
  • Borang Permohonan Melalui Politeknik.

 

Tarikh Tutup

Permohonan kemasukan ke Politeknik KPT sesi Jun 2012 akan ditutup pada 2 April 2012.

 

Maklumat

  • Sila rujuk komen-komen di Permohonan Kemasukan Ke Politeknik Sesi Disember 2011 dan Julai 2011 sebagai panduan.
  • Sebarang pertanyaan berkenaan kategori Permohonan Melaui UPU boleh menghubungi UPU melalui Talian Hotline 03 8870 6767 atau Talian Am 03 8870 6755/ 6766 atau e-mel : upu@mohe.gov.my atau layari laman web UPU.
  • Sebarang pertanyaan berkenaan kategori Permohonan Melalui Politeknik boleh menghubungi Jabatan Pengajian Politeknik melalui talian 03-8891 9240/ 9255/ 9256/ 9257/ 9258/ 9259 Faks : 03-8891 9319 atau e-mel : pengambilan@politeknik.edu.my atau layari laman web Politeknik.

Sumber :eputra.com

Segmen:tambah follower sampai pening





Assalamulaikum W.B.T. minggu ni memang banyak join segmen.mungkin agak keterlaluan.kahkah.tapi takpe.niat kita ikhlas nak cari banyak pengetahuan dan pengalaman.so siapa-siapa nak follow boleh tekan link kat bawah ni.







SEGMEN:FOLLOWER BERTAMBAH KE BABBOM !!



Assalamualaikum W.B.T. nak join lagi segmen daripada cik Reena kita. Dia kata ,blogger lama kalau tak malu boleh join jugak.so dengan muka tebalnya saya join .kahkah. Harap dapat kongsi apa yang boleh dikongsi.:D


Tag: Aminn


Sapa nak join bole pergi sini:reena



'Segmen Jom Tambah Follower by NI'


Asslamualaikum W.B.T. Kali ni nak join lagi segmen menambah follower dari NI. Segmen ni mudah je.anda dikhendaki menyefollow sapa yang join segmen ni. so nak tag :



Ayuh joinnn sini :NI

Study week bukan untuk study tapi Balik kampung.:D


 

Assalamualikum W.B.T. Selesai sudah kesemua test yang terpaksa aku hadapi.Even pencapaian pada test yang terakhir ni agak mngecewakan tapi aku cukup bersyukur dengan anugerah yang diberikan ini.Cewahh.kahkah. Aku harap, semester 3 kali ni akan memberi sejuta satu kegembiraan kepada aku.Bukan apa.Aku ni bukan pandai macam orang lain.Tak study pun boleh dapat dekan. Tapi itu tak mematahkan semangat aku untuk menjadi seorang engineer yang berjaya satu hari nanti.:D .Biar lah kita repeat paper tu banyak kali.asalkan kita paham apa yang dipelajari.Ilmu kalau tak diamalkan pun tak guna jugak kan.


So cuti study week pun menjelang tiba. Banyak bende yang aku nak buat sebenarnya.tapi bukan kat kolej la. yang aku maksudkan banyak bende nak buat dekat rumah.Kalau aku lepak dekat kolej pun,tak ada guna jugak.Kalau attitude aku masih tak berubah dengan tido lewat pagi then bangun tengahari.Tapi solat subuh satu kewajipan.mestilah buatkan ?kehkeh. Kalau duduk kat rumah sekurang-kurangnya kita bolehlah berbakti dekat ibubapa kita kan.selain dapat meningkatkan pahala kita dengan berbakti disamping mereka.InsyaAllah.:)


So balik kampung nanti.aku nak habiskan bnyak masa dekat rumah dengan menomton tv. Kahkah.Almaklumlah dekat kolej kami ni,tak dibenarkan membawa tv. Waalaupun rasa boring yang teramat-amat sangat.Mujur ada laptop sedia menjadi peneman hati.huahua. And for lastly.Semoga perjalanan balik aku esok ke puchong akan diberkati Allah.InsyAllah .:D




Bila lah aku nak Bebaskan ?:D




"Segmen:Aku Ada Blog".



Nama Samaran sebagai Blogger: Muhammad Hairul Nizam Abdullah

Nama Blog: Este Blog :Pasca liku kehidupan aku dan kau saja.

Url Blog: http://hairulharimaumalayaa.blogspot.com/

Usia Blog: 23 Disember 2010 (setahun 3 bulan)



Dengan ini saya ishtiharkan saya Muhammad hairul nizam abdullah Kad pengenalan bernombor 920121-14-**** menyertai segmen ini.Kahkah.

Jom join: Tekan sampai lebam-lebam

Tarikh keputusan STPM 2011 diumumkan.








KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 akan diumumkan Rabu depan. 

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan di sini, hari ini berkata, calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai jam 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.

Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM ResultNo.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.
Menurut MPM, keputusan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai jam 12 tengah hari pada tarikh tersebut. 

Satu sidang media mengenai analisis keputusan peperiksaan akan diadakan pada tarikh yang sama pada jam 12 tengah hari di Dewan Besar, MPM, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor. 

Tahun lalu 50,602 calon menduduki peperiksaan STPM. Daripada jumlah itu, 46,817 orang adalah calon sekolah kerajaan, 1,266 calon sekolah swasta dan 2,519 calon persendirian. - BERNAMA





Sistem Dajjal hampir mencapai kesempurnaan.Awas !




Tahukah anda bahasanya sistem Dajjal yang ada di sekeliling kita sudah hampir sangat mencapai keSEMPURNAan untuk membolehkan dajjal ini keluar di Khurasan? Sekarang aku bagitau kau, apa dia itu sistem Dajjal:

1- sistem kewangan islam berjaya dihapuskan secara mutlak (agenda dajal berjaya) (dinar & dirham digantikan dengan sistem kertas yang tiada harga)

2- wang kertas berjaya digunapakai 1 dunia (sistem dajjal) (islam hanya meredhai emas & perak sebagai nilai matawang)

3- wang kertas akan digantikan beransur2 dengan wang elektronik (sistem dajjal) (dari duit emas dan perak bertukar menjadi duit kertas) (dari kertas bertukar menjadi duit digital) (kad kredit, kad debit, paypal, e-dagang, e-point, e-gold) (moneybooker, digital check)

4- berita2, media2, disampaikan & dikuasai oleh mereka yang bukan ahli (sistem dajjal) (CNN, ABC, BBC, Hollywood, Warner Bross, Disneyland,)

5- ekonomi dunia dikuasai ejen2 dajjal melalui YAHUDI. (VISA, MASTER CARD, AMERICAN EXPRESS, NYSE, DOW JONES) (Makanan segera jenama dunia, baru bulan lepas anda memakannya) (Pakaian berjenama, salah sorang keluarga anda dah memakainya) (Seluar berjenama, anda sedangpun memakainya) (teknologi terkini, anda sedang pun memegangnya)

6- pyramid agung dan pyramid dunia (milik golongan elit korporat) binaan pyramid merupakan salah 1 tanda dan ASBAB pastinya munculnya Dajjal. Pyramid merupakan salah 1 sistem terbesarnya... (sekiranya anda perasan, setiap bandar utama di setiap negeri di setiap negara di seluruh dunia sudahpun ada binaan pyramid) pyramid merupakan 1 saluran tenaga super hebat yang dapat disalurkan dan digabungkan di seluruh dunia... setiap pyramid akan memancarkan tenaga ke langit untuk tujuan keTENAGAan. dengan kaedah yang sama juga, Kubah2 masjid di seluruh dunia memancarkan tenaga yang sama hebat, bezanya Kubah Masjid banyak memancarkan gelombang positif dan kebaikan, saya cabar anda masuk ke masjid sekarang juga, dan anda pasti merasa tenang bila berada di pusat kubah, iaitu tepat di bawah lilitannya, kerana itulah bila kita sebagai Muslimin, masuk masjid hati pasti menjadi tenang... Dengan konsep yang sama, binaan pyramid juga memncarkan dan menyalurkan tenaga, dan anda sedia maklum, cahaya matahari yang pekat membahang dari jarak jauh, sungguhpun merbahaya, tetapi tenaganya digunakan untuk KEBAIKAN & MANFAAT manusia, dan anda kena faham, tenaga juga boleh dipesongkan untuk kejahatan... Pyramid ini salah 1 cabang sistem dajjal, sekiranya semua monumen pyramid di seluruh dunia, memancarkan tenaga pada masa2 tertentu dan terpilih, dan kekuatan yang dikumpulkan itu cukup pada "timingnya"... maka awaslah kemunculannya..
Lokasi pyramid ada di mana2, saya mulakan dengan pyramid zaman silam, itu sebablah bukan sahaja Nabi Muhammad memesan pada umatnya tentang bahaya kekuasaan Dajjal, malahan nabi2 terdahulu pun amat risau tentang dajjal ini, kalau2 dia berjaya muncul... dan malangnya, tiada 1 sejarah pun merekodkan yang Dajjal berjaya keluar dari kurungannya, apakan lagi merantau seluruh dunia untuk menjalankan agendanya... tiada 1 pun rekod di masa silam menunjukkan Dajjal itu pernah keluar dahulu, dan anda atau anak2 andalah yang bakal merasai bahangnya lagi 41 tahun aje lagi, atau lebih awal lagi...


Bersambung balik, lokasi Pyramid lama:
-Mesir (lebih dari 3 bijik)
-China (banyak binaan pyramid tapi tak sempurna)
-Jawa (banyak binaan pyramid tapi tak sempurna)
-Dasar laut selatan Jepun (banyak binaan pyramid tapi tak sempurna)
-Mexico (banyak binaan pyramid tapi tak sempurna)
-Tamadun Maya (banyak binaan pyramid tapi tak sempurna)
-Eropah (banyak binaan pyramid tapi tak sempurna)

lokasi Pyramid moden:
-KL (Public bank, Sunway, Damansara, Ambank)
-Dubai
-Hollywood
-Semua bangunan korporat (perhatikan puncaknya mesti ade pyramid)
-anda cariklah sendiri dah bersepah2 sekarang...

Anda mesti ingat bahawa ada hadis sahih riwayat muslim merekodkan, bahawasanya dalam banyak2 kekuasaan dajjal ini, dia dapat menguasai angin, dan hujan, dan bumi, (diperintahkan hujan jangan turun, maka matilah ladang2 semua kering) dia dapat menghidupkan mayat yang mati kembali hdiup... (maka hidup kembalilah ibu dan bapa manusia yang lama meninggal) Tahukah anda, agaknya apakah sistem dajjal yang membolehkan dia hebat seperti itu, ini bukan sihir...ini adalah teknologi, dan teknologi dia adalah sistemnya itu yang menghampiri keSEMPURNAan, dan dia hanya akan muncul bila sistem itu muncul, dengan kata lain, dengan sifat2 sistem itu dia dapat mengusai dunia, dan menghasut dan menfitnah dunia supaya sujud sembah padanya, bagi manusia2 yang lemah imannya, itulah sebabnya mengapa Nabi Muhammad pesan pada kita, baca 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi, dan, baca 10 ayat terakhir Surah Al-Kahfi, maka diri anda akan terlindung... terlalu banyak rahsia di sini, dan kalau diceritakan habis, maka ramailah yang akan menganggap saya ni kononnya: gila, munafik, penipu, meng-ada2kan cerita.... padahal ini adalah nasihat saya kepada seluruh warga Muslimin...


Kehidupan Aku Seorang Pelajar.






Assalamulaikum W.B.T. Salam pagi selasa yang sungguh indah.Harini macam biasa.bangun pagi. gosok gigi.pakai baju.pakai seluar pakai kasut. Bla3 blablaablaa. Tapi yang syoknya harini.hanya satu kelas saje yang perlu dihadiri .itupun satu jam. Nak tahu sebab ape? modul 3.untuk part three menuju ke pengakhiran. Banyak yang aku boleh belajar semester ni. Even baru semester 3,aku cukup bersyukur tiada masalah yang cukup besar yang aku hadapi dengan dorongan kawan-kawan dan ibubapa.;D. Macam biasa. kehidupan seorang pelajar memang mencabar dari pelbagai aspek.kalau tak kuat iman serta tanpa dorongan kawan-kawan dan ibu bapa.tidak mustahil ada pelajar yang bunuh diri sendiri akibat tekanan yang melampaui.Emosi amat penting dalam menghadapi situasi sebegitu.Alhamduliilah.aku dapat hadapinya.



Bila kita cerita pasal, kehidupan seorang pelajar yang terpaksa menghadapi pelbagai saringan untuk bergelar mahasiswa adalah amat sukar.mungkin pernah kita dengar guru-guru dekat sekolah sering berkata.Belajar dekat Universiti lagi senang berbanding belajar dekat sekolah. Em! aku rasa lah kan.Macam lebih kurang je. Mungkin ape yang dikatakan cikgu tu betul.tapi pada dasarnya.ia terletak kepada kemampuan individu tersebut dalam menangani perkara dengan baik dan sistematik. Disekolah,kita dibimbing oleh guru,kadang-kadang tu dirotan, dimarah dan didenda. Tapi sekarang baru aku sedar.mengapa mereka buat begitu kepadaku dulu.tugasnya mereka hanya mendidik dan selebihnya terletak dibahu para pelajar tersebut. So jangan kata cikgu-cikgu disekolah tu jahat dan garang. Dan kita kena tahu pada zahirnya bahawa tugas mereka hanya mendidik bukan mengherdik.



 Pengalaman pindah ke 10 sekolah cukup mendewasakan aku. Aku kenal ape itu erti kesusahan, kesetiaan tanggungjawab dan sebagainya.Even aku bukan murid cemerlang dalam sekolah yang pernah aku menuntut ilmu.Banyak bende yang aku belajar.:D. aku pindah bukan berdasarkan tahap disiplin yang rendah dan sering membuat hal. Opss! tidak sama sekali. Please percaya.Saya murid yang baik. Kahkah. orang pernah cakap,Doa ,usaha dan tawakal. Tapi ramai orang yang tinggal dua perkara yang utama sedangkan perkara terakhir yang perlu mereka buat adalah tawakal,tidak sepenting doa dan usaha. Even kita bertawakal tapi Doa dan usaha tidak mengiringi kita.pun tidak boleh jugak. Ingat kita hidup didunia berlandaskan seorang Islam.Islam mengajar kita pelbagai bentuk persediaan samada diukhrawi dan duniawi. So sebab tu kita tidak boleh membelakangkan agama dalam menggapai cita.Even kita berusaha bagai nak rak pun. kalau tanpa doa dari kedua ibu bapa untuk merestui segala apa yang kita belajar pun tak guna jugak. So macam apa yang aku katakan.. DOA,USAHA,TAWAKAL harus diselarikan,InsyaAllah.:)



"Segmen Tambah Follower Tanpa Blogwalking by MD".



Assalamualaikum W.B.T.Rasanya dah lama tak join segmen-segmen meningkatkan follower ni .So sedang sibuk membelek buku.Tiba-tiba rasa nak join pulak segmen ni.Kahkah.:D. So aku nak tag dekat membe membe aku yang terpilih.Beliau adalah :



Siapa-siapa yang rasa nak tingkatkan follower tu,boleh klik banner diatas tanpa segan silu. Hope.semuanya berjalan lancar.Hahaha. Babai.:(Y)


Permohonan Skim Pinjaman JPA Yuran Pengajian Ijazah Pertama Luar Negara 2012.

Permohonan Skim Pinjaman JPA Yuran Pengajian Ijazah Pertama Luar Negara 2012








Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menawarkan kemudahan pinjaman yuran pengajian untuk pelajar yang sedang belajar di universiti luar negara bagi program pengajian ijazahpertama. Kemudahan pinjaman yang disediakan adalah berkonsepkan cost sharing di mana JPA akan membiayai yuran pengajian sahaja tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM 250,000.00 seorang bagi Program Pinjaman Khas Perubatan dan maksimum RM 200,000.00 seorang bagi Program Pinjaman Biasa.
Sementara itu lain-lain kos seperti bayaran yuran pengajian yang melebihi daripada jumlah pinjaman, sara hidup, rawatan kesihatan, tambang perjalanan, alat tulis, buku dan kerugian pertukaran wang asing adalah di bawah tanggungjawab pelajar sendiri.

 

Jenis Pinjaman

Ada dua jenis pinjaman yang ditawarkan iaitu:
  1. Pinjaman Khas Perubatan
  2. Pinjaman Biasa



Sumber :eputra.com

Bagaimana nak kuasai bahasa inggeris dengan Baik ?

Assalamualikum W.B.T. Tengok tajuk entry dah tahu kan ape yang nak diceritakan?Hehe. Korang ada solution yang terbaik tak untuk kuasai bahasa inggeris aka bahasa penjajah ni dengan baik? aku ni bukan nak kata prejudis dalam bab berbahasa inggeris ni.Kadang-kadang kita tak confident ape yang kita ucapkan tu,betul atau tidak.lebih teruk lagi kalau ,kita berbahasa Inggeris dengan confidentnya,tapi kawan-kawan lain.mentertawakan kita ?Sumpah malu doh!.Bukannye tak pernah belajar basic for English sejak sekolah.Tapi entah lah,otak aku dah benak dengan bahasa inggeris ni.Mungkin aku ni anak melayu sejati kot.Sebab tu tak boleh accept kewujudan bahasa inggeris ni. Haha.





Sejak dari darjah satu sampai tingkatan  6 dibawa ke universiti.Aku memang tak tahu nak differentiate,ape itu  bahasa inggeris dengan perkataan yang lebih mudah.Dalam erti kata lain.Kalau korang kutuk aku dalam bahasa inggeris pun aku mampu tersenyum ,bagaikan korang hamburkan pujian dekat aku.So rajin-rajin berbahasa inggeris kalau ada yang tak puas hati dengan aku tu eh. aku pun tak tahu apa yang releven sangat sampai ramai nak agungkan bahasa inggeris.Haha. Disebabkan kebencian aku terhadap bahasa inggeris ,aku dengan lebih angkuh mngutuk bahasa inggeris walaupun,di Universiti aku bahasa Ingeris merupakan bahasa perantaraan. Sori Mr.English !hehe.:D



Dah macam-macam bende aku buat,baca novel bahasa inggeris ,dengar lagu bahasa inggeris tengok movie bahasa Inggeris dan Blaa..blaablaablaa..Tapi apa yang aku dapat hanya kehampaan sebab tak paham pun. Dan satu realiti yang korang kena tahu adalah aku tak suka bukak kamus.Sebab tu lah kot.Hehe. itu memang kesalahan utama.So lepas ni akua akan merajinkan diri aku untuk bukak kamus dwibahasa oxford yang baru dibeli melalui voucher dengan tekunya tanpa prejudis.Doakan. Hahaha. :)









Ke Penang :Bayar RM45.00,Naik Bas sekolah,Halaju 80k/m .Cool do!



Ini Gambar Hiasan.Nanti kena saman pulak aku.:D


Assalamualikum W.B.T.macam biasa lah,blog dah berhabuk.Malas nak cerita,sebb perenggan yang pertama pada setiap entry yang aku tulis mesti pasal blog bersarang,berhabuk,tak terjaga bla..bla..dan blablabla.:D. Bukan ini yang aku nak bagitahu. Cuti tahun baru cina yang lepas.merupakan pengalaman paling teruk yang aku hadapi bersama membe aku.Sebenarnya bukan,peristiwa ni je yang merupakan pengalaman buruk aku.Banyak lagi.InsyAllah ,entry lain aku akan ceritakan dengan lebih detail lagi.so lets start the story.:)

Untuk pengetahuan korang,aku memang tak suka beli tiket awal-awal ni.Sebab ape yang aku tahu.ada stesyen bas mesti ada tiket punya,dan aku tak pernah tempah atau booking dari pada agensi-agensi lain.sebab aku rasa buang masa.Kadang-kadang ,tiket yang kita beli awal pun tidak akan menjamin yang kita akan dapat bas terbaik dari pihak tersebut.jadi inilah sikap aku.*sila jangan contohi.:).Seperti kebiasaan Pudu sentral menjadi lokasi untuk aku balik ke Penang.


Dekat Pudu Sental ni,memang senang gilaaaa! dapat tiket.Aku takkan beli tiket dekat ulat-ulat tiket.Nak kenal ulat-ulat tiket senang je.Mereka yang beraksi di sekitar perkarangan pudu sentral adalah ulat tiket yang sering mencekik darah para pengguna yang ingin pulang ke kampung.Aku dah pernah terkena so.Pengalaman lepas mengajar kita erti penyeselan.Cewah,nak bermadah pulak. Hahaha.self sense kena kuat kalau nak kenal ulat tiket ni.



Memang Bermaharajalela ulat tiket kat sini.



Seperti kebiasaan aku akan dihantar oleh bapak aku ke Pudu sentral.Bukan nak bermanja atau ngada-ngada,sebab kalau bapak aku sibuk,aku akan pergi sendiri.Anak abah kan dah besar. Hahaha.Dah umur 20tahun pun.:D. So aku dan membe aku pun beli tiket dekat kaunter yang berada diaras dua.Masuk-masuk je.memang ramai gilalahhh. Dengan berbagai-bagai bangsa kat situ.Dah ,macam ape ntah.Tuhan je tahu azab aku kat situ.Then aku pergi kaunter ke kaunter.



Kaunter yang dipenuhi orang ramai ketika cuti umum.Try tengok.:)


Berikut adalah  perbualan Aku dan si penjual tiket:

Aku: Bang tiket ke penang,pukul bape?
Kaunter 1: 4.30.
Aku: tak pe,bang survey tmpat lain (memang tak lah kan.aku datang pukul 2.00.mestlah nak bas awal)

Aku:kak tiket ke penang pukul bape?
kaunter 2:Sekarang! harga RM45.
Aku: takpe lah survey tmpat lain dulu.
Kaunter 2: tiket memang takde dik.yang ni pun bas tambahan.
Aku: takpe2 kejap lagi saya datang.

Selepas tu,aku tanya kaunter tiket yang lain,semua harga melambung tinggi.Dua kali ganda.Pandai betul dorang ni kan?bila aku cakap kenapa tiket naik harga.Dorang cakap,sebab tahun baru cina.Excellent answer beb !nak tak nak kena naik jugak lah kan?masa semakin suntuk.Then pergi ke terminal tujuh yang dorang cakap kan tu.Tunggu dalam setengah jam,memang lama gilaaa! Dalam hati rasa macam kena tipu je.Oke tak pe sabar.Then rasa nak pergi tandas pulak.Bila dah masuk tandas tu,masyAllah,tuhan je tahu kekotoran tandas tu macammana.


tahi bersepah sepah.Dengan air takde.Tapi kena bayar 30 posen.Wahai pihak pengurusan Pudu Sentral yang diamanhkan rakyat dan kerajaan Malaysia .kalau tak de air.tak payah lah nak bukak tandas tu pada orang ramai.Nonsense doe !!memang tak jadi lah kan.Tiba-tiba membe aku cakap bas dah sampai.Memang lari pecut lah aku dari situ ke sana.Habis semua aku langgar.hehe.:D


Then! memang terkejut gila.BAS SEKOLAH ! terbaik dari ladang gandum lah.nak taknak kena naik.Hati rasa dah panas.dengan mat indon,bangla semuanye ada.Bising-bising dalam bas tu,annoying gilaa.Bukak lagu lah,cakap kuat-kuat lah.Hello ini malaysia.Aku ngan membe aku dah bengkekk je.Nak cakap ,nanti gaduh pulak.senyum je aku mampu buat .Bawak pun laju macam siput. 80k/m laju ke? tak setimpal dengan ape yang aku bayar lah.Senyum tak perlu kata apa-apa.:D



Jom  paksa senyum ramai-ramaii !


LUAHAN HATI BUAT EMAK





Firstly,nak bagitahu mak masak ikan keli masak cili api tadi,memang sedap sangat.walaupun agak lambat aku nak makan,dan mak asyik mengeluh sebab takde sape nak makan masakan mak tu.aku asik memarahi adik yang terlampau memilih makanan.tapi mak hanya memerhatikan saje.aku tahu,dihati seoarang ibu.masakan tidak,masakan yang dimasak penuh dengan titik peluh serta pengorbanan nye.tidak aku dan adik-adik hargai.aku sedar,yang aku adalah abang.abang yang bakal memimpin keluarga ini,apabila mereka tiada.aku tahu,sebab ape mak aku tidak mahu aku keluar malam,bergaul dengan budak yang tak tentu hala,melepak dan bersosial.aku tahu semua itu.emak nak aku jadi contoh yang terbaik untuk adik-adik ku yang masih kecil.ketahuilah mak,bahawasanye,aku sudah pandai untuk memikirkan baik dan buruk sesuatu.mungkin aku sering membentak kerana asyik dikongkong,dijaga bagai seorang anak kecil.aku hanya melihat kebebasan diluar sana.namun hakikatnye,aku tak tahu ape yang bakal akan terjadi luar sana.mak pernah berkata,rajin-rajin la belajar.nantie,boleh ubah nasib keluarga kita.ayah kaw kerja kilang je.mak teringin sangat nk tengok kaw berjaya.mak nak kaw pimpin keluarga kita nih.kalaw takde pelajaran,macam mana nak ubah keluarga kita.aku sedar semua tu.walupun keluarga kita tak pernah terputus makanan terputus hubungan.namun aku amat terkilan dengan kesungguhan ayahku bekerja,setiap hari dan balik lewat malam.sedang aku hanya tahu meminta sahaja.aku sedar semua tu.ingat lagi time kecil dulu,aku akan membentak,menangis meraung,berguling-guling dipasaraya.jika aku tidak dapat sesuatu yang aku ingini.mak dan ayah akan turuti kehendak ku,kerana mak tidak mahu menyesal jika aku tidak dapat ape yang aku inginkan.aku sedar nak jadi anak yang taat pada ibu bapa adalah tidak sesukar yang aku fikirkan.aku amat bersyukur memiliki ibu seperti mu yang sering kali menasihati ku tentang agama,sesungguhnye,nasihatmu itu sering ku abaikan,sering ku endahkan.namun ku tahu,agama dan pelajaran adalah pengubah hidupku.emak sering memarahiku,namun aku tahu dye sayangkan aku,dan mahu aku jadi yang terbaik untyk dirinya.aku tahu betapa sukar,hendak melahirkan seorang bayi,pengorbanan mu itu,tidak dapat ku balasi dengan hanya kata-kata namun segulung ijazah sahaja yang mampu kuhadiahkan jika itu yang mampu mengembirakan hatimu.aku sedar,tanpamu,aku tidak mampu untuk melangkah ke dunia ini,tanpamu aku tidak mampu menjadi insan yang berguna,tanpamu juga aku tidak mampu bernafas dengan sebegitu segar hingga ke hari ini.aku ingat lagi,rambutku disisir rapi,bajuku digosak tanpa sebarang kedut,bedak dipipiku putih mewangi.aku masih ingat lagi amanatmu,sebelum ku kesekolah,belajar betul,nanti boleh dapat no satu.mak pun bangga.seringkali aku termenung seorang diri.apakah pengorbanan ku selama ini sudah mencukupi,adakah aku anak yang dye harapkan selama ini,adakah aku sudah membanggakan dirinye.mungkin baginye sudah.tapi bagiku,aku belum puas untuk memuaskan hatinye.aku senantiasa mendoakamu.AMIN.





Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA 2012

 

 

Institusi Pengajian

Permohonan pinjaman MARA ini hanya untuk pengajian di beberapa institusi dan kolej yang terdapat dalam senarai yang disediakan oleh pihak MARA. Senarai tersebut boleh dilihat di bahagian Pendaftaran Pengguna Baru permohonan pinjaman MARA.

Permohonan Pinjaman

Permohonan pinjaman MARA ini boleh dibuat secaraonline atau dengan secara manual.

Secara Online

  • Permohonan boleh dibuat di EduLoan.
  • Pemohon perlu mendaftar di bahagian Pendaftaran Pengguna Baru.
  • Sila rujuk bahagian Garis Panduan Permohonan sebelum mengisi borang.
  • Borang permohoan perlu dicetak dan dihantar bersama semua dokumen yang diperlukan.

Secara Manual

  • Borang permohonan boleh didapati di EduLoan.
  • Borang boleh dimuat turun di bahagian eForm.
  • Borang yang telah lengkap diisi perlu dihantar bersama semua dokumen yang diperlukan.

Tarikh Tutup

Permohonan pinjaman MARA ini akan ditutup pada 15 Februari 2012.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan pinjaman MARA ini boleh dikemukan kepada;
Bahagian Penganjuran Pelajaran,
Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,
50609 Kuala Lumpur
Telefon: 03-26132015/ 03-26132016
Faks: 03-26915854
atau di mana-mana Pejabat MARA Negeri.

Rujukan:eputra
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...