Konklusi Semester 7, UiTM Shah Alam





Assalamualaikum. Alhamdullillah! Berakhir sudah semester 7 yang agak mencabar daya ketahanan mental serta fizikal aku. Hahaha. FYP 1, Alhamdulillah berjalan seperti yang dirancang. Terima kasih kepada supervisor yang banyak membantu dalam manjadikan projek FYP ini bakal menjadi kenyataan. Hehehe. Banyak yang boleh, aku pelajari hasil daripada semester 7 ini. Kawan-kawan yang banyak membantu. Disamping para pensyarah yang begitu komited dalam membantu para pelajarnya. Hehe. Berikut beberapa gambar yang mempunyai sejuta satu cerita. Saksikanlah.. Hahahaha..




Latihan industri di OCK Group Company (Steadcom Engineering)

Menimba ilmu komunikasi dengan company Steadcom ni memang terbaik. Dekat sini aku belajar dengan lebih detail mengenai Communication engineering. Pendedahan yang begitu luas terhadap ilmu networking. Sejak diploma, aku hanya belajar teori semata. Jika ada praktikal pun, mungkin dalam 10%. Sangat tidak releven dengan teori 90% yang kami belajar. Disini aku menegaskan bahawa saat itu, jika dibandingkan kami dengan budak politeknik, kami jauh ketinggalan. Bagai langit dan bumi. Masing-masing ada kelebihan. Tetapi, kami akui dalam bidang kemahiran, kami jauh ketinggalan. Terima kasih kepada George dan Syuqrat yang membantu. Kami bukan mendapat pengalaman berpraktikal sebenarnya, tetapi kami dapat pengalaman sebenar apabila bekerja di syarikat telekomunikasi. 




Boat Noodle time


Roti John Chesse sekilo. Aummmm!


                             
Kursus Mikrotik

Mikrotik. Hahaha. Sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Tetapi, kami batch paling teruk dan paling ramai failure nya. Hahaha. Aku akui, memang kami tak study langsung mengenai mikrotik tika tiba saat peperiksaan. Mungkin tidak sesukar CISCO, jawapan open book, open internet dan segalanya except tanya kawan. Tatapi, mungkin teknik kami mencari jawapan tidak betul. Itu yang memungkin sebahagian daripada kami gagal dalam ujian tersebut. "Kegagalan adalah satu kejayaan yang tertangguh" Hahahaha.



Anugerah Tokoh Siswa 2015 UiTM Shah Alam

Siapa sangka, Kelab Penyayang UiTM Shah Alam yang diwakili Saudari Athirah telah berjaya membawa dua anugerah yang tidak kami sangkakan. Selama aku, bersama Kelab Penyayang since Diploma, ini adalah kejayaan yang paling besar, pernah kelab penyayang dapat dalam peringkat seluruh UiTM. Kredebiliti saudari Athirah memang tidak perlu disangkal lagi. Petah berkata, pengaruh yang kuat, dan semangat kesukarelawanan yang tinggi, membuatkan aku kagum dengan pencapaian beliau. Aku berbangga menjadi sebahagian daripada mereka. Kelab Penyayang UiTM Shah Alam. Anugerah Tokoh Siswa dan Anugerah Tokoh Sukarelawan. "Sekali Penyayang, Selamanya Penyayang"



Anugerah Sukarelawan Harapan KPT 2015

Ini lagi satu anugerah yang paling aku tak sangka sepanjang aku bersama kelab penyayang. Hahaha. Anugerah Sukarelawan Harapan Kementerian Pengajian Tinggi 2015 yang berlangsung di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Gambang. For those yang mungkin tidak tahu, bukan mudah hendak capai hingga ketahap ini. Beberapa saringan perlu dilalui. Pengorbanan demi pengorbanan perlu dilalui. Hampir-hampir sahaja untuk mendapat Anugerah Tokoh Sukarelawan. Tetapi, kaedah penjurian yang agak berat sebelah, saudari Athirah terlepas untuk menggondol Anugerah utama tersebut. Mungkin bukan rezeki beliau. Husnudzon. Anugerah ini mungkin akan menjadikan Kelab Penyayang sebagai antara Kelab yang disegani di UiTM Shah Alam. Siapalah kami, hanya mengharap bajet HEP semata. Tetapi, kami buktikan, semangat kesukarelawanan kami mengatasi segalanya. 




Diploma UiTM Pulau Pinang Gathering @ Masita Steak House, Syeksyen 7.


Don't Switch Off Group camping @ Sungai Congkak, Hulu Langat


Program Sehari Berkasih, Kelab Penyayang UiTMSA bersama Rumah Saffiyah, Puncak Alam



Program Khidmat Komuniti: Dari Kampus Ke Desa

Pengalaman yang tidak mungkin aku lupakan sepanjang aku bergelar pelajar. Antara program yang paling besar yang pernah aku handle. Ada sampai satu tahap, aku memang nak putus asa. Mujur kawan-kawan banyak bantu beri sokongan. Daripada Program Kami Prihatin: Dari Mahasiswa Untuk Komuniti, seterusnya, majlis berbuka puasa bersama anak yatim dan akhirnya Program Khidmat Komuniti: Dari Kampus ke Desa. Terima kasih kepada kawan-kawan yang stick memberi buah fikiran dan idea sepanjang program berlangsung. Aku bukan lah seorang ketua yang baik. Maaf jika terdapat peristiwa yang mungkin membuatkan ada antara kita terasa. Jadikan penglaman itu sebagai satu pengajaran kerana diluar sana, lebih banyak cabaran yang bakal kita hadapi. Tahniah! Gais.


Mesyuarat bersama Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Klang



Lawatan ke Rumah Anak Yatim, Sungai Pinang, Klang.


Mesyuarat bersama Penghulu Mukim Batu di Pejabat Tanah, Daerah Kuala Langat



Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang berada di Kampung Tanjung Sepat


 Program Khidmat Komuniti: Dari Kampus Ke Desa


Majlis Berbuka Puasa bersama Kelas Communication (EE241M7A)


Majlis Berbuka Puasa Bersama Kelas (EE241C)


Majlis Berbuka Puasa bersama ahli Don't Switch Off This Group (DSOTG)


Majlis Berbuka Puasa bersama rakan taulan. Hahaha







Nukilan buat mak




Firstly, nak bagitahu mak masak ikan keli masak cili api tadi, memang sedap sangat. Walaupun agak lambat aku nak makan, dan mak asyik mengeluh sebab takde sape nak makan masakan mak tu. Aku asik memarahi adik yang terlampau memilih makanan.tapi mak hanya memerhatikan saje. Aku tahu, dihati seorang ibu, masakan tidak, masakan yang dimasak penuh dengan titik peluh serta pengorbanannya, tidak aku dan adik-adik hargai. Aku sedar,yang aku adalah abang. Abang yang bakal memimpin keluarga ini,apabila mereka tiada. Aku tahu,sebab ape mak aku tidak mahu aku keluar malam, bergaul dengan budak yang tak tentu hala, melepak dan bersosial. Aku tahu semua itu. Emak nak aku jadi contoh yang terbaik untuk adik-adik ku yang masih kecil. Ketahuilah mak, bahawasanye, aku sudah pandai untuk memikirkan baik dan buruk sesuatu. Mungkin aku sering membentak kerana asyik dikongkong, dijaga bagai seorang anak kecil. Aku hanya melihat kebebasan dan keseronokan diluar sana. Namun hakikatnya, aku tak tahu ape yang bakal akan terjadi luar sana. Mak pernah berkata, "Rajin-rajin la belajar. Nanti, boleh ubah nasib keluarga kita. Ayah kau kerja kilang je. Mak teringin sangat nk tengok kau berjaya. Mak tak dapat apa-apa, cuma tumpang bahagia je. Mak nak kau pimpin keluarga kita ni .Kalaw takde pelajaran, macam mana nak ubah keluarga kita". Aku sedar semua tu. Walaupun keluarga kita tak pernah terputus bekalan makanan dan terputus hubungan. Namun aku amat terkilan dengan kesungguhan ayahku bekerja, setiap hari dan balik lewat malam. Sedang aku hanya tahu meminta sahaja .Aku sedar semua tu. Aku ingat lagi masa kecil dulu, aku akan membentak, menangis meraung, berguling-guling dipasaraya. Jika aku tidak dapat sesuatu yang aku ingini. Mak dan ayah akan turuti kehendak ku, kerana mak tidak mahu menyesal jika aku tidak dapat ape yang aku inginkan. Aku sedar nak jadi anak yang taat pada ibu bapa adalah tidak sesukar yang aku fikirkan. Aku amat bersyukur memiliki ibu seperti mu yang sering kali menasihati ku tentang agama, sesungguhnya, nasihatmu itu sering ku abaikan, sering ku endahkan. Namun ku tahu, agama dan pelajaran adalah pengubah hidupku. Emak sering memarahiku, Namun aku tahu dia sayangkan aku, dan mahu aku jadi yang terbaik untuk dirinya. Aku tahu betapa sukar, hendak melahirkan seorang bayi, pengorbanan mu itu, tidak dapat ku balasi dengan hanya kata-kata namun segulung ijazah sahaja yang mampu kuhadiahkan jika itu yang mampu mengembirakan hatimu. Aku sedar, tanpamu, aku tidak mampu untuk melangkah ke dunia ini, tanpamu aku tidak mampu menjadi insan yang berguna, tanpamu juga aku tidak mampu bernafas dengan sebegitu segar hingga ke hari ini.aku ingat lagi, rambutku disisir rapi, bajuku digosak tanpa sebarang kedut, bedak dipipiku putih mewangi. Aku masih ingat lagi amanatmu. sebelum ku kesekolah, "Belajar betul-betul, nanti boleh dapat no satu. Mak pun bangga". Seringkali aku termenung seorang diri. Apakah pengorbanan ku selama ini sudah mencukupi, Adakah aku anak yang dia harapkan selama ini, adakah aku sudah membanggakan dirinya. Mungkin baginye sudah. Tetapi bagiku, aku belum puas untuk memuaskan hatinya. Aku senantiasa mendoakamu. AMIN.






SELAMAT HARI IBU SITI RAFEAH BINTI SA'ARI



Sepintas "Coretan sayang buat Kelab Penyayang"



Assalamualaikum W.B.T. Degree ku semakin menuju ke penghujung. Sedar tak sedar semester hadapan menjadi semester ke-6 ku di UiTM Shah Alam. InsyaAllah, berbaki 3 semester lagi aku akan menamatkan pembelajaranku dalam peringkat Sarjana Muda . Semakin lama aku menuntut, semakin banyak memori yang tercipta. Masakan tidak, dengan terlibatnya aku dengan komuniti Kelab Penyayang UiTM Shah Alam aku mengenali begitu ramai sahabat. Pengalaman ini sebenarnya modal aku untuk aku mempraktikannya di alam pekerjaan kelak. Sungguhpun, sesetengah pihak menganggap bahwa aktiviti kelab/persatuan adalah sangat memeningkan dan buang masa, tapi bagi aku ia adalah pengalaman yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Feel it, taste it. Hahaha. Btw, nak cerita beberapa buah gambar yang mempunyai catatan yang tersendiri, sepanjang menjadi jawatankuasa Kelab Penyayang. Mengenali mereka yang datang daripada pelbagai Fakulti seperti Kejuruteraan elektrik, mekanikal, kimia, seni bina perancangan dan ukur, seni reka, komunikasi media, sains gunaan, undang-undang, akaun, dan pengurusan perniagaan. Maaf kalau ada yang tertinggal memberikan sejuta satu  buah cerita. Cewah! Hahahaha.




Anual Grand Dinner

Merekalah antara rakan-rakan penyayang yang terawal aku kenali. Thanks guys. Sanggup terima aku, walau pada asalnya keahlian tidak dibuka untuk ahli baru ketika itu. Aku sangat hargainya. Saat mula-mula aku mengenali mereka terus terang aku katakan, mereka sangat profesional dalam mengutarakan pendapat serta kritikan. Sesungguhnya bekerja dengan mereka membuatkan aku lebih berpikiran terbuka. Fakta yang perlu aku akui adalah, berpersatuan di peringkat Degree dan Diploma jauh berbeza. Terima kasih beri pengalaman pertama itu. Semoga korang berjaya dalam bidang yang korang ceburi. Ada rezeki kita jumpa lagi. Amin.




Sesi photoshot

Menerima keluarga baru, selepas hampir kesemua ahli kelab penyayang yang lain telah menamatkan zaman universitinya. Bukan tugas yang mudah untuk menarik mereka ke kelab yang berkonsepkan kesukarelawan ini. Alhamdulillah, kami berjaya lakukannya. Terima kasih sebab sudi isi kuata yang telah lopong dek kerana kekosongan yang telah ditinggalkan. Hehehe. Tetapi terdapat segelintir daripada mereka terpaksa menarik diri atas sebab-sebab tersendiri pada semester yang berikutnya. Tak puas rasanya bekerja dengan mereka. Alhamdulillah dapat lagi pengalaman baru apabila bergaul dengan mereka yang terdiri daripada pelbagai fakulti. Miss it. :)
Batik Fun Walk 2014
Sengaja nak kongsi gambar ni. Hehehe. Walaupun, event ini agak simple tetapi ia banyak memberi pengalaman berguna buat kami. Dapat bergambar dengan YB KJ, isteri KJ lepastu Izzue Islam. Hahaha. Btw, semester ini ada buat event ni lagi. InsyaAllah, kalau takde aral, saya bakal menyusul ke program tersebut. Huhuhu.





Sidang Kemuncak Kelab Penyayang, A Famosa, Melaka
Masa ni serius sangat eksited bila dapat jumpa Puan Siti Safurra, iaitu penasihat Kelab Penyayang UiTM Pulau Pinang. Beliau sangat memahami kami. Menyokong segala aktiviti yang kami buat dengan penuh semangat walaupun beliau sudah berkahwin. Thanks, puan sudi datang. Btw, kami adalah "Kelab Penyayang UiTM Semalaysia" Hasil gabungan dua kelab penyayang UiTM Shah Alam dan UiTM Pulau Pinang. Hasrat aku sebelum ini nak mempertemukan dua kelab ini dalam satu event akhirnya tercapat. Best of luck Kelab Penyayang UiTM Pulau Pinang. Rindu Pesemboqqqqq wehhhh. Hahahaha.



Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2014

Majlis makan sampai kenyang dan majlis melaram. Hahaha. Kelab Penyayang tak dapat anugerah apa-apa pun. Tapi, kami tetap cool. Disamping puan Siti kami yang cantik molek. Hehehe. "We Love, We Care".




Pra-Kempen Senyum KTM
Perancangan yang rapi daripada saudari Athirah yang juga merupakan mantan YDP Kolej Delima membuatkan aku begitu teruja untuk  bekerjasama dengannya. Ideanya yang bombastic, membuatkan aku rasa kerdil sangat. Hahaha. Serius best, jenjalan dekat KTM KL Sentral, dan sekitar Sogo, rancang macam-macam bagi memastikan program tersebut berjaya dengan jayanya, Alhamdulillah, program tersebut berjaya seperti yang dirancang. Tetapi, ada sedikit konflik berlaku semasa ingin mendapatkan kelulusan daripada pihak atasan sehingga membuatkan beberapa perancangan kami terbantut. Program yang tak dapat aku lupakan sepanjang aku bergelar seorang pelajar.




Majlis makan beramai-ramai

Untuk mengumpulkan kesemua mereka ni bukan  mudah. Hahaha. Walaupun, meeting kami berlangsung hampir setiap minggu tetapi, kehadiran kami semua agak kurang memberangsangkan. Hahaha. Maklumlah, masing masing punyai komitmen yang perlu diselesaikan. Adat lah tu tak datang meeting. Huhuhu. Aku pun ada ponteng jugak. Hahahaha. Makan pizza, makan kek secret recipe yang first time makan, Hahahaha. Sedap sangat. nanti kalau terasa nak makan, akan aku beli kelak. Hahaha.






Konklusi Pasca Banjir Kelantan



We're Rock!



Alhamdulillah. Selesai sudah Misi Pasca Banjir Kelab Penyayang UiTM Shah Alam dengan kaloberasi bersama Kolej Anggerik. Satu pengalaman yang sangat berharga. Sangat berbangga dengan semangat yang telah ditunjukkan oleh para sukarelawan, walaupun pada asalnya kami tidak mengenali antara satu sama lain. Tetapi, atas dasar dan semangat kesukarelawanan yang tinggi, kami dapat bersama-sama menghabiskan tugasan yang diberikan dengan berjaya sekali. Tahniah sekali lagi buat para sukarelawan.


Sepanjang pemerhatian aku disepanjang laluan menuju ke Tanah Merah. Ramai lagi mangsa yang perlu dibantu. Bantuan daripada segi tenaga bagi mebersihkan sisa-sisa banjir yang mengakibatkan hampir seluruh Kelantan lumpuh dan teputus bekalan daripada dunia luar amatlah ditagih. Hasil penceritaan daripada mangsa sendiri, sudah cukup membuatkan hati aku sebak secara tiba-tiba. Masakan tidak, air naik hampir separuh tiang elektrik menyamai setinggi sebuah rumah satu tingkat, cukup membuatkan aku terfikir sebentar, bagaimanalah keadaan ketika itu. Mereka terpinga-pinga, bagai tidak mengerti apa yang berlaku saat tu. Meninggalkan rumah dalam keaadaan sehelai sepinggang demi menyelamatkan diri. 


Saat surutnya air banjir ketika itu, pasti hati mereka hiba melihat apa yang mereka lihat. Bukan mudah bagi mereka menerima hakikat itu. lebih-lebih lagi apabila nereka berasal daripada keluarga yang kurang berkemampuan. Mengharapkan ihsan pihak luar, amatlah dinantikan sebahagian besar masyarakat Kelantan ketika itu. Kini Kelantan seperti sedia kala. Walaupun tidak 100% dalam keadaan sebelumnya. Tetapi, sedikit sebanyak cukup melegakan penduduk setempat untuk meneruskan kehidupan seperti sedia kala. Semoga dipermudahkan urusan rakyat Kelantan dan pantai timur. Kami rakyat Malaysia sentiasa mendoakan kesejateraan rakyat Kelantan. Ada rezeki, kita berjumpa lagi.






Wefie sikit. Hehehe

Selagi menyempat. :p

Acah-acah sibuk. Huhu

Alololo. Semua comel. Hahaha.

Miss that moment.

Teammate paling terbaik! Seronok berkerjasama dengan korang

Isu Simbol salib di Taman Medan






Penduduk Kampung Medan yang menuntut supaya simbol salib itu diturunkan



Minggu ini kecoh dengan isu tanda salib di Taman Medan. Mana tidaknya, alasan yang diberikan penduduk setempat supaya simbol salib itu diturunkan ialah tanda salib itu mencabar akidah dan kepercayaan majoriti penduduk kawasan itu yang beragama Islam. Bagi manusia yang beragama islam yang punyai iman dan akidah pasti ia tidak terkesan sedikit pun. Umum mungkin mengetahui bahawa Taman Medan adalah sebuah kawasan kampung pada asalnya terletak di pinggir bandar. Sejak kerajaan Selangor dibawah pimpinan Khir Toyo sebelum ni mengisytiharkan "Setinggan Sifar" Kawasan tersebut tela dibangunkan dengan beberapa projek pembangunan. Mungkin ramai tidak tahu. bahawa, Taman Medan pernah diulit beberapa peristiwa berdarah pada tahun 2001. 




Peristiwa ini, pasti memberi kesan kepada warga asal penduduk Kg. Medan sendiri. Sekitar Tahun 2001. Negara telah digemparkan dengan pergaduhan dua kaum diantara kaum Melayu dan India. Peristiwa ini hampir sama dengan peristiwa 13 mei 1969 dimana pergaduhan ini antara kaum melayu dan cina mengakibatkan pelbagai kerosakan harta benda, nyawa mahupun emosi. Terdapat banyak versi, ketika peristiwa Kg Medan itu berlaku. Aku yang saat itu baru berumur 9 tahun masih teringat bagaimana betapa harunya Kg Medan, Kg Ghandi, Kg Dato Harun, Kg Lindungan dan kawasan sekitarnya ketika itu. Pada saat itu, Taman medan diistiharkan kawasan darurat. Polis merata tempat. FRU, pasukan simpanan polis berkampung disana mengawal keaadaan. Isu penggal kepala disana amat membuatkan orang ramai takut untuk keluar. Sehingga kini Taman Medan masih menjadi kawasan hitam dalam radar pihak polis. Majoriti penduduk Taman Medan adalah kaum melayu diikuti India. 



Kini timbul pula isu salib dimana, pihak gereja terpaksa menurunkan tanda salib atas desakan orang ramai yg menuntut supaya ia diturunkan. Dek kerana, pihak gereja tidak mahu isu ini berlarutan, pihak gereja menurunkan simbol salib itu sebagai langkah sementara bagi meredakan isu ini sebentar. Bagi, sebuah negara yang mengamalkan amalan bebas beragama, sepatutnya, isu ini tidak perlu ditimbulkan. Pokok pangkalnya adalah akidah dan iman. Berpada-pada dalam menyokong sesuatu. Hormati apa yang telah ditetapkan oleh perlembagaan. Aku sebagai anak jati Kg Medan sendiri tidak menyokong tindakan segelintir masyarakat menjadikan isu ini sebagai masalah utama dalam persekitaran mereka.Tepuk dada tanya iman.





Aku seorang Jurutol kontrak


Sumber: Google Images


Assalamualaikum. Dah lama sebenarnya, blog ini kesepian tanpa coretan-coretan. Mungkin ada segelintar pelawat yang mencari pelbagai info datang singgah memeriahkan blog ini. Terima kasih walaupun kewujudan blog picisan ini kadang-kadang untuk mempromotekan diri sendiri. Hahaha.


Sekitar pertengahan bulan 12, aku ditawarkan perkerjaan sebagai jurutol kontrak di sebuah syarikat konsensi tol di lembah Klang, New Pantai Ekspresway (NPE). Kepada yang sudah biasa ingin ke Kuala Lumpur melalui Pantai Dalam atau Bangsar, NPE mungkin tak asing bagi mereka. Selama lebih kurang 2 bulan aku berkerja disini. Sejujurnya bukan wang yang aku cari disini. Pengalaman yang menjadi titik tolak aku untuk terus bekerja. Aku tahu pengalaman tak dapat dibeli dengan wang. Dengan hanya gaji pokok/basic berjumlah RM8**.00, aku tak rasa dengan gaji sejumlah itu, cukup untuk seseorang yang mempunyai keluarga untuk terus survive lagi-lagi di kawasan bandar. Mungkin untuk individu bujang tidak menjadi masalah, dengan kadar kenaikkan RM1**.00 setiap 6 bulan setelah diconfirmkan jawatan mereka.


Tanggapan awal aku, sebelum aku bergelar jurutol tenyata meleset sama sekali. Tugas jurutol bukan semudah yang disangka. Pelbagai karenah pengguna jalanraya yang sebelum ini tak dapat aku bayangkan. Antara pengalaman yang paling aku tak pernah lupakan adalah, pernah diminta nombor telefon oleh segerombolan lelaki lembut/pondan. Berikut adalah perbualan kami:

___________________________________________________________________________________

Pondan tersebut memberikan wang, sambil tangan kami bergesel antara satu sama lain.

Pondan: Lembutnya tangan abang.
Pondan: Nak nombor phone boleh ?

Aku menghiraukan pondan tersebut, sambil mengira jumlah baki yang perlu dipulangkan semula.
Setelah baki dipulangkan, pondan itu terus mendesak untuk mendapatkan nombor telefon aku. Hampir 2 minit pondan tersebut tunggu reaksi aku. Disebabkan pada ketika itu, aku shift malam, kereta tidak banyak kereta ketika itu. Selepas hampir 2 minit aku menghirau permintaan mereka, baru mereka berlalu pergi.
___________________________________________________________________________________


 Mungkin itu pengalaman yang amat memalukan, tapi sedikit sebanyak aku dapat mengenali golongan yang songsang ini dengan lebih dekat. Hahaha. Pengalaman berjumpa dengan artis, seperti  Zizan Razak, Keith Foo (Pelakon Ariana Rose), Amran Tompel dan banyak lagi. Kadang-kadang sikap pengguna jalan raya sedikit sebanyak dapat mengenali, siapa diri kita. Yang penting sentiasa muhasabah diri, apabila sering dimaki. Mana taknya, bila tol naik, kami sebagai jurutol terpaksa menjadi bahan makian pengguna. Adakah salah kami, jika tol naik. Kami pun kerja makan gaji.


Sesungguhnya, perkerjaan sebgai jurutol adalah perkerjaan paling mulia. Mana taknya, jika dikira kami harus untuk senyum, dan mengucapkan terima kasih hampir 8 jam semasa menjalankan tugas. Bak kata emak, pekerjaan jurutol adalah pekerjaan paling mudah dapat pahala. Apabila hampir setiap hari, bermain dengan duit, membuatkan aku kini agak cekap berfikir. Hahaha.


Terima kasih juga, kepada semua jurutol dan supervisor yang sudi beri tunjuk ajar, walaupun sedar yang aku disitu hanya untuk jangka masa yang pendek. Terima kasih  abang Azahar, Farid, kak Marlissa, kak Azilah, kak Naziyah, kak Hanis, kak Mimi, Aini, Azlin, kecik, Hayati, Abang Subuh, kak Seri, kak Dora, kak Lin, kak Amalina, Bibik, Mak Siti, Akak PJS2 yang tak ingat nama dan individu yang tidak disebutkan nama. Harap semuanya sukses dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik. InsyaAllah. Satu hari nanti, aku akan bergelar jurutera di IJM Corporation (NPE).*angan-angan. Hehehe.

 



Ayuh Menjadi Mahasiswa Mahasiswi


Inilah "tagline" atau konsep yang digunapakai semasa berada dalam tampuk Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP ) Universiti Teknologi MARA 2012/2013. Malah konsep ini diserapkan diseluruh sistem MPP UiTM Semalaysia 2012/2013.

Pada awalnya, konsep ini mendapat kritikan daripada pemimpin pelajar Universiti luar yang mengatakan bahawa MPPUiTM 12/13 tidak ada modal dalam mencetus sesuatu pendekatan dengan mengatakan bahawa bukankah setiap kita sudah menjadi mahasiswa selepas masuk ke dalam universiti?

Kritikan dan cemuhan itu tersebar meluas di Facebook, Twitter, Blog dan sebagainya. Mengambil pendekatan untuk "Private Message" admin tersebut dengan bertanyakan satu soalan sahaja, iaitu. "Apa beza 'menjadi' dan 'bergelar' ". Akhirnya admin tersebut memohon maaf dan memadam kritikan yang dicanang di alam maya.

Apa yang saya kesalkan adalah admin tersebut tidak bertanya kepada kami tentang pendekatan " Ayuh Menjadi Mahasiswa Mahasiswi ", tetapi terus menghukum dan menghentam tanpa mengkaji dan memerhati. Adakah admin itu sudah menjadi mahasiswa?. Sedangkan dalam Islam sendiri mengajar kita agar tidak terus mempercayai sesuatu berita sebelum kita pastikan kesahihannya.

Mungkin dalam kalangan kita, secara atas kertasnya sudah bergelar Mahasiswa, tetapi tidak ramai dalam kalangan kita menjadi Mahasiswa. Siapakah Mahasiswa?. Tidak perlu Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mentafsirkan maksud sebenarnya. Ini sekadar pemahaman dalam menerangkan siapa "mahasiswa".

Mahasiswa

1) Golongan pelajar yang masuk belajar ke dalam Universiti, *kalau sekolah rendah, dipanggil murid.

2) Golongan pelajar yang masuk ini akan masuk belajar dengan menggunakan SPM, STPM, ASASI, DIPLOMA, A LEVEL, O LEVEL dan sebagainya. Dan dikatakan bahawa ini adalah golongan yang bijak pandai.

3) Sekurang-kurangnya, golongan yang bijak pandai ini tahu akan perkara baik dan buruk.

*Ayuh kita lihat, buang sampah merata-rata adalah satu perkara baik atau buruk?. Kalau mentaliti kita sudah dikatakan mahasiswa, masihkah ada sampah lagi harus dibuang dimerata-rata tempat?.

Perkara 'pokok' yang diambil dari Ayuh Menjadi Mahasiswa Mahasiswi ini adalah daripada Hadis Baginda Muhammad SAW iaitu.

“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” (HR. Imam Bukhari)

Sebenarnya, apa yang cuba dibawa dan diperkenalkan dalam Ayuh Menjadi Mahasiswa Mahasiswi ini bukanlah sesuatu perkara yang baru, akan tetapi, ianya sesuatu perkara yang lama, tetapi sudah lama dilupakan.

Dalam untuk mengubah mentaliti sebenarnya memang memerlukan masa, bukanlah berubah secara drastik. 

Jangan selalu kita asingkan pendekatan Islam dengan pendekatan cara profesional, kerana dalam pendekatan Islam dalam berorganisasi sebenarnya sudah merangkumi sifat profesional secara menyeluruh. Cumanya kita yang malas untuk mengkaji, mendalami, dan menghayati.


Pantun Rasmi

Buah Melaka Buah Kiwi,
Rama-rama si Kupu-kupu,
Ayuh Menjadi Mahasiswa Mahasiswi,
UiTM Sentiasa dihatiku.




Tips Kerja Sementara !





Assalamualaikum. Duduk dekat rumah, bangun, tidur dan makan. Itu yang akan buat aku langsung tak produktif. Kalau rasa nak produktif sikit aku akan joging sekitar tasik kelana jaya, tasik taman jaya atau tasik subang jaya. Ikut mood dan keaadaan cuaca. Hahaha.

Semalam tanggal 27 November 2013. Aku dapat pengalaman baru untuk kerja sementara. Sepatutnya, dah lama aku patut kerja sementara ni. Tapi, aku dah decide untuk kerja after MUET examination. Bukan apa, nak cocentrate lah katakan. Hahaha. Aku try mintak kerja dekat area taman rumah aku. Untuk pengetahuan rumah aku dikelilingi terlampau banyak peluang pekerjaan. Sunway pyramid, summit, Subang avenue, Subang parade dan banyak lagi. So, nak dijadikan cerita aku pergi apply kerja disebuah pasaraya. tak perlu kot nak mention pasaraya apa. Haha. Berikut adalah perbualan kami.

Di information counter
Aku: Kak, sini ada kerja kosong?
Pekerja: Ada, abang masuk sana, amik pass dekat pak guard selepas tu jumpa saya dekat dalam.

Aku telah dibawa ke Office pasaraya tersebut. Dan diminta untuk isi application form yang setebal 4 helai. Aku paling malas nak isi bende ni. Sangat memenatkan. Its oke. Kalau kita diterima bekerja dekat situ. Berbaloi jugak lah, kalau tak diterima. hmm. sangat tak berbaloi.

Di Office
Penemuduga: Ada diploma ke ? Diploma apa?
Aku:              Ya. Diploma electrical engineering.
Penemuduga: kenapa awak nak kerja sini?
Aku:              saya nak cari pengalaman. Lagipun, sebelum ni, saya ada dapat offer interview from TM dan                        Maxis. tapi saya tolak. sebab saya nak kerja sementara dulu.
Penemuduga: So, you tahulah tentang electrical. Tahulah tentang wiring ?
Aku:              Saya tak mahir, sebab universiti more to theory tiada praktikal.
Penemuduga: Saya tak boleh terima awak. sorry, kami perlu orang yang boleh kerja lama dekat sini. Kami                         perlu latih mereka. Kami tak perlukan orang yang hanya kerja untuk sementara. lagi pun                               kelayakan kamu sangat tinggi. saya tak boleh terima. blablablablablablablablablabla.........
Aku:              Oke, terima kasih Puan.

 #End Conversation#





P/s: Konklusi yang boleh aku dapat ialah, kalau sesiapa yang nak kerja sementara tu, jangan cakap yang kita nak kerja sementara, jangan cakap kita ada diploma, degree atau kelayakan melebihi SPM. Cukuplah sekadar hanya cakap ada SPM sahaja.




No caption !






Assalamualaikum. Macam biasa, aku tak mampu nak tidur. Tak tahu kenapa. Something wrong. Aku try cari punca. Tapi tak jumpa. Aku perlukan tidur sangat ! Huwaaaa ! Alhamdulillah raya kali ni sangat best. Walaupun hanya 4 hari. Nak je aku utuskan surat terus ke pejabat ayahanda di UiTM Shah Alam. Tapi apakan daya. Turutkan saja. Maklumlah dah semester akhir. Moga  ia berjalan dengan sebaiknya. Update blog tanpa tajuk yang khusus, kadang aku terfikir yang aku ni gila. But, who care's ? Hahaha.

Sejujurnya, aku tak nak jadikan blog ni, terlampau peribadi. Walaupun pada awal penubuhan blog ini adalah sekadar suka-suka. Aku terfikir, macam mana blogger lain boleh tambah income melalui blogging. Dah banyak cara aku buat untuk tambah income. Dan aku terjumpa satu web yang boleh tambah side income, dengan hanya 'log in' . Mudah kan ? Punya lah rajin aku nak cari income yang pertama hasil daripada blooging ni, sampai kena sekat. Aku pun tak tahu sebab apa. Hahaha. Takde rezeki kot. nevermind.

Satu tabiat buruk yang aku hadapi bila keseorangan adalah, aku akan teringat kenangan lama. Kadang-kadang kenangan yang sangat berkurun lamaaaanyaaa. Ada solusi tak nak hilangkan tabiat ni. Makin dilayan, makin teruk jadinya. Bila dilayan, mulalah keluar ayat-ayat jiwang, tanpa sedar aku dah tweet ayat tu. Macam takde kena mengenakan kat alasan tu. Hahaha. Yup! aku adalah masalah dengan memori. Memori tu datang bila nak tidur. Layan punya layan, sampai tak boleh tidur. Dah la, almost kelas pukul 8.00 pagi. Sangat menyakitkan hati.


Final lagi sebulan ! Pray for me kawan. Hopefully, this semester make a Great moment for me ! Percaya Allah, ketetapannya pasti. Ya akhi, Ya ukhti. :)

Pak Cik yang Awesomee !


Assalamualaikum. Alhamdulillah, aku sudah bergraduate pada 6 Jun 2013 tepat jam 6 petang. Walaupun banyak sebenarnya yang perlu aku belajar. Itu sudah cukup memberikan pengalaman yang cukup berguna buat aku. Seriously, performance aku semasa buat praktikal ni sangat teruk. Aku perlu kawal disiplin aku. Itu bukan bermakna aku buat hal yang boleh menjejaskan nama baik syarikat tersebut. Ia lebih kedatangan/attendance yang tidak memuaskan. Seringkali aku berfikir, aku sebenarnya tak layak dapat elaun syarikat berjumlah RM400.00, InsyaAllah aku akan berubah. Doakan.:)



Kali ni nak cerita pasal Pak Cik yang aweseome. Aku tak ingat apa nama pak cik tu, so aku panggil pak cik awesome je. Hehe. Berikut adalah pesanan untuk aku, secara berhadapan dan bertentangan mata:

1:"jangan gopoh pilih pasangan, kawan dengan semua perempuan, kenal hati budi dulu"
2:Pak cik ajar cara-cara nak tackle perempuan dengan betul. Oke! Selama ni cara aku memg salah.
3:Kasanova pak cik ni pun, dia stil relate dengan agama, al quran dan kehidupan nabi S.A.W
4:"Jangan ikut ayah kerja kilang" nasihat pak cik kepada anaknya. Alhamdulillah. Semua anaknya berjaya.
5:"Anak-anak pak cik, semua sambung degree, sekarang graduate diploma dah ramai".


Sebenarnye, banyak lagi yang pak cik tu cakap, tapi aku tak ingat sangat. Maklumlah, terlampau fokus mendengar sampai apa yang dia cakap pun aku lupa. Hahaha. Rasa rindu nak lepak dekat workshop engineering dengan Abang Airy, Abang Din dan Pak cik awesome. Banyak bende yang aku dapat walaupun hanya lebih kurang seminggu menimba ilmu di workshop tersebut. Semoga Pak cik awesome, Abang airy dan Abang Din, peroleh apa yang dikhendaki didunia serta mendapat limpahan rahmat daripada Allah S.W.T. Halalkan apa yang diajar kepada saya.



P/S: Thanks abang Airy, sebab bagi Coklat Cadbury. Terkilan, tak sempat nak salam, abang-abang dan pak cik Awesome.

Konklusi 2 Bulan Latihan Praktikal



Omron Malaysia 


Assalamualaikum. Setelah lebih 2 bulan aku menjalani Latihan Praktikal banyak sebenarnya yang aku belajar. kepayahan dan Rintangan sudah menjadi lumrah bagi aku sebagai bergelar Pekerja sementara. Kadang-kadang orang akan cakap dan memerli aku. Perlu ka Latihan Industri ni, sedangkan ia bukan satu kurikulum yang wajib diambil untuk student Diploma Engineering UiTM. Dari situ, aku hanya mampu tersenyum sinis. Bukan senang sebenarnya nak argue apa yang orang cakap, tapi aku punya alasan sendiri. Bagi aku, UiTM dah berikan peluang terbaik untuk semua pelajar Engineering, Elektrikal keutaamaanya yang sebelum  ini seringkali membangkitkan persoalan dalam kalangan mereka sendri, kenapa tiada latihan praktikal diwujudkan untuk kurikulum? Aku tahu, UiTM punyai alasan  mereka sendiri. Dan kini aku dah temui jawapannya.


Take Mechanical Part

Servicing Part

Hahaha. Ini masa dah boring sangatt !


Sebenarnya bukan senang bagi aku untuk memaksa diri sendiri untuk pergi menimba ilmu, sedangkan kawan-kawan lain sibuk mencari kerja serta tak kurang juga duduk dirumah. Aku memang jenis yang keras kepala. Tapi keras kepala aku bukan lah kearah yang kurang baik. Tapi lebih kepada perasan ingin tahu. Kadang-kadang aku muhasabah diri, kelayakan Diploma tidak cukup untuk menjamin masa depan aku. Lebih-lebih lagi kalau tinggal di bandar. Walaupun kita kerja separuh mati sekalipun, kita perlukan jaminan untuk kesan jangka masa panjang. Betul! Rezeki datang dari Allah S.W.T, tapi tak salah rasanya jika kita punyai matlamat yang lebih jelas untuk diri sendiri dan keluarga satu hari nanti.


Terima kasih jugak untuk semua pekerja, Staf, Line Leader Technichan, Engineer, Supervisor, Head Department yang sudi bagi aku ilmu untuk aku praktikkan satu hari nanti. Namun, aku tak berniat sebenarnya nak jadi Technichan, Engineer serta yang melibatkan kejuteraan.. Entahlah , sangat tak berminat. Terus terang aku katakan, aku belajar kerana terpaksa. Harap-harap moga Allah dapat ubah niat aku.


Dekat sini aku ucapkan terima kasih kepada Abang shahrul yang selalu nasihat aku.Walaupun aku ni jenis yang  sangat degil, tapi aku akan ambil nasihat tu sebagai pemangkin. Aku akan buang sikap yang negatif sedikit demi sedikit. Aku tahu, kalau aku teruskan atitude begini, aku jamin aku takkan berjaya sepenuhnya. Umur masih muda banyak sebenarnya yang perlu aku belajar. Terim akasih juga kepada Abang Sharum, En Bakri, Abang Wan Borhan, Abang Suhairizal, Abang Hasyim, Abang Mi, Abang Din, Kak Nana, Abang Shah, Abang Airi dan bayak lagi sebenarnya yang sentiasa tak lokek ilmu mengajar aku yang benak dan susah untuk belajar sesuatu yang baru. InsyaAllah aku akan berubah. Mak cik-mak cik pun selalu nasihat aku. Hehehe. Thanks! Mak cik yang sangat Cool !


P/S: Hope ikin dapat kerja dekat situ. Ayah dia pun mengharap sangat. ketahuilah Encik Supervisor beliau mampu lakukan yang terbaik. Tak sia-sia saya rekemen dekat Encik. Hehehe.:)


Keep Calm And Carry On



Seriously, aku pun tak tahu, kenapa aku bertindak sedemikian. Aku taknak salahkan sesiapa. Sama ada aku yang diberi harapan atau aku yang memberi harapan. Kalaulah boleh diputarkan balik masa, teringin sangat untuk diberi masa untuk diperjelaskan segalanya. Tapi, biarlah ia terus menjadi rahsia. Pernah satu masa, aku pernah berjanji tak kan mudah untuk jatuh cinta.  Aku takut. Tapi kini aku tersilap langkah.

Dear awak, seringkali saya dikecewakan oleh cinta. But, seriously i'm not desperate to find another true love. Sehinggalah dalam satu jangka masa tempoh yang lama ia datang menjengah kembali. Tak mudah untuk membuat keputusan, tapi itu sudah cukup merasai kepahitan. Berhenti daripada salahkan diri sendiri. I guest you will do the right thing. I Hope Our Friendship Never Ends. Back to normal friends. Sorry for the past. Yup! hati tak boleh dipaksa. it's about Jodoh. :)



Nota kaki: Dah lama aku tak berjiwang ni. Hahaha.:)



Jom ! buat Latihan Industri/ Praktikal


Assalamualaikum. Dipetang yang hening lagi damai ini, tiba-tiba mood datang dengan sendirinya untuk aku mengupdate blog. Baru semalam , aku update pasal konklusi semester lima. Sedang aku mengunyah pisang goreng sambil ditemani angin sepoi-sepoi yang berbudi bahasa, tiba-tiba aku terpikir, macam manalah gayanya nanti, bila aku buat praktikal dekat Omron Malaysia. Tempoh dua bulan ini, akan aku manfaatkan sebaik mungkin !InsyaAllah! aku akan update pasal tempat latihan praktikal aku ni, kalau berkesempatan. InsyaAllah. Disini aku sertakan beberapa potret gambar untuk dijadikan tetapan umum. Hehehe.



Omron Malaysia

Latar belakang


 Untuk pengetahuan syarikat Tamura electronics jugak aka call aku untuk buat latihan praktikal dekat tempat dorang. Tapi aku terpaksa tolak sebab dah terima tawaran Omron Malaysia. Daripada Lima syarikat yang aku aplly hanya dua je yang respon, yang lain semua diam seribu bahasa. Tapi! alhamdulillah aku dapat jugak tempat praktikal. Dah sangat bersyukur !



Tamura electronics (Tempat kerja mak aku ketika Muda-mudi)


Western Digital


Freescale Semiconductor



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...