Aku Sayang Malaysia:Temubual khas,bersama Warga Myanmar.

Aku nak bagitahu, aku bersyukur sangat..sangat sangat !! jadi warga Malaysia.Eh ! Kenapa aku ni,dah buang tabiat eh ??ahaha. Straight to the point je la, dekat tempat kerja aku nih,perlukan sangat orang bekerja,bak kata orang putih 'Vacancy' la katakan.:D. So yang majoriti yang datang dekat tempat kerja aku untuk aply kerja dekat situ,kebanyakannye foreign aka pendatang asing kalau ada yang warga tempatan pun just budak budak lepasan PMR. Bos aku memang tak nak amik budak under 16 nih. Nak dijadikan cerita,tempat aku kerja kena rush dengan pihak Imigresen,maka tertangkaplah warga-warga asing yang kerja dekat situ.Yang ada permit,kira selamat lah,yang takde tuh,konfem kena hantar balik negara dorang. Then,lepas beberapa hari kejadian tu, warga asing warga myanmar datang ketempat aku kerja.Cadangnye nak kerja balik la dekat situ,tapi bos aku tak kasi. Yela,mana taknye,kalau dah kena rush,konfem-konfem la,takkan ambik balik pekerja asing kan ?Tapi aku kagum dengan semangat dorang.nak tahu sebab ape ?ikuti perbualan kami :


Aku: Eh! sebelum you kerja mana ye ?
Foreign worker: saya kerja itu Tioman island.*dengan bahasa Malaysia yang agak kurang fasih.
Aku: Ouh! Sebagai ape? berapa sebulan you dapat ?
Foreign worker: saya kerja masak-masak dekat sana.gaji empat ribu.banyak woo..
Aku: Wah! banyak you dapat kan?empat ribu you buat ape?
Foreign worker:saya kasi itu kampung 1 ribu lebih,lagi itu saya simpan.
Aku: Wah ! banyak bagus you.Datang sini buat ape?gaji sini murah dari sana.
Foreign worker: Sana sudah tutup,itu air sudah naik.takpe lah,asalkan dapat duit kasi kampung sana.
Aku: Bagus la you! saya kerja sini pun rasa tak cukup juga.mynmar sana oke ?
Foreign worker: Sana banyak teruk, tembak sana-sini. hari-hari mati.
Aku: Yeke?wah .banyak takut.
Foreign worker: Goverment sini bagus.Negara demokrasi !






Kachin Independent army (KIA),dipilih melalui sukerelawan







Ini bukan gambar perarakan,sesungguhnya penglibatan kaum wanita amat diperlukan





Keadaan yang senantiasa dalam  merbahaya untuk penduduknya





Golongan muda seawal umor 18 tahun,digalakkan untuk memasuki  (KIA) .Kita ?





Rasa nak menitis air mata pun ada jugak.walaupun,aku dapat duit PTPTN, tapi aku still mintak duit dekat family aku if, aku terdesak,walaupun tak banyak.Mak aku sering pesan.Kalau takde duit,bagitahu la dekat mak,mak tak nak kau sampai makan meggie. Eh,ape sedih-sedih pulak nih.HAHA.okei continue our story.Tak sampai satu bulan kerje.dye dah kena tangkap.Dye kata dye ada permit,tapi ntah la.Bos aku cakap   ,pekerja asing ada kasta .maknanye dye kasta bawahan lah.dan,tak boleh kerja dekat tempat eksekutif macam dekat shoping mall,security, atau tempat-tempat lain,kecuali dengan permission orang atasan

Aku pun cakap dekat diri aku,betapa untungnya Malaysia nih kan? macam-macam dah kerajaan kasi.tapi rakyat,tak nak hargai.malah ada yang menentang.Ini bukan pasal politik atau seangkatanya.Tak perlulah demonstrasi jalanan atau perkara perkara yang boleh menjejaskan keharmornian negara.Negara kita amalkan sistem demokrasi,dan ada saluran undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan , tidak boleh digubal tanpa persetujuan dewan parlimen.so,hargainya lah.Just opinion.



AKU SAYANG MALAYSIA !!

Rujukan:
KIA: Kachin Independent Army =merupakan askar negeri Kachin yang menentang askar negara,untuk menjadikan negara mereka negara demokrasi,serta bertindak sebagai pengaman negeri mereka.Sila rujuk sini !





Gelagat Atuk Dan Nenek Cina Di Shopping Mall.:)

Assalamualikumwarahmatulahiwabarakatuh. Hari ni banyak yang mendukacitakan berbanding sukacitakan.HAHA. Atau lebih tepat lagi,minggu ni amat mengecewakan bagi hidup aku.tapi takpe.Allah mungkin nak uji aku.so *Senyum tak perlu kata apa-apa .okeyh, Sebenarnye,ada peristiwa menarik yang berlaku baru je sebentar tadi.Takde la tadi tapi around 4 jam yang lepas la.Dan aku namakan tajuk Entri ini sebagai Jeng.Jeng ..Jenggg..

Gelagat Atuk Dan Nenek Cina Di Shopping Mall

Sekadar Gambar Hiasan*Permision pleasee !:)

Em ! Cumne nak mulakan eh.Bismillhirrhmanirrahim.Disini nak mintak ampun awal-awal kalau atuk dan nenek tu baca entry ni.HAHA .Tapi tak mungkin la kan?;P.Al-kisah,Nak dijadikan cerita,aku sekarang bekerja dekat Tropicana Cit y Mall.Mesti ramai tertanya tanya kan? Dekat mana tempat tuh.Senang je,sesiapa yang dah biasa pergi penchala link atau nak balik Pahang ikut Karak atau senang cerita nak pergi Damansara Utama or One Utama mesti akan nampak Tropicana City Mall dekat tepi jalan. Kerja aku kat sana sebagai Promoter kasut yang selalu curi ayam.HAHA. tapi tak selalu lah,Lepas aku habis solat maghrib, aku terus pergi kekerusi yang empuk.Memang Felling habis lah kan.Bak kata Pepatah orang orang sekarang 'I FELL GOOD' Bhaaha...



Tropicana City Mall,Petaling Jaya,Selangor

Lepas aku turun je dari eskelator,Tiba tiba,mata aku terpandang dekat Sepasang warga emas yang pandang saling tak puas hati. Memang pelik gila lah kan? gaya dan macam suami isteri.tapi ape yang masing masing tak puas hati pun,aku tak tahu lah. Aku pun hirukan je lah,then aku terpandang pulak dekat sebuah bekas,yang berisi makanan yang jatuh betul betul dekat pasangan cina tu. Dari,situ aku dah dapat menganalisis ape yang mereka saling tak puas hati.HAHA.Disini izinkan saya listkan beberapa perkara yang mungkin anda tidak ketahui, terhadap kejadian tersebut.:D:D

  • Pakcik tu asik marah makcik tu je,dan mulut tak berhenti henti berceloteh dekat isteri dye.
  • Makcik tuh,naik hangin,lalu menghempas kan plastik bag yang mengandungi barang yang tidak diketahui isinya terhadap suaminya.
  • Cleaner datang dengan segera untuk membersihkan tumpahan makanan tersebut dengan tanpa soal bicara.
  • Pak cik tuh,dengan selamba pergi kebelakang sementara isterinya dihadapan,semasa Cleaner sedang asyik melakukan tugasnya.
  • Pak cik terus kedepan dan terus berceloteh dan sentiasa menuduh isterinya.
  • Lantas,Isterinya membuka bicara,dan berlaku lah perang mulut disitu tanpa segan silunya.

Pengajaran yang boleh aku  dapat daripada situasi tersebut ialah,janganlah,asyik saling tuduh menuduh,walaupun itu kesalahan kita,sentiasalah bertolak ansur dalam rumahtangga.Nescaya hidup aman sejahtera*Cewah .:)

Pesanan Ikhlas daripada Seorang Rakyat yang prihatin terhadap Kereta Api Tanah Melayu.

Cuti Semester eeh. Bukan cuti sekolah.HAHA.:)


Asssalamulaikumwarahmatullahiwabarakatuh !Cuti yang dinanti nanti pun sudah tiba. Haha.seriass rasa sekejap gila lah.ni semua gara gara UiTM la,yang buat rules baru iaitu Short sem la katakan.huhhH.Memang takde masa nak enjoy.Tapi memang better gila lah kan.At least dorang memang peka terhadap situasi sekarang.Budak budak UiTM mamang suka sangat cuti awal awal ni.walaupun agak payah nak back up semua subjek.tapi Boleh lah.Satu langkah yang terbaik yang dilakukan oleh pihak UiTM sendiri.Eh ! asal cite UiTM pulak nih ?haha.Okei,sekarang aku nak refresh balik ape yang telah aku buat sebelum sampai dirumah tercinta ni.Cewahh.haha.

  • Pendaftaran koko sem 3.
  • Pendaftaran kelas.
  • Clearence kolej.
  • Simpan barang dekat stor.
  • Tak lulus ujian Lesen Komputer *rahsia kita je.:P
  • Dapat Lesen L.haha.:)
  • Simpan fixie tercinta.
  • em.ha. balik naik KTM. shuuuuuuuuu.. laju gilaa macm sipuutt doe !!


Dengan bangganye aku cakap Siput ni lagi laju dari Keretapii !Damn.Tahniah Encik siput !

Aku bukan nye ape ouh. aku tak kata pun naik keretapi jarak jauh nie tak bagus walaupun ternyata ia memang selamat dan terbukti keberkesanannya.Cuma dari segi perkhidmatan je aku tak puas hati.Dari segi layanan aku rasa pihak KTM sendiri mmberikan layanan yang terbaik dari awal hinggalah tamat perjalanan aku.


Aku nak listkan beberapa perkara yang Menimbulkan ketidakpuashatian aku:
  • Usia Tren/Gerabak yang agak berusia.kalau tak silap pembuatanya daripada Korea pada tahun 1994
  • Kemudahan didalam Tren yang tidak dibaik pulih
  • Tambang yang mahal berbanding bas
  • Tempoh berhenti yang agak lama disesetengah stesyen,menimbulkan ketidak selesaan
  • Lampu tidak dimatikan sepanjang perjalanan
  • Hanya mementingkan kelas pertengahan dan atas sahaja,berbanding kelas bawahan.

Antara langkah langkah yang boleh pihak KTM sendiri perbaiki adalah:
  • Pembelian gerabak baru daripada negara membangun dari segi kemudahan keretapi
  • Dengan pembelian gerabak baru baru,kos penambahbaikan dapat diturunkan sekaligus meningkatkan lagi mutu pemasaran serta jenama KTM sendiri.
  • Pengurangan kadar tambang yang agak tinggi berbanding kemudahan awam lain dan mungkin ada kaitan dengan gerabak gerabak yang sudah usang.
  • Kerajaan as a Goverment harus membantu KTM dalam meningkatkan mutu tersebut.
  • Tidak hanya mementingkan keselesaan dikelas eksekutif sahaja malahan harus diselarikan terhadap kelas bawahan juga.
  • Menempatkan beberapa pegawai KTM disetiap gerabak.

Haha. dah macam Tesis je aku buat ouh.agak agak boleh cemerlang tak kajian yang aku buat ni,walaupun ,ia pertama kali aku naik KTM nih.haha. Yang kat atas ni,hanya cadangan je,diatas pemerhatian sebagai rakyat yang peka.Sesungguhnya,takde niat pun nak kutuk apatah lagi mengkritik. hanya memberi pandangan :).Yang baik itu datang daripada Tuhan dan sesungguhnye yang keji serta buruk itu datang dari saya.


P/s:Terima kasih terhadap Pegawai KTM yang peka terhadap laptop saya.Nyaris nyaris tak tertinggal :D




Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (Sesi 2012) Telah Dibuka.:D





Assalamualikumm ~Di sini ,nak buat sedikit informasi mengenai kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh bagi sesi 2012 untuk tingkatan 1 serta tingkatan 4 yang mengambil UPSR serta PMR pada tahun 2011.Kemasukan ke sekolah berasrama penuh telah dibuka pada 1 September 2011 hingga 15 Oktober 2011.Terdapat 57 buah SBP yang ditawarkan untuk para pemohon dengan 43 buah adalah aliran sains dan selebihnya adalah aliran agama.Keputusan permohonan dijangka akan keluar pada pertengahan Januari 2012.

Disini terdapat beberapa pakej yang ditawarkan bagi pemohon:

 Tingkatan satu:


Sains : Bahasa Melayu, English, Science, Mathematics, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/ Moral, Bahasa Antarabangsa (Arab/ Jepun/ Jerman/ Perancis/ Mandarin)
Agama : Bahasa Melayu, English, Science, Mathematics, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/Moral, Bahasa Arab (Komunikasi), Bahasa Antarabangsa (Jepun/ Jerman/ Perancis/ Mandarin)
Tingkatan empat:

Sains Tulen : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/ Moral, Sejarah, Matematik,   Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi,  Elektif.

Sains Teknikal : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/ Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan Fizik, Kimia.
Sains Sosial : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/ Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Sains, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Elektif.
Sains Tulen Agama : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, Pengajian Syariah.
 
Aliran Agama Ikhtisas : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan,  Sains, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas.
Untuk para pelajar yang berminat boleh memohon melalui atas talian/online di :
                          Permohonan Atas Talian Kemasukan Ke SBP 2012


untuk maklumat lanjut sila ke e-putra portal maklumat pendidikan di:


                                      e-putra portal maklumat pendidikan




Jika setelah merujuk kepada pautan di atas dan masih mempunyai pertanyaan, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian telefon 03-83217400 atau faks 03-83217403.


p/s:Tak dapat nak merasa masuk sini sebab masa dah berlalu serta keputusan UPSR dan PMR yang hancuss.HAHA.but still bole survive dengan jayanya,:D untuk  adik adik sila buat UPSR serta PMR dengan semolek moleknye.:D
                                       GOOD LUCK!!



Sumber: eputra.com

Parti PES Sebelum Final .bhaha.:D


Assalamualaikumm.:D. sempat lagikan nak mintak maaf ?Haha.maklumlah,dah lame tak update.dan pada blogger yang asik suruh singgah dekat belog dorang.Aku nak ucapkan mintak maaf sangat sangat dan sudi untuk menyefollow belog aku yang agak lama berjinak jinak,tapi follower tetap tidak bertambah.huahua.Penciptaan belog ini bukan untuk menunujukkan berapa banyak follower ,tapi ia mngkin satu catatan disepanjang perjalanan hidup aku dan untuk korang korang yang berkaitan.:D:D.


Disini aku nak hiburkan korang dengan beberapa gambar yang agak kontroversi. HAHA.Masa ini aku tak ingat bila,tapi baru baru jugak lah.Pertandingan PES dijalankan ketika ini,dan telah dimenangi Fadlee amin.Mintak maaf sebab,kualiti gambar yang sangat sangat mengecewakan sebab guma VGA.hehe.*maklumlah,henset murah.huahua.


Kemesraan Fitri Dan Firdaus menimbulkan kecemburuan di hati  fadlee amin.ahaha!*jangan marah

Kemenagan Fadlee amin memang tidak dapat dinafikan lagi.:D

Fadlee amin,sentiasa berlatih untuk mencapai impiannye bergelar pemain PES yang disegani :)

Kepenatan jelas terpancar pada wajah pemain PES.

Beliau sempat bermain Ninja Saga sebelum tiba perlawanan.

Sape ni eh ?? bhaha.:D
Oke! itu sahaja setakat ini.Mintak maaf kalau terguriskan hati beberapa pihak.tapi ini hanya untuk kenangan kita bersama.*ceewahhh ~Ahaha.


Selamat Hari Raya Aidilfitri ~

src="http://www.facebook.com/plugins/like.php?locale=fr_FR&..."

3 Hari Sebelum Puasa di Titi Hayun,Gunung Jerai.



Tak terlambat rasanya kalau aku ucapkan Selamat Berpuasa dekat korang korang semua kan?haha.serias memang tak sempat nak update blog hari hari.dengan masalah berukband dan wifi yang sedang membelenggu diri ini.haha.mungkin,insyAllah,aku akan update blog setiap minggu.Mungkin kot.ahaha.



KEM TITI HAYUN

Memang best gila,kalau pergi kem kena paksa.sumpah takde mood. dah la,lagi tiga hari nak puasa.orang prepare nak berpuasa.aku boleh prepare nak pergi kem? memang jeles gila lah kan.Dah la ia melibatkan fizikal,nasib baik tak kena bayar.ratarata yang pergi pun,memang rasa fed up dan ketensionan.takde tarikh lain ke depa nak buat.haishh~.tapi,takpe.ia menguatkan lagi azamku untuk lebih berdedikasi.haha*cewah.

Datang kat situ terus kena buat khemah.macam kem kem biasa yang aku pergi,tak bnyak yang menarik kat sini.dah penat asyik pergi kem kat sekolah.sampai takde perasaan lansung,bila kat sini.sumpah menyampah.dengan komander komander yang agak menyakitkan hati.itu memang mngajar aku erti kesabaranlah an.fuhh !!

Tapi satu je yang best kat sini.buat pertama kalinya,Durian jatuh depan aku.pergh.nasib baik tak kena kepala.kalau tak ,mesti bocor punye.dah la aku ni hantu durian.wahaha. yang lagi membuat aku bangga,budak budak lain semua sibuk cari durian,aku tak payah nak bersusah payah pergi panjat pokok durian.*erh,jap jap,ade ke orang panjat pokok durian?haha.

Sebenarnye,takde yang menarik pun pasal kem atau durian.atau istilah yang lebih tepat lagi.takde relationship pun.haha.saje nak kongsi,aku bangga dapat durian walaupu sebijik.aku harap dengan gugurnye sebiji buah durian,ia mampu memberikan sesuatu dalam hidupku dalam masa akan datang.InsyAllah. dan ,Selamat Hari Raya.wahaha.!

BEN ASHAARI AJAK JOIN BLOGLIST BLOGGER BARU

Wah! dah macam takde entry lain aku nak letak dekat blog nih.HAHA! takpe,niat kita satu,nak dapat kenalan kenalan baru,dan saling berkongsi pendapat.Tak jadi masalah,asalkan niat MESTI betul.;D




So siapa yang nak mempunyai matlamat yang sama ! sila lah berbuat demikian dengan menekan header  ABANG BEN ASHAARI yang macho ni;D

Dua Perwatakan Mat Rempit Dalam Satu Malam,Di Lebuhraya Karak !0ouh~

Karak??


Ouh! TIDAK,sila ubah mentaliti anda tentang K.A.R.A.K !ini bukan cerita hantu terbitan KRU yang hangat diperkatakan dan ini jugak bukan kisah Wolkswagen kuning yang mencari mangsa terbarunya.Tiada ape ape yang berlaku sepanjang perjalanan kami di Karak.Tapi,cerita yang bakal aku sampaikan ini,mungkin akan membuka kotak fikiran kita dengan Mat Rempit.wuuuuu !!!

...................................................................................................................................................................................
Kisah Bermula daa~


Sedang asyik aku layan~ lagu dekat radio Hot FM,hujan pun turun dengan agak lebat.aku pun tengoktengok la,kat luar tingkap.agak banyak motor jugak lah,yang berhenti nak berteduh.Dengan berbekalkan beberapa buah keropok cikedis dan sebotol air kosong.aku pun tak peduli,ape yang terjadi dekat luar tu.asalkan aku tak basah !DO I CARE !haha!*sila jangan contohi sikap ini.tapi tiba tiba aku terlihat tiga orang Mat Motor ni,tolong seoarang lelaki,tukarkan tayar kereta pajero beliau dibahu jalan !
What? tayar pancit!pPfffttt !!



Memang mulia gila  la kan.! agak agak lah??? korang sanggup tidak? tolong tukar tayar dalam keadaan hujan yang lebat ??? Dengan penuh kejujuran,aku tak sanggup nak buat macam tu.memang aku tabik spring~ dekat mat mat motor yang sanggup mengorbankan masa beliau untuk orang lain. mungkin 3 antara seribu kot?hehe.Parents aku pun puji perbuatan mamat manat tu tolong orang dalam kesusahan.;D
TAPI,itu hanya sementara.........


Sedang asyik aku membuka kemas-kemas keropok cikedis aku,agar tidak dirampasi oleh adik adik aku.Tibatiba,tiga orang mat rempit dengan selamba memecut kereta kitaorang dengan kelajuan tahap kekudaan.Dengan gaya superman Malaysia aka Faizal tahir dalam hujan lebat.memang tak 'Cool' langsung la brader.Pemusnah masa depan,bak kata mak aku.wahaha.


Then,aku terpikir?-.-" .Bukan nie ke tiga orang mamat yang aku dok sanjung sanjung? wah!! betul lah! Mak aku pun macam tak percaya je,tergelak gelak kitaorang dalam kereta time tuh!haha.Dalam kebaikan.rupa rupanya tersembunyi keREMPITan !haha! aku pun tak tahu,ape yang terlekat dekat kepala otak dorang tuh! Dalam otak aku just ada pikir 3 perkara je:

  • Dorang baru je lepas merompak kereta pajero,sebab tu dorang pura-pura buat baik.
  • Dorang dapat imbuhan dari empunye kereta pajero,sebab tu dorang tak sabar nak belanja kan duit tu.
  • Dorang terpaksa memecut,dengan lagak aksi superman,untuk mendapatkan daya pecutan yang tinggi.
  • Dorang tak tahan nak terkucil,sebab tu buat lagak ngeri.
  • atau,Dorang saje nak tunjukkan kehebatan dorang dekat depan aku.bhaha.
Anda nilai sendiri .?

Segmen Mari Menambah Follower

Selamat Malam diucapkan.eh! Pagi sudah.haha.Jum kita join segmen mari menambah follower dari Luna Lanun.heee..Kalau Still tak tambah lagi.tak tahu den nak cakap apo laiee,alamatnye,tutup je la acc Blog ni!huahua.




Kalau anda,anda dan anda ingin berbuat demikian.Sila Tekan Sekuat Kuat Hati Tulisan Merah ni.XD

Kisah Benar:Cinta Seseoarang Lelaki Yang TerSangatlahh Buta.(Part One)

AMARAN!

WARNING:Cerita ini,adalah fakta belaka bukan rekaan.Memang ada kena mengena dengan hidup .Anda nasihatkan supaya membaca cerita ini sehingga habis untuk mengetahui realiti yang mungkin berlaku di persekitaran anda,yang mungkin akan menimbulkan kepekaan anda dikemudian hari.Sekian..


Sebenarnye,cerita ni,bukan nak menimbulkan aib atau keburukan sesorang.cerita ini,adalah sebagai tauladan,ikhtibar untuk kita bersama sama berfikir secara jauh dan rasional tentang sesuatu keadaan dan situasi.Diharap kita bersama sama perbaiki diri masing masing.Wallahualam.


Kisah ni berlaku dan still berterusan sejak bulan Januari hingga berlarutan ke bulan Julai,dan aku pun tak tahu sampai bila.Aku ada seoarang kawan yang bernama H.Aku sebenarnye agak kesian dengan H.Aq rasa H tak pernah bercinta dan mengenal cinta dalam usia yang matang.aku tak kata,aku matang dalam percintaan.tapi keaadaan dan tingkah laku H buat aku takut H akan terjerumus dalam bidang percintaan yang sangat naif.

Nak dijadikan cerita,si H ni, suka seorang wanita nih dalam diam.Nama wanita tu E.E ni pulak satu kelas dengan H.H ni pernah cakap dengan aku dan membe aku,yang dye ni nak tackle wanita E ni.Aku tak pernah halang dengan sesiapa pun nak dye bercinta,tapi aku takut dye tersalah pilih.Then kerap jugak,aku dengar cerita si H ni,nak tackle si E.Si E tak pernah anggap pun yang si H nie,teman istimewa.Tapi lagak dyeorang nih,agak menyakitkan hati sang pemerhati.

Sebab ape aku cakap macam tu? Korang boleh bayangkan tak,yang si H nie,punye lah terkejar kejar kat si E ni,sampai kawan-kawan sendiri pun dye boleh abaikan.come on la,kau dah matang,dah masuk Universiti pun,tak payah nak kejarkejar sgt.Even H ,buat macam tu,kat kawan kawan dye,kitaorag stil anggap dye kawan lagi,sebab kitaorang kesian tengok dye.Tapi yang menjadi kemusykilan,walaupun si E ni,tak pernah anggap si H ,pakwe dye.Tapi dye boleh suro macam macam kat si H ni.Yang si H ni pun ikut je la telunjuk wanita idaman dye tu.memang aku sakit hati gila lah kan. Ppfffftttt!...

Lagi satu,agak menimbulkan ketidakpuashatian aku.Boleh pulak,malam malam dyeorang saling menelefon.itu aku tak kesah sangat lah.yang buat aku bengang, si E ni,boleh menangis teresak esak dekat si H ni,hampir setiap malam.boleh dikatakan setiap malam lah,nak tahu tak sebab ape,dye nangis?? si E ni,adalah suka dekat seseorang Jejaka yang agak tampan.*tampan ke? nak muntah aku.tapi si jejaka ni,tak layan langsung si E tu. sebab tu la yang membuat kan si E ni,boleh menangis setiap malam.yang si H ni pun,pujuk lah si E.Dah pujuk hari ni,esok menagis balik.aku pun tak pham lah wanita jenis ape ni?

Nak mainkan hati lelaki pun agak agak lah kawan.Dah Terang lagi nak bersuluh.takkan tak pham lagi kot?
Dah la kawan aku tu naif pasal cinta,kau boleh mainkan hati dye pulak.If kau tak suka dye pun,tell the true story lahh.Dont be a Stupid girl!jangan nak suruh lelaki je yang nak jadi gentle,perempuan pun kena lah jadi genle jugak.Not fairlah.!Ppffttt...



ENDING OF PART ONE!
.....................................................................................................

Photobucket
budak tengah stalker

Terima Kasih Balik Si Budak Kurus !:D

Nampak tak Header Blog ni? Beliau telah Mempromote Blog yang tak seberapa dan baru menceburi bidang berbloging nih.! teruja kot !ahaha.
Sebenarnye,tak tahu pun tentang nih,sehinggalah seorang teman memberitahu.thax miiza suki


Kepada sesiapa yang ingin menziarahi blog SBK ni,boleh lah berbuat demikian dengan menekan kuat-kuat ,tulisan warna hijau nih

Its a Fact:Peristiwa Di "Flat 3A" Yang Sebenar.

                                                    Assalamualaikummm !!

Rasa macam dah lama tak update cerite pasal filem ni kan? padahal dah banyak gila,tgk filem yang asik keluar kat pawagam tu.huahua. Mungkin agak berkesempatan,untuk menulis beberapa artikel atau kisah yang bakal kita kongsi bersama,sebab dapat seminggu cuti Mid sem.ahaha.jadi lah kan.lepaskan tension anda.HAHA!



Dah tengok Cerita yang Best ni?

  Wah ! cerita hantu ! Takut2! HAHA! Untuk pengetahuan korang,korang dan korang yang tak pernah duduk kat flat tuh.Cerita yang dorang buat nie memang benar terjadi.Lokasi Pengembaraan Flat 3A nih pun,dikatakan agak keras.Macam mana,aku kata macam tu pulak? Sebab lokasi Flat 3A ni,berhampiran dengan rumah aku,takde lah hampir sangat.Tapi dah kerap kali jugak lah,dengar cerita macam tuh.

Sebenarnya,Banyak jugak lah flat flat yang tidak berpenghuni dan terbiar kat area Taman Medan dengan Taman Dato' Harun nih. Tapi Mungkin terlampau banyak sampai pihak Metrowealth sendiri pun pening kepala.HAHA! untuk pengetahuan jugak,syarikat Metrowealth sendiri telah membuka satu cawangan baru dekat Taman Medan nih.Mungkin faktor lokasi Syarikat memainkan peranan dalam pemilihan lokasi pengembaran .

Sebelum tu,aku pun tak tahu macammna boleh terjebak tengok cerita nih.ahaha. Pada asalnya,just jalan jalan je kat Sunway Piramid tu,sorang sorang.Tapi tiba tibe tergerak hati pulak nak tengok cerita nuh.haha.
Untuk pengetahuan korang ada beberapa fakta yang menarik sepanjang aku tengok cerita flat 3A ni:
  • Tengok kesorangan diri* Bende tak plan,tanggung lah risiko.heee.
  • Terbeli sit couple*Hilang RM14.00.:(
  • Wayang start pukul 8.00pm,tapi tengok 8.30pm
  • Terpengaruh dengan mak *sebelum tu tak caya buat kat area situ.HAHA!
  • Rasa dahaga dan kelaparan yang melampaui batas*Balik pegi bantai burger Stim.Pergh !haha.
  • Rasa tak puas nak tengok lagi.Huahua.
Untuk yang tak tengok lagi.Silah berbuat demikian.Support lah industri local anda.Kalau kita sendiri yang tak memahami filem Malaysia,so sape lagi nak buat macam tu kan?? fikirlah baik baik,untuk menyaport filem tempatan.HAHA!!Maju lah filem untuk Malaysia !



Barisan pelakon filem yang memang sangat mantap lahh!!XD
 

Mangsa Ragut memang senang jadi popular kan?

RAGUT??


Assalamualikummm dan selamat pagi sabtu~firstly,hari ni aku nak cakap dengan bangganye,aku bangun pukul 12.HAHA!sumpah penat semalam,dengan maharajalawak akhir tak dapat tgk,lepas tu,terus amik fixie jalan jalan tanpa tujuan macam orang gila kat Bandar Perda.haha.tapi memang seronok gila lah.XD


INI FIXIE SAYA.;DD


jadi mangsa ragut memg popular kan?haha.bukannya aku mintak nak jadi mangsa ragut nie or nak jadi peragut,tapi memang terbukti ia akan meningkatkan kepopularitian anda sendiri.kenapa aku cerita macam tu??lets share my story,okey.Haritu,aku berkesempatan pergi ke UiTM Kedah kampus Merbok.memang jauh gila la kan,sebab kitaorang dari UiTM Bukit Mertajam nak pergi UiTM Merbok memang jauh gilaaa!!
tapi atas dasar kawan,aku dengan berbesar hatinya teman membe aku pergi jumpe adik dye,walaupun aku pokai time tu.bhahahaha.


Dengan sakit pingangnye,akibat naik bas lompat,yang asik terlompat lompat mngelak lubang,kami akhirnya smapi kat tempat yang dituju.pertama aku nak cakap kat sini,UiTM Merbok ni memang besar gila lahh!bangunan pun cantik cantik,kemudahan bnyak,rasanya macam duduk universiti la.tapi korang mesti jeles gila kan sebab UiTM kitorang nie ada spesial kes sket.sebab,kalau kelas pukul 9,pkul 9.10 baru kitaorang pergi,sebab jarak hostel dengan kampus memg dekat,dan tak pyah bersusah pyah,bngun awal.HAHA!


smpai je kat pondok pakguard tu,kawan aku nie terus tnya,nak masuk nak jumpe adik. memang tak dapat la kan,ingat senang je,nak masuk,selamba lamba,macam rumah persinggahan.tapi then bila dye cakap adik dye mangsa ragut.pakguard tu terus gelabah.haha.aku pun tak tahu,asal dye macam tu.macam kitaorang nie pulak peragut tu.hahahaha.then tak lama lepas tu,pak guard tu suruh kitaorang tunggu kejap,sebab ada pegawai nak datang jemput.wahhhh!! terus ada pegawai nak jemput,memang gempak la kan,dari tak dapat masuk terus jadi VIP.haha.tu la aku cakap,untung jadi mangsa ragut nih.



UiTM KEDAH ! BYE!!



COCLUSION:jom ramai ramai jadi mangsa ragut.HAHA!




Manchester United.Glory,glory,Glory!!

Entry kali nie nak citer pulak tentang kejayaan pasukan kesayanganku iaitu Manchester United.HAHA~ sapa,kata manchester united nie,tak power.cecakap.cecakap*terpengaruh ngan hantu kak limah la nih.bhaha.kejayaan nie memg dapat dijangka.sedang asyik,pasukan lain membeli belah sambil membuang duit untuk mendapatkan pemain terhebat untuk merebut kejuaraan.nyata perjuangan mereka sia sia belaka.mestie pasukan pasukan seperti Chelsea,Arsenal,Liverpool,Totentham dan Manchester city,cemburu gila.apabila Mancester United ,dinobatkan sebagai juara dua kali berturut turut.Manchester United,tak payah nak beli bnyak banyak pemain ternama.cukuplah yang ada sekarang.Paling aku kesian kat Manchester city dengan Chelsea yang terpaksa menggunakan dana yang banyak untuk memebeli pemain yang tidak berbaloi,seperti dilakukan oleh Chelsea untuk mendapatkan fernando torres.langsung tak berbaloi lah.HAHA*mungkin takde rezeki kot~tapi aku salute gak la dekat Tontenham,walaupun,team dorang tak kaya dan tak mempunyai sejarah yang tersendiri,namun mereka mampu menempa kejayaan ini terbukti apabila mereka mampu menjejaki ke liga juara juara hingga ke peringkat suku akhir.aku rasa maybe perebutan juara liga pada musim depan pasti sengit dengan kehadiran pasukan yang menempa naik serta pembelian beberapa pemain terkenal.Kali nie aku nak tunjukkan detik detik kemenagan semasa ditabalkan sebagai juara Barclays Premier League sebanyak 19 kali dari dahulu hinggalah sekarang.


1907-1908

1910-1911

1951-1952

1955-1956

1956-1957

1964-1965

1966-1967

1992-1993

1993-1994

1995-1996

1996-1997

1998-1999

1999-2000

2000-2001

2002-2003

2006-2007


2007-2008

2008-2009

2010-2011

Barcelona Vs Manchester United

Yeah!marilah ramai-ramai menyokong Manchester United dalam perebutan liga juara-juara,sekurang kurangnye,ada jugak la,wakil dari England kan??hee:C.tapi aku sebenrnye tak berapa confident dengan kemampuan Manchester United nih bila bertemu Barcelona.HAHA! ape apehal pun. Gud Luck tOOO...
 MANCHESTER UNITED dan ALEX FERGUSON.



.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...