Kalau macam ini lah.Hmm.tak tahu den nak cakap apo laieee !HAHA >:) |
Ini adalah satu cadangan yang membuatkan bakal pelajar institusi tinggi tak senang duduk. Pihak PTPTN mencadangkan akan memansuhkan pemberian pinjaman perbelanjaan bagi mengurangkan tanggungan yang semakin meninggkat. Ini bermakna, cadangan ini adalah disebabkan oleh para peminjam terdahulu tidak membayar balik pinjaman mereka. Lepas ni budak budak PTPTN dah tak dapa telaun sara hidup dah. Mereka kena belajar rasa susah sikit la nampaknya kan?
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bercadang menghentikan pemberian pinjaman perbelanjaan kepada pelajar institusi pengajian tinggi bagi mengurangkan tanggungangnya yang semakin meningkat, kata pengerusinya Datuk Ismail Mohamed Said.
Katanya, Lembaga Pengarah PTPTN pada mesyuaratnya 31 Oktober lepas membuat keputusan itu bagi mengurangkan bebanan akibat peminjam yang terlalu ramai.
Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada warga emas dan golongan miskin di kawasan Parlimen Kuala Krau di Simpang Peragap, dekat sini, hari ini, Ismail yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau berkata, pinjaman pembiayaan yuran pengajian bagaimanapun tetap akan diberikan seperti biasa.
Petikan dari akhbar Berita Harian Online
Saya difahamkan ia hanya cadangan PTPTN, hakikatnya ada pelajar kita yang tidak berkemampuan membiayai pembelajaran mereka merangkumi yuran dan kos sara hidup sepanjang tempoh belajar. Justeru, pinjaman itu akan terus diberikan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi supaya dapat menampung kos pembiayaan perlu bagi pelajar. - Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi.
Petikan dari akhbar Kosmo Online
Ismail berkata sehingga kini seramai 1.87 juta pelajar membuat pinjaman dengan PTPTN membabitkan peruntukan RM41.6 bilion
Untuk para peminjam PTPTN terdahulu,sila lah bayar.Kalau tak kami yang susah !! |
RUJUKAN:Berita Harian,Kosmo,Google Malaysia.
No comments:
Post a Comment