Peristiwa 11.11.2011:Pengalaman Khutbah Jumaat paling tersentuh.

Gambar Hiasan


Assalamualaikum w.b.t.Mungkin harini ramai yang tahu kan mengenai tarikh 11.11.2011.Dekat facebook pun dah kecoh-kecoh pasal tarikh nih.Aku pun tak tahu,ape yang best sangat tarikh nih.mungkin tarikh dye agak cantek dan sedap memandang.Tapi takde bezepun dengan tarikh 1.1.2001,2.2.2002,3.3.2003,10,10,2010 dan sewaktu dengannya. So,tak payah nak bangga sangat kalau ada kapel-kapel yang declare nak buat majlis -majlis yang tak sepatutnye.paham-paham je la eh.:).pada hari ini.Lebih lebih lagi hari ni kan hari JUMAAT.Penghulu segala hari.:) Banyak-banyak la mengimarahkan masji atau surau terdekat.


Seperti kebiasaan setiap hari jumaat aku akan pergi solat jumaat dekat Masjid terdekat rumah aku.Tapi kali ini,aku pergi agak lambat sedikit,sebab aku bangun lambat.Bhahaha. Nasib baik sempatkan.Sedang asyik aku menunggang motor bersama adik aku dalam perjalanan kemasjid.Dari jauh dah terdengar khutbah yang jarang-jaramg aku dengar.Sampai je dekat masjid tu,aku terus duduk dekat tangga.disebabkan aku agak lambat,ini lah tempat yang patut diberikan untuk orang yang lambat macam aku kan?Nasib badan.


Khutbah harini,memang paling tersentuh,walaupun aku tak dapat nak tengok wajah pengkhutbah yang bertugas pada tika itu.namun aku tahu,semangat beliau,untuk memberikan khutbah,memeberikan kesan yang cukup mendalam,dalam hati seluruh para jemaah ketika itu.kesungguhan beliau,dapat aku dengar dengan tangisan pengkutbah tersebut terhadap nasib para nabi serta nasib umat islam ketika ini.Seringkali buat aku termenung sendirian ketika itu.Orang yang jaga amalan pun boleh,rasa tersentuh,apatah lagi aku yang kurang amalan nih.


Tidak cukup dengan itu,Suara beliau dalam memimpin bacaan dalam solat cukup membuat para jemaah rasa tersentuh.sesekali terdengar beliau teresak esak memimpin bacaan.Yang mungkin mempunyai maksud yang cukup mendalam.Dalam hatiku terdetik,alangkah indahnya,kalau aku tahu maknanye.mesti indah bukan.Hatiku terus merasai nikmat bacaan yang sungguh bermakna itu.:).Mungkin banyak ilmu lagi yang perlu aku pelajairi dalam memperkuatkan lagi ilmu agama aku.InsyAllah.:)


Tidak kurang juga ada yang tidur.Kadang-kadang aku buat jugak.hehe.:)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...