Permohonan Melalui UPU Sesi Akademik 2012/2013
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar atau lebih dikenali sebagai Unit Pusat Universiti (UPU) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah mengumumkan bahawa permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA, Politeknik, TEVT, ILKA) bagi sesi akademik 2012/2013 adalah seperti berikut :
- Program Pengajian Lepasan SPM dan setaraf
- Program Pengajian Lepasan SKM dan Sekolah Menengah
- Program Pengajian Lepasan STPM 2011 dan STAM 2010/2011
- Program Pengajian Lepasan Matrikulasi dan Asasi Sesi 2011/2012
- Program Pengajian Lepasan Diploma dan setaraf serta STPM/ Matrikulasi/ Asasi 2010 dan sebelumnya
1) PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM DAN SETARAF
Bagi lepasan SPM terbahagi kepada dua iaitu :- Permohonan kemasukan ke IPTA dan Politeknik Premier bagi program pengajian peringkat Diploma dan Asasi Sesi Akademik 2012/2013 atau Ambilan Julai 2012
- Permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Politeknik bagi program peringkat Sijil dan Diploma Ambilan Julai 2012.
Tempoh Permohonan
FASA 1 – Pendaftaran Maklumat Permohonan
- Tarikh : 15 November 2011 – 31 Disember 2011
FASA 2 – Pengesahan Permohonan dan Pilihan Program Pengajian
- Tarikh : 9 Januari 2012 – 2 April 2012
2) PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SKM DAN SEKOLAH MENENGAH
- Ini adalah permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi program peringkat Sijil dan Diploma Ambilan Julai 2012.
Tempoh Permohonan
- Tarikh : 9 Januari 2012 – 2 April 2012
Pembelian Nombor Unik ID BSN
- Nombor Unik ID ini wajib digunakan semasa membuat permohonan.
- Harga Unik ID adalah RM 10.60 seorang
- Secara Individu
- Pembelian secara individu melalui kaunter, ATM dan SMS Banking
- Tarikh : 9 Januari 2012 – 2 April 2012
- Salinan MyKad calon perlu dikemukakan.
- Secara Pukal
- Pembelian melalui sekolah menggunakan borang BPKP-32C di kaunter BSN.
- Tarikh : 8 November 2011 – 30 November 2011
- Salinan MyKad calon perlu disertakan.
3) PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM 2011 DAN STAM 2010/2011
- Ini merupakan permohonan kemasukan ke Program Pengajian Lepasan STPM 2011, STAM 2010/2011 bagi program pengajian peringkat Ijazah Pertama di 19 buah universiti bagi Ambilan September 2012.
4) PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN DIPLOMA/ STPM/ MATRIKULASI/ ASASI 2010 dan sebelumnya
- Ini merupakan permohonan kemasukan ke Program Pengajian Lepasan Diploma, STPM, Matrikulasi dan Asasi bagi tahun 2010 dan sebelumnya bagi program pengajian peringkat Ijazah Pertama di 19 buah universiti bagi Ambilan September 2012.
Tempoh Permohonan
- Tarikh : 9 Januari 2012 – 2 April 2012
5) PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN MATRIKULASI DAN ASASI SESI 2011/2012
- Ini merupakan permohonan kemasukan ke Program Pengajian Lepasan Matrikulasi dan Asasi Sesi 2011/2012 bagi program pengajian peringkat Ijazah Pertama di 19 buah universiti bagi Ambilan September 2012.
Tempoh Permohonan
FASA 1 – Pendaftaran Permohonan dan Pilihan Program Pengajian
- Tarikh : 9 Januari 2012 – 2 April 2012
FASA 2 – Kemaskini Permohonan dan Pilihan Program Pengajian
- Tarikh : 21 Mei Januari 2012 – 28 Mei 2012 (tertakluk kepada pindaan)
Pembelian Nombor Unik ID BSN
- Nombor Unik ID ini wajib digunakan semasa membuat permohonan.
- Harga Unik ID adalah RM 15.60 seorang
- Secara Individu
- Pembelian secara individu melalui kaunter, ATM dan SMS Banking
- Tarikh : 9 Januari 2012 – 2 April 2012
- Salinan MyKad calon perlu dikemukakan.
- Secara Pukal
- Pembelian melalui sekolah menggunakan borang BPKP-32C di kaunter BSN.
- Tarikh : 8 November 2011 – 30 November 2011
- Salinan MyKad calon perlu disertakan.
6) Permohonan Kemasukan Universiti Sains Malaysia (USM)
- Selaras dengan pelaksanaan dasar autonomi kerajaan kepada Universiti Sains Malaysia (USM) dan status U-APEX, pengurusan permohonan, pemprosesan, pemilihan, hebahan dan rayuan ke USM dikendalikan sepenuhnya oleh USM sendiri.
- Permohonan hendaklah dikemukakan ke USM melalui laman web http://eputra.visibli.com/7246e3932c31aa84/?web=d58629&dst=http%3A//www.usm.my kecuali untuk program pengajian pendidikan.
- Penyelarasan penawaran akan dilaksanakan oleh UPU dengan USM bagi calon yang setuju terima atau menolak tawaran.
Maklumat
- Sila kunjungi laman web rasmi kemasukan ke IPTA dan kategori Kementerian Pengajian Tinggi untuk maklumat lanjut.
- Laman web kesemua IPTA boleh disemak di Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.
- Jika terdapat sebarang pertanyaan dan kemusykilan sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi di Talian Am 03-8870 6755/ 03-8870 6766, Helpline UPU 03-8870 6777, Hot Line UPU 03-8870 6767, Kaunter KPT UPU 03-8870 6778 atau Faks 03-8870 6864 atau e-mel upu@mohe.gov.my
- Pihak ePutra juga akan menghebahkan maklumat lanjut mengenai permohonan kemasukan ke IPTA sesi akademik 2012/2013 dan ambilan Julai/September 2012 ini dari masa ke semasa.
Sumber Rasmi :eputra.com
No comments:
Post a Comment